Dari hari isnin yang lepas, anak teruna membuat permintaan "Ummi nanti ummi masak bihun goreng pedas, bihun goreng udang pedaslah, nak bawak pergi sekulah" dan aku membalas "nanti Ummi mintak walid beli udang kat pasar malam esok ye, kita bawak bekal hari jumaatlah ye sebab tece tak masak ari jumaat". Anak terunapun bersetujuje.. janji ummi masak apa yang dia nak.
Hampir terlupa aku dibuatnya nak masak bihun pagi tadi, mujur hubby ku ingatkan. Dengan penuh kelam kabut akupun mula mengupas bawang dan mengopek udang serta menyiat cendawan. Mujurlah aku dah rendam bihun siap-siap dan dah keluarkan udang dari freezer malam semalam. Tak sampai setengah jam aku siap memasak dan siap hidang untuk anak teruna sorang tu.
Maaflah presentation tak cantik sebab yg nih je sempat snap.
turun bawahje dah licin, bila di tanya sedap ke tak senyapjer.. takde jawapan
Resepi Bihun Goreng Tomyam (aku cipta sendiritau takde tiru mana-mana resepi ek)
Bahan-bahan:-
1 biji bawang merah - dicincang halus
3 ulas bawang putih - di cincang halus
4 - 5 sudu cili giling
1/4 mangkuk air asam jawa yang pekat
2 sudu kicap
4 sudu sos cili
1 cawan air
3 helai daun limau purut (pagini aku tak guna, tak sempat ambil & cari)
2 ketul kiub tomyam (aku guna cap maggi)
1-2 genggam cendawan tiram - disiat halus-halus
10 ekor udang yang dibuang kepala (ikut suka nak berapa ekorpun)
Bihun ikutla banyak mana nak masak - direndam dahulu sehingga agak lembut
1-2 batang sayur sawi
Cara-cara Memasak:-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak secukupnya
2. Setelah kekuningan, masukkan cili giling
3. Setelah Cili dah garing sedikit, masukkan kiub tomyam
4. setelah agak sebati, masukkan sos cili dan kicap kemudian masukkan air
5. Setelah mendidih, masukkan udang dan cendawan tiram
6. Setelah udang masak, masukkan bihun yang telah direndam tadi (air dibuang dulu ye) dan gaulkan bihun tersebut hingga sebati dan jelas kemerahan bihunnya.
7. Akhir sekali, masukkan sayur sawi dan tunggu hingga sayur masak sebelum api ditutup.
Nota:- kalau rasa nak betul-betul rasa macam makan tomyam, boleh lah
diletak baby corn, lobak merah, bunga kobis dan sebagainya. Tapi jangan
letak tomato ek nanti lembik sgt tak sedap makan dgn bihun.
Oh yea, dalam bihun goreng ni aku tak masukkan garam sebab dalam kiub tomyam tu sendiri dah ada garam di tambahkan lagi kicap serta sos cili yang aku guna tadi. Bukankah kita kena kurangkan garam dalam makanan dan lebihkan senyuman... eh betulke ayat nih... hehehe
*Selamat mencuba*