Khamis, Januari 31

Superman Menyelamatkan Sebuah Chery

Berita Firdausy

Rabu, 30 Januari 2013

    Seorang Pekerja yang berjawatan pembantu am pejabat terpaksa bertindak sebagai sorang super man setelah terlibat di dalam kemalangan di tempat letak kereta pejabatnya. Perkerja tersebut yang sedang menaiki motosikal EX 5 terlanggar sebuah kereta Chery berwarna hitam ketika kenderaan tersebut menjulur keluar untuk membetulkan tempat parking.

    Seorang saksi melaporkan bahawa, pekerja tersebut leka memerhati awek-awek di dalam kereta peugeot berwarna silver yang juga sedang memakirkan kenderaan mereka. Disebabkan terlalu leka memerhatikan aweks-aweks tersebut, beliau tidak perasan bahawa Chery tersebut sudahpun terjulur keluar. Lalu untuk menyelamatkan kaki yang pernah patah, beliau secara sepontannya terus melompat dari kenderaannya dan terbang bagaikan superman melintasi Chery tersebut.

    Pekerja tersebut hanya mengalami kecederaan ringan, manakala Chery tersebut mengalami kemik di bahagian hadapan serta calar akibat rempuhan motosikal tersebut. Pemilik Chery itu pula mengalami kecederaan poket rabak yang melampau disebabkan kemalangan tersebut.

Sekian.

Berita oleh Bernama


Cerita Firdausy

     Di suatu pagi yang Indah, setelah mengetik kad seawal 7:35 pagi, Akupun terus menghantar anak teruna ku ke tadikanya. Setelah menghantar anak teruna aku ke tadika, akupun balik ke pejabatku dengan penuh rileks tanpa rasa tergesa-gesa. Yelahkan.. dah punch kad nak buat apa tergesa-gesa. Sampai ke parking pejabat, akupun memilih tempat parking yang aku rasakan sesuai untuk kereta aku. Bila dah masuk parking, aku tengok keliling, senget pulak parking aku ni, fikirku ke depanlah sikit dan masuk elok-elok. Setelah melihat kiri dan kanan, aku tengok jalan clear water no boya dan tiada kereta or motor yang akan lalu, cuma yang ada kereta silver nak masuk parking. Akupun apa lagi, aku keluar sikit untuk membetulkan kereta aku. 

     Sedang elok aku keluar dan dah pun masuk gear reverse, tinggal nak tekan minyak je. Tetiba aku nampak ada satu motor datang hentam kereta aku dan pemandunya melayang ke depan. "Ya Allah, apa tu?" aku ingatkan ada superman datang nak selamatkan aku, rupa-rupanya ada orang dah langgar depan kereta aku. Tapi yang peliknya boleh pulak aku memandang ke kamera undur aku kot-kot aku dah terlanggar apa-apa kat belakang, padahal yang berlaku tu depan mata. Hehehe... 

     Tanpa berlengah, akupun mengundurkan kereta aku, parking cantik-cantik then akupun keluar tengok superman aku tu. "Alah siannya" kata hati ku, dah jatuh tersungkur dah "superman" aku tu. Aku angkat barang-barang yang jatuh dari motor, kawan-kawan yang ada tolong angkat motor "Superman" aku. "Kenapa akak keluar?" katanya. "Haik salah akuke? aku tengok takde apa-apa tadi, dah lama tu akak keluar tu, baru ko sampai. Takkan ko tak nampak keta akak?"

     "Alahai.. kereta ku" Kata ku dalam hati. Kopak lagilah bonus aku kali nih. Selama 3 tahun aku bawak kereta ni tak pernah eksiden, alih-alih eksiden gak... huhuhuhu.. sedih.. punyalah baek.. aku jaga. Last-last, kat parking yang ko nak eksiden.

     "Ok tak ni, kalau tak akak bawak ke hospital?" kataku. "Ok kak, takde apa-apa nih sikit jer kot" katanya dalam keadaan menyeringai menahan sakit sengal pada kakinya. "Kereta akak okke?" Soal nya lagi. "Kereta akak macam tulah, calar dan kemek" jawab ku. "karang aku mintak ko bayar tak terbayar gamaknya ko" kata hati aku. Aku berlalu masuk ke pajabat tanpa melihat dengan betul keadaan kereta aku tu. Bila masuk sahaja ke dalam pejabat, ada saksi mengatakan yang mamat "superman" nih sebuk menenguk awek-awek kereta silver. Hmph.. patutlah tak nampak kereta aku dah sedia terjulur keluar tu.

    Korang nak tengok keadaan kereta aku tu?

Uwaaa... kopak sudak kocekku eh silap purse ku...

-The End-

Isnin, Januari 28

Blues Monday #19

Assalamualaikum....


 Letih balik dari kampung hubby tak habis lagi. Letihnya ngalahkan macam aku pulak yang memandu. Hehehe.... padahal yang memandu tu hubby aku, aku yang duduk sebelah pulak yang terlebih letih tahap gaban.




Apa citer blues monday aku arini ek... aku agak blur skit nih.. hmm masa aku kat vietnam haritu, terkejut gak aku pasalkan kat negara tu bukan setakat kat atas jalan raya jer ada traffic jam, tapi...
kat atas airpun boleh ada traffic jammed...
so, nasihat aku, bila berada dalam sampan sila letak tangan di dalam bot dan jangan sesekali letak tangan anda di pinggir sampan kalau tak, akan terputus dualah jaritu. 


#entrinih dibuat dlm keadaan mengantuk, andai aku merapu or ayat yang takde kena mengena tu abaikan jelah ek hehehehe

Jumaat, Januari 25

Freaky Friday #11

NENEK TIDAK ADA DALAM SYURGA

RASULULLAH SAW pernah juga berjenaka, sehingga membuat seorang nenek menangis kerana khuatir tidak masuk syurga. Nenek tersebut adalah dari golongan Ansar telah datang kepada Rasulullah SAW dan minta didoakan.
"Wahai Rasulullah! Tolong doakan saya kepada Allah, agar saya dimasukkan ke dalam syurga." kata si nenek.
"Wahai nenek, di syurga nanti tidak ada orang tua seperti nenek." kata Rasulullah
 Mendengarkan itu, si nenek menangis tersedu-sedu kerana menyangka dirinya tidak akan masuk syurga. Padahal yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW adalah lain.
  "Nenek tidak perlulah bersusah hati. Kerana yang saya maksudkan adalah semua orang yang masuk syurga nanti akan kembali ke usia muda semula, termasuk nenek juga." kata Rasulullah SAW menerangkan.
  Barulah si nenek merasa gembira dan mengelap air matanya yang membasahi pipinya yang sudah tua itu.







nota: Korang cuba bayangkan kalau yang masuk syurga tu dah tua-tua belaka, jalanpun tak larat, macammana gamaknya nenek-nenek ni nak jaga suami merekadan menjadi ketua bidadari bagi bidadari suaminya, bidadari yang ada semua lawa-lawa, muda belia dan cantik belaka, tak terlarat nenek-nenek nih nak layan kehendak suaminya nanti. Tak mampu aku rasa nenek-nenek nih nak mengawal bidadari syurga buat suami mereka nanti. Hihihihi....

Selamat Ulang Tahun Blogku Yang Pertama

Assalamualaikum..

Lama aku tak update entry, Semalam Sambutan Maulidur Rasul tak sempat aku nak update entry aku. Ada yang ikut program perarakan maulidur Rasul ke? Seronokkan berarak beramai-ramai. Anak teruna aku hari ini berarak keliling kawasan tadikanya. Tak sabar dia nak ke tadika harini siap pilih nak aku masak apa hari ini. 

Semalam juga merupakan ulang tahun pertama blog aku sejak ia diwujudkan. Tak sangkakan pejam celik, pejam celik, dah setahun usia blog aku.

 

Harapan aku sempena usia setahun blog aku ni, traffic aku meningkat dan aku lebih rajin berblog walking dari sebelum-sebelum ni. 

Ahaks ahaks.. harapan tinggal harapan

Selasa, Januari 22

Lempeng Bawang Dan Kelapa


Hari tu aku letak entry lempeng kelapa kat sinikan? Ahad lepas aku masak lagi lempeng kelapa tapi ikut versi lain pulak. Kali ni aku masak kari ikan pulok untuk cicah dengan lempengnih.. pergh...rindu masakan malaysia setelah 4 hari aku makan makanan Vietnam nak muntah pun ader gak. Jom kita jamu mata tengok resepi.

Bahan-Bahan Lempeng:


  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan kelapa parut - ambil yang putihjer
  • 1 biji bawang besar yang di ricik halus-halus
  • 1/2 sudu serbuk bikarbornat
  • 2 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kacau rata dan biarkan seketika
  2. Panaskan non-stick friying pan dan sapukan sedikit minyak di dalamnya
  3. Cedok 1 senduk bancuhan tadi, dan ratakan dalam kuali
  4. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasa atau sehingga bahagian atasnya nampak kering.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga agak kekuningan
  6. Buat kaedah yang sama sehingga bacuhan tepung habis
 Bahan-Bahan Kari (Resepi sendiri - setelah dikomen oleh abah aku yang kari aku asyik cairje)
  • Sebiji bawang besar yang di potong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili giling (kalau suka, aku nih lidah melayu memang nak makan cilije)
  • 4-5 sudu besar rempah kari yang di campurkan air sedikit. (aku suka buat kari pekat-pekat)
  • 2 senduk santan
  • Ubi kentang yang di potong 4 jika mahu
  • Daging lembu, ayam atau ikan (ikutla nak masak kari apakan..)
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Membuat Kari
  1. Masukkan minyak, apabila telah panas, masukkan bawang besar dan bawang putih yang di potong dadu
  2. Setelah kekuningan, masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan rempah kari yang dah di campurkan air tadi, gaul rata sehingga naik minyak
  4. Masukkan sedikit air/ santan cair
  5. Masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk
  6. Setelah Ubi kentang empuk, masukkan daging / ikan tadi
  7. Setelah kuah sedikit mendidih, barulah dimasukkan santan pekat
  8. Setelah kuah sebati dengan santan, masukkan garam secukup rasa sehingga kuah mendidih
  9. Tutup api, boleh dimakan bersama lempeng tadi or nasi panas-panas

Rabu, Januari 16

Makan Best #13 : Promo Smart Lunch Pizza Hut

Assalamualaikum.. 

    Entry harini juga adalah schedule entry aku. Kali inni aku nak cerita pasal Promo Smart Lunch ole Pizza Hut. Harga hidangan di tawarkan dari RM 8.90 hinggalah ke RM 18.90. 


Pilihan RM 8.90, kita boleh memilih makanan utama antara pan pizza saiz kecil dan sandwiches
Bagi Harga RM 12.90 pula, kita boleh memilih main  dishnya antara pasta dan nasi
Akhir sekali, untuk harga RM 18.90 pula kita boleh memilih 3 jenis main dish iaitu makanan western antaranya chicken chop dan sebagainya lagi.

Banyak pilihan hidangan boleh dipilih di sini. Promo ini hanya dibuka pada waktu bekerja sahaja tak termasuk hari cuti dan cuti umum. Smart luch ini hanya bermula dari jam 12 tgh hari ke jam 3 petang sahaja. Kalau tak silap aku lah. XOXO D

Isnin, Januari 14

Blues Monday #18

Assalamualaikum....

   Entry kali ini aku buat schedule post, bukannya apa pada hari ini dan waktu ini serta selama 4 hari aku takde di Malaysia. Aku kemana? nanti aku akan aku updatekan kemudian... jom kita jamu mata ek...



Ada yang dapat teka dah aku ke mana? hehehe.... XOXO D

Khamis, Januari 10

Lempeng Kelapa

Assalamualaikum... 

Jemu doh aku masak western jer.. memanjang. Kalini aku rasa nak cari resepi masakan kampunglah pulok. Hmm nak masok menda ek. Hari tu aku masak pancakekan.. harini aku rasa nak masak pancake melayulah pulak. Lama dah aku tak masak lempeng, last aku masak adalah masa awal-awal tahun perkahwinan aku dulu. itupun aku main hentam koromjer tanpa resepi. Cari punya cari resepi, akhirnya jumpa jugak, dapat pulak cicah dengan sambal ikan bilis rangup.. pergh.. kecur air liur mak...
        sebenarmya resepinya amat mudah. Tapi saja aku cari untuk sedikit kelainan. Iyelahkan mana nak tau ada jumpa cara chef punyake.. hehehe..

Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan Lempeng:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan kelapa parut - ambil yang putihjer
  • 1/2 sudu serbuk bikarbornat
  • 2 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kacau rata dan biarkan seketika
  2. Panaskan non-stick friying pan dan sapukan sedikit minyak di dalamnya
  3. Cedok 1 senduk bancuhan tadi, dan ratakan dalam kuali
  4. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasa atau sehingga bahagian atasnya nampak kering.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga agak kekuningan
  6. Buat kaedah yang sama sehingga bacuhan tepung habis
  7. Boleh dihidangkan dengan kari, sambal ikan bilis, susu dan sebagainya
Selamat mencuba..



Kredit tu Tiffinbiru n Djdanchef atas resepi yang aku jumpa.

Segmen #11:Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Assalamualaikum...

Kengkawan blogger.. Bro Hanif buat segmen lagilah, kali nih ada GA lagi. Ini kali ke-2 aku ikut segmen Bro Hanif ni. Syarat-syarat nya amat mudah,

  1. Kena buat entri Tajuk Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen, pastu tempek banner kat bawah dengan link skali (klik pada gambar)
  1. Follow G+ dan Follower friends
  2. Tag 2 kawan. Hmm saper ye aku nak tag. Aku tag Yan ty dengan Husna
GA akan diberikan kepada segmen yang mempunyai paling banyak komen. Halamak ini yang susah skitnnih.. next week 1 minggu aku takde dan tak dapat nak online nih.. takpe akan aku cuba kejar nanti.

lupa pulak nak bagitau.. tarikh penyertaan dari 9 januari hingga 9 februari. setiap orang yang baru join dia akan dia masukkan dalam bloglist hanif dia. begitu juga dengan aku, bagi yang follow aku akan aku follow balik dan dimasukkan dalam bloglist Firdausy juga kat SINI

Rabu, Januari 9

Blue Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum...

         Di atas permintaan anak teruna aku nak makan spagetti beberapa hari yang lepas, malamni aku tunaikan juga permintaannya malam ni. Sebenar dah berkali-kali aku masak spaghetti sebab ini memang makanan kegemaran anak teruna. Tambah lagi bila aku masak dalam bentuk blue colourni. Memang dia cukup berselera. Siap pesan kat aku kutip bunga biruni kalau aku lupa. 

              Ha, tengok gambar nih, nampak berselera tak? memang nampak pelik tapi selagi boleh menaikkan selera anak aku tu, aku sanggup buat selalu.
Resepi aku nih, mudahjer.. pakai sos spagetti segeraje tapi di olah oleh aku dengan rasa dan selera orang melayu. Bagi yang tak pernah masakpun bolehje masak Spaghetti mudah sangat. Kalu tak tau jugak, meh datang rumah aku ngajo bagi pandai.. hehehe...

Resepi Blue Spaghetti Bolognese.

Rebus Spaghetti dengan air bunga telang biru sehingga masak. Setelah masak, toskan dan lalukan bawah air paip sebentar.

Bahan-bahan Kuah:
  • 3 ulas bawang putih di potong dadu
  • Sebotol kecil Sos Spaghetti (aku guna sos prego)
  • 200 gram daging cincang (aku guna ramly senang ikut kepingjer)
  • 3-4 sudu besar cili giling
  • Sedikit minyak zaitun
  • 1 cawan mix vegetable
  • 2-3 cawan air
  • 2 sudu tomato puree (boleh ditambah kalau nak rasa lebih masam)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Memasak:
  1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga kekuningan
  2. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak atau cilinya cukup masak
  3. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging masak (kiranya warna daging tu nampak pucat tu dah kira masaklah tu)
  4. Masukkan tomato puree, sos spaghetti dan air 
  5. setelah menggelegak, masukkan mix vegetable dan akhir sekali masukkan garam secukupnya
  6. Boleh dihidang terus pada spaghetti. Sedia untuk dimakan.. 
Selamat mencuba dan menjamu selera....


Jahitan Telah Dibuka

Assalamualaikum...

Berparut dah kening anak aku. Mengikut cerita aku di entry yang lepas kat SINI, anak teruna aku tu dapat empat jahitan di keningnya. Hai aktif sangat dan agak lasak orangnya. Tak reti dan tak tau erti sakit agaknya. 
         Buktinya pada Jumaat yang lepas, aku minta Teacher Pusat Jagaan bawa anak teruna ke Klinik untuk membuka Jahitan di kening anak teruna aku tu. Aku siap takut-takutkan dia lagi nanti doktor jahit balik tau pakai mesin jahit macam mesin jahit umi "tet tet tet tet tet" siap bunyik lagi. dia boleh buat dek jer... langsung tak takut.
Tengoklah keningnya dah berparut bentuk V terbalik

Masih hisap botol lagi, tapi cover kat rumahjer.. kat pusat jagaan minum pakai cawan. Siap pesan "Ummi jangan bagitau Teacher tau" Hampeh... Ini ke rupa orang nak sunat? botolpun tak putus lagi. ish..ish..ish..

Selasa, Januari 8

Semangatnya Mencuci Kereta

Assalamualaikum....

          Rajin pula Hubby dengan Anak Teruna Aku mencuci kereta. Petang ahad yang lepas, mereka terus menyerbu ke kereta untuk mencuci. Kecoh mulut anak teruna kata nak buat juga. Suara walidnya aku dengar cuma sesekali. Dari atas aku dah dengar suara anak teruna aku, entah apalah agaknya yang di bebelkan nya. 

             Akupun turun ke bawah nak tengok apalah yang di bisingkan oleh anak teruna tu. Aku ingatkan mereka berebut spot cuci kereta, Sekali aku mengintai nak tengok, takde kena mengena langsung dengan kereta. 
        Rupa-rupanya berebutkan baldi air sabun pasal nak cuci basikal sendiri. hampeh sungguhlah... yang beria-ia membasuh kereta, hubby seorangjer.... ish..ish..ish... anak bertuah... habis terbalik-balik basikal tu dibuatnya. 

          Sayang sangat basikal yang satu. Basikal ini jugalah yang dilenjannya pusing-pusing dalam rumah. Dan sekarang dia ada hobi baru, bawa basikal pusing keliling kawasan perumahan. Jenuh aku nak bagi alasan nak mengelak dari bawa dia keluar. Huhuhu.. memanglah elok untuk minda anak terunaku ini, tapi aku tak tahan nak menjerit minta dia berhenti bila dah sampai hujung jalan. Aku takut ada kenderaan datang melintas. Apa-apa jadi, aku juga nanti yang dipersalahkan. Betul tak? Betul... orang akan bertanya siapalah mak bapak budak nih, tak reti jaga anak ke....

Isnin, Januari 7

Blues Monday #17

Demam AJL 27 laginih.....


Persembahan Terbaik: Black feat RJ
Vokal : Ku akui - Hafiz
Tempat Ketiga : Ku Akui - Hafiz


Tempat Kedua: Idola - Azlan and The Typewriter
Juara : Terukir Di Bintang -Yuna (diganti oleh Aizat and The palawan)
PERSEMBAHAN Aizat menyanyikan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna (gambar kecil) pada Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27).

PERSEMBAHAN Aizat menyanyikan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna (gambar kecil) pada Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27).
Memang Terbaeklah, nyanyian yang mantap dari Aizat juga walaupun hanya pengganti... Aizat.. You are so sweeetttt....


Lagu ombak rindu tak menang tapi penuh dengan kontroversi bila Nadira didukung oleh Aaron Aziz.

Papa Rock, Ramli Sarip mengakhiri segmen penutup dengan dendangan "Kamelia" bersama gitaris Man Kidal. Lagu berhantu Sweet Charity ini cukup untuk membuatkan seisi dewan berdiri dan turut sama menyanyikan bait-bait lirik lagu ini. Two words! Standing ovation. Tiada galang gantinya, segmen rock ini sekaligus melengkapkan kegemilangan edisi kali ini! Tidak keterlaluan jika ianya dikatakan, antara penganjuran anugerah terbaik dalam sejarah industri hiburan tempatan!







INFO: Pemenang/Hadiah AJL27
* Juara - Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000)
* Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000)
* Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000)
* Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000)
* Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000)


Puas hati.. memang cukup puas hati.. CUKUP...TERBAEK....... Moga menjadi contoh pada majlis-majlis berprestij yang lain.

Ahad, Januari 6

Anugerah Juara Lagu 27


Assalamualaikum…


LIVE Anugerah Juara Lagu 27 Anugerah Juara Lagu 27 2013 (AJL). Keputusan Juara Lagu Milik Siapa?
                Anugerah Juara Lagu, mesti ramai yang tengah menonton AJL 27 nikan? Dah6  lagu yang berkumandang dan buat masa ni semua persembahan memang terbaiklah… Cheryl Samad dengan FBI tetap cantik dan sengal. Pergh..

Part yang paling best bila Aaron Aziz keluar then akhir lagu Aaron Aziz dukung Adira aaaarrrrrgggggghhhhh… terjerit aku sorang-sorang kat atas. Hish… sedar sikit sya.. ko nih bini orang nak  dukung minta hubby ko jer yang dukung, itu pun kalu dia ada kudrat nak dukung ko lah ek hehehehe… #badan macam tong drum nak berangan kena dukung..

Shila Hamzah pun tak kurang hebatnya. Mantap seperti biasa dengan pakaian serba hitam bagaikan berkabung. Azlan n the type writer dengan persembahan bersahaja dan unik. Persembahan Stacy pun best.. macam atas titi gitu, aik…awat aku tengok stacy skrang makin gemuk ek.. muka dia pun licin dan cantikkan macam muka adira jugak.. chantek… Bedroom sentuari pun best gak bersahaja walaupun baru pertama kali ke AJL amir chomel sangat dengan rambut kerintingnyer tu..Best memang sangat best tahunni.

Tahniah juga buat Nor Zaidi Rahman menang anugerah tune mobile bagi lagu Ombak Rindu..

Tapikan aku agak tak berpuas hati sikit bila persembahan terbaik dibuat melalui undian SMS. Hai TV3 pun tak cukup  duitke.. saborjelah… confirm yang popular yang menangkan.. hmm… terpulanglah.
Tak sabar nak tau sape pemenang-pemenang nyer…lawaklah bila FBI salah sebut, dia nak cover, lepas tu semua orang gelak kat dia.. comel sangat bila dia tutup muka.. FBI..FBI...oklah aku nak concentrated pada AJL ni cau cin cau…

Jumaat, Januari 4

Freaky Friday #10

ISTANA YANG TIDAK AKAN ROSAK

Zaman dahulu ada seorang raja membuat sebuah kota yat cantik, lengkap dengan segala kemudahannya yang hebat sehingga tidak ada yang menandinginya. Setelah siap, raja mengundang semua rakyat untuk menyaksikannya sambil menikmati makan dan minum secara percuma. Setiap orang diminta agar menunjukkan sebarang kecacatan yang terdapat pada kota tersebut. Berpuluh ribu orang yang melihat kota tersebut, ternyata gagal menemukan sebarang kekurangan atau kecacatannya. Akhirnya ada seorang yang datang agak terbelakang menemukan kecacatannya.
       
    "Ada apa-apa komen tentang kota ini?" tanya petugas di pintu keluar.

    "Ada. Aku menemukan dua kecacatan pada kota ini." jawab orang tersebut.

    Petugas terkejut, lalu orang itu di tangkap dan dihadapkan kepada raja yang sedang menunggu komen rakyatnya.

     "Betulkah engkau menemukan sebarang kekurangan pada kota yang kubangunkan ini?" tanya raja.

     "Betul tuanku. Aku menemukan dua kecacatan padanya".
     
     "Apa cacatnya?"

     "Yang pertama kota ini akan rosak dan yang kedua penghuninya akan mati."

    Mendengar jawapan tersebut raja marah, kerana diangganya orang itu hanya untuk bermain-main sahaja.

     " Kurang ajar. Engkau mempermaikan aku ya?" Bentak raja.

     "Tidak, tuanku. Aku bercakap yang benar."

     "Cuba engkau tunjukkan mana ada bangunan yang tidak akan hancur dan penghuninya tidak akan mati?"

     "Syurga dan neraka yang tidak akan hancur. Para penghuni yang ada di dalamnya tidak akan mati selama-lamanya."

     "Raja terdiam sebentar, kemudian berkata: "Betul juga engkau ni. Baiklah, engkau menang."

Selasa, Januari 1

Tahun Baru 2013

Assalamualaikum... 

tahun-baru-2013

       Tahun Baru menjelang lagi, bertambah lagi usia kita bertambah juga usia bumi kitani. Apa azam korang tahun 2013? Azam tahun lepas dah terlaksanake? ataupun ada yang bawa azam tahun lepas ke tahun hadapan? Apa azam aku? tahun lepas punya azam dah terlaksana dengan terbitnya blog aku ni. Azam untuk tahun ini pula, aku nak renovate dapur rumah aku andai di izinkan Allah. Hai... bolehke aku nih nak menyimpan? nak berjalan lagi merata aku pergi nanti nih. Huhuhu... Akan aku usahakan selagi terdaya.

         Apa aktiviti korang sempena cuti tahun baru ini? Kalu diikutkan memang banyak konsert-konsert dan sambutan tahun baru yang diadakan sempena tahun baru, tapi bagi akulah dari pergi konsert-konsert yag tak mendatang faedah dan pahala tu baik kita ke majlis-majlis ilmu lagi elok tambah pula pahalapun dapat. Dengarnye jam 8 malam semalam ada majlis sambutan tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus, malangnya aku dah rugi sebab baru tau pun dah terlambat. Takde pula perkara ni di hebahkan sekitar pejabat aku, selalunya ada sahaja poster-poster terpampang di papan kenyataan. Hmm... pelik.

       Sampai di sini sahaja celoteh aku. Selamat tahun baru buat semua teman-teman logger dan buat anda di luar sana. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan dipenuhi dengan keberkatan yang melimpah ruah dengan sebaik-baik keberkatan buat kalian yang ada di luar sana. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.....