Assalamualaikum...
Berparut dah kening anak aku. Mengikut cerita aku di entry yang lepas kat SINI, anak teruna aku tu dapat empat jahitan di keningnya. Hai aktif sangat dan agak lasak orangnya. Tak reti dan tak tau erti sakit agaknya.
Buktinya pada Jumaat yang lepas, aku minta Teacher Pusat Jagaan bawa anak teruna ke Klinik untuk membuka Jahitan di kening anak teruna aku tu. Aku siap takut-takutkan dia lagi nanti doktor jahit balik tau pakai mesin jahit macam mesin jahit umi "tet tet tet tet tet" siap bunyik lagi. dia boleh buat dek jer... langsung tak takut.
Tengoklah keningnya dah berparut bentuk V terbalik
Masih hisap botol lagi, tapi cover kat rumahjer.. kat pusat jagaan minum pakai cawan. Siap pesan "Ummi jangan bagitau Teacher tau" Hampeh... Ini ke rupa orang nak sunat? botolpun tak putus lagi. ish..ish..ish..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan