Khamis, Januari 10

Lempeng Kelapa

Assalamualaikum... 

Jemu doh aku masak western jer.. memanjang. Kalini aku rasa nak cari resepi masakan kampunglah pulok. Hmm nak masok menda ek. Hari tu aku masak pancakekan.. harini aku rasa nak masak pancake melayulah pulak. Lama dah aku tak masak lempeng, last aku masak adalah masa awal-awal tahun perkahwinan aku dulu. itupun aku main hentam koromjer tanpa resepi. Cari punya cari resepi, akhirnya jumpa jugak, dapat pulak cicah dengan sambal ikan bilis rangup.. pergh.. kecur air liur mak...
        sebenarmya resepinya amat mudah. Tapi saja aku cari untuk sedikit kelainan. Iyelahkan mana nak tau ada jumpa cara chef punyake.. hehehe..

Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan Lempeng:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan kelapa parut - ambil yang putihjer
  • 1/2 sudu serbuk bikarbornat
  • 2 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kacau rata dan biarkan seketika
  2. Panaskan non-stick friying pan dan sapukan sedikit minyak di dalamnya
  3. Cedok 1 senduk bancuhan tadi, dan ratakan dalam kuali
  4. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasa atau sehingga bahagian atasnya nampak kering.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga agak kekuningan
  6. Buat kaedah yang sama sehingga bacuhan tepung habis
  7. Boleh dihidangkan dengan kari, sambal ikan bilis, susu dan sebagainya
Selamat mencuba..



Kredit tu Tiffinbiru n Djdanchef atas resepi yang aku jumpa.

4 ulasan:

Yanty Lee berkata...

Huh , sedap tapi baru ni Ty makan tertiba naik alergic. Huhu

Firdausy CiLiKku berkata...

Alahai siannya yan ty.. mcmmana boleh allergic tu.. kena hati2 cr makanan lps ni

Unknown berkata...

sekali sekala masak makanan tradisi ...memang best!!! dah lama sangat renmy tak mkn lempeng.....hu3

Firdausy CiLiKku berkata...

teringin nak makan lempeng bila kat negara orang.. jemu mkn telur.. huhuhu