Khamis, Februari 28

Tour at Mekong River, Vietnam on 2013

Assalamualaikum...


Dah penat berjalan dan merayau keliling kota Saigon di SINI, penatpun tak habis hilang lagi, Kami ke Mekong River pula keesokan harinya.Kenderaan yang kami naiki lebih panjang dan lebih selesa dari semalam sebabnya kalini kami pergi lebih 10 orang termasuk teman wanita tourist guide kami. Bayaran yang dikenakan pada kami kalini kalau tak silap aku lebih kurang 20USD dengan pakej Riding horse, naik sampan, makan tengah hari, melawat honey Farm, minum teh sambil mendengar lagu dan menaiki bot ke pulau-pulau.

Jom Layan Gambar...
Kena saman
Untuk ke Mekong River, kami perlu melalui Lebuhraya. Untuk melalui lebuhraya disini pula, setiap kenderaan perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan untuk setiap lane. Bagi yang tak mematuhi had laju tersebut, kena samanlah jawabnya. Macam dalam gambar atas. Bagi pemandu yang memandu bas pelancong pula, lesen mereka akan digantung untuk setahun dari memandu.
Bergambar dulu
 Berehat sebentar di Mekong Rest Stop setelah sejam melalui lebuhraya
Replika Kapal terbang
 Tak dapat beli, dapat tangkap gambarpun jadilah untuk kenangan
Sedia untuk naik bot
Dah Sampai di jeti Mekong River.
Bergambar sebelum bergerak
Menyelusuri Sungai Mekong
First Stop : Honey Farm
Di sini, Kami dapat merasa sendiri madu original dari sarang lebah itu sendiri. Korang bayangkan, lebah-lebah tu tengah menghurung sarangnya, dan kita kena celup jari kita untuk merasa madu asli tersebut. Kemudian, kami dijamukan dengan air limau yang dicampurkan dengan madu serta kuih tradisional mereka. Madu yang dijual juga agak murah dan asli.

2nd Stop : Pembuatan gula-gula kelapa
Gula-gula kelapa di sini di buat sendiri secara manual, untuk mendapatkan pati santan juga diperah dengan menggunakan mesin yang dipusing dengan tangan. Semerbak bau kelapanya sungguh menaikkan selera.

3rd Stop: Hasil Kraftangan Vietnam dan dusun buah-buahan
Gambar kiri: Jika ingin membeli cenderahati hasil kraftangan dari vietnam, di sini lebih murah berbanding di beli dari bandar.
Gambar kanan: aku tak tau apa motif diorang gantung buah pada pokok ni, mungkin menandakan kami sedang memasuki ladang buah-buahan.
Minum sambil mendengar lagu vietnam
Di sini kami di jamu dengan buah-buahan segar sambil itu, kami juga dihiburkan dengan penyanyi tempatan yang berbaju tradisional yang agak jarang dan seksi. Tengoklah kesian penyanyinya, sambil menyanyi sambil kena bergambar. Tapi di sini, asal buat kerja sahaja mesti hendakkan tips. Walaupun tak banyak hanya seorang RM 1 tapi kalau 10 orang? huhuhu

4th Stop: Menaiki Perahu melalui sungai kecil ke jeti
Sampan beratur menunggu penumpang
Tourist Guide kami bagitau supaya memegang pemegang di sebelah dalam dan jangan letak tangan di sisi sampan kerana andai berlaku kesesakan, sampan-sampan ini terpaksa berselisih dalam keadaan yang sangat-sangat rapat. Jika jari kita di bahagian luar sampan, jari kita boleh terputus dua disebabkan perselisihan tersebut.
2 orang diperlukan untuk mendayung sampan tapi yang uniknya, pendayungnya hanya perlu mencakung di depan dan belakang perahu. Go aunty go aunty chaiyo' chaiyo'
Akhirnya sampai juga ke bot
Akhirnya selepas berhempas pulas, sampai juga ke bot. Setelah sampai, macam biasa tips perlu dihulurkan.

5th Stop: Horse Riding
 Bergambar di pintu gerbang masuk ke kampung
 Asyik-asyik peace no war..
Sampai ke kampung Hao Ai untuk aktiviti menunggang kuda
Mulanya dalam imaginasi aku kami akan naik kuda sorang satu. Rupa-rupanya naik kereta kuda. Aler... kuda yang kami naikipun kurus keringjer.. sian lak bila aku tengok. Disebabkan dah bayar, naik ajelah...

6th Stop: Halal Mekong Restoran

Penat menjelajah, masa untuk makan tengah hari pula..
mmm... sangat sedap bila lapar
Masa untuk pulang, badan dah keletihan dalam bot pula kami di beri minum air kelapa muda
Sangat seronok dan sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Punyalah letih, aku tertido di bahu hubby sehinggalah kami sampai di pinggir bandar. Sesampai di Bandar, kami dibawa pula melawat ke perkampungan Islam yang ada di Vietnam. Turun sahaja dari bas, kami di sambut dengan hujan kenderaan bermotor yang kebetulan waktu untuk pulang dari bekerja. Sampaikan nak melintaspun, kena melintas secara berkumpulan manakala seorang angkat tangan untuk menahan kenderaan sambil melintas.
Sangat ngeri untuk melintas, takut kena langgar. Di perkampungan Melayu Champ kami dibawa ke Masjid. Masjidnya bertingkat, Tempat solat di tingkat 1, manakala tempat solat wanita di tingkat 2, Tingkat bawah pula di khaskan untuk kelas belajar. Sempat kami berkenalan dengan imam masjid, mereka sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat Islam melawat kampung mereka. Di sini juga mereka menerima pelajar-pelajar dari negara jiran, di ajar dengan bahasa melayu dan vietnam sebelum dihantar belajar ke Kelantan.

Oklah sampai sini dulu entry aku, nanti sambung lagi untuk hari terakhir di Vietnam.

Lihat kisah sebelum di:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town

Update terkini:-
Mekong river
Kedai Makanan Halal 
Last day at Vietnam

Rabu, Februari 27

Round Town at Saigon City @ Ho Chi Minh City, Vietnam on 2013

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak bercerita mengenai Trip Pusing Keliling Bandar sambil bershopping dan melawat-lawat. Untuk trip ini, kami mengupah tourist guide untuk membawa kami pusing bandar. Dengan Upah 24 dolar untuk seharian, kami dibawa keliling bandar siap makan tengah hari di restoran halal. Upah tourist guide mengikut ramai pelancong yang dibawa, lagi ramai pelancong lagi murah upahnya. Jom layan gambar jelah ek.
Sedang mendengar penerangan mengenai pakej yang ditawarkan
Malam sebelumnya, kami bertanya pihak hotel mengenai pakej-pakej yang ditawarkan oleh mereka. Namun pakejnya agak mahal dan ada kos-kos tersembunyi. Akhirnya, kami berjumpa dengan warga Vietnam yang sudi menjadi tourist guide kami dengan harga yang lebih murah.
Kenderaan yang kami naiki, aturcara ke tempat menarik dan tourist guide
Tempat pertama: Monumen menteri/pengasas pertama Saigon City berhadapan dengan Soigon City Council.
1. Saigon City Council, 2. Patung pengasas bandar Ho Chi Minh dan 3. Bangunan tertinggi yang terdapat di Saigon.
Bergambar berlatar belakangkan City Council disamping bunga teratai
Tempat Kedua: Hard Rock Cafe
Gitar yang ditandatangai oleh Dan Estrin

Bergambar depan Replika gitar


Bergambar dan berposing sementara ada peluang hehehe

Happy giler masa nih..
Main gitar gergasi
Peace no war... Hubby
Tempat Ketiga: Pejabat Pos Besar dan yang terbesar di Ho Chi Minh City
Perkarangan Pejabat Pos Besar
Posing jap depan pejabat pos

Aku suka tengok pengantin menangkap gambar untuk album. Tengoklah pasangan ni, sweet sangat.
1. Perfume yang melambangkan negara Vietnam, 2. Gambar pengasas Bandar Ho Chi Minh, 3. Pondok-pondok pos yang ditukar kepada pondok telefon dan mesin ATM dan 4. Sempat lagi membeli belah kad hasil tangan orang vietnam yang sangat halus buatannya.
Sempat lagi berposing depan pondok telefon
 
Satu lagi bangunan menarik berbumbung kaca dan siling besar yang pasti cukup memukau, tapi aku idaklah masukkan. Dengan seni bina gaya neo-Romanesque, bangunan Notre-Dame Basilica tersergam pada 1960-an apabila seorang ketua paderi dihantar bertugas di Saigon.
Tempat Keempat : Muzium Perang
Bangunan Muzium Perang

Bergambar depan kapal terbang perang
Wajah orang yang pernah di hukum pancung di mesin ini


Tempat kelima: Singgah tengah hari ke Kedai Shamsudin untuk mengisi perut yang kelaparan.
Perutpun dah kenyang, kami dibawa pula ke kedai Hajah Basiroh untuk memborong tudung dan baju kurung yang bermanik. Kemudian kami di bawa ke butik Pakaian Anna yang menjual pelbagai baju kurung sulam manik. Tempat terakhir untuk bershopping, kami dibawa ke Cho Long - China Town yang bermaksud pasar besar. Di sini kebanyakan barangan dijual secara borong, di sini juga terdapat kedai kain yang menjual kain-kain seperti kain yang terdapat di Ben Than Market dan dijual dengan harga yang lebih murah. 

Tempat Keenam: Golden Dragon Water Puppet Teather

Bergambar sebelum pintu dibuka
Dengan bayaran masuk 150K VND, Kami dijamu dengan cerita rakyat orang vietnam. Walaupun tak paham dengan apa yang di cakap oleh penceritanya, tapi bila di hayati, kita dapat melihat suasana kampung yang harmoni di vietnam. Sangat menarik untuk ditonton. Kita boleh lihat keunikan cara hidup orang vietnam dengan kepercayaan mereka. Dan yang paling menarik, cara mereka mengendalikan puppet itu sendiri dengan menggunakan buluh dan pergerakan puppet yang agak bebas kekiri dan kekanan.

Selesai sudah aktiviti seharian kami melawat bandar Ho Chi Minh, malam mula menjelang dan kami lanjutkan perjalanan kami ke Vietnam Delight untuk makan malam
Canggih tu, siap ada facebook n wifi lagi.
Sekian untuk cerita hari kedua, aku sambung lagi cerita di:-
Mekong River
Kedai Makan Halal
Last day at Vietnam

Lihat kisah sebelum Vietnam 1st day dan Pasar malam Ben Than

Selasa, Februari 26

Ben Than Night Market, Vietnam on 2013

Assalamualaikum..

Apa khabar kengkawan Blogger ku? Aku dapat MC harini, sebabnya aku demam dan suara aku hilang pagi nih, tapi sebelum aku terlelap, aku nak cerita pasal pasar malam yang ada di jalan Ben Than. pasarni setiap malam ada, memang di buka setiap malam, so tak payah risaulah kalau nak pergi hari apapun.... barangan yang dijual di pasar malam ini harganya lebih murah dari harga biasa berbanding dengan harga di dalam pasar ben than itu sendiri. Pasar Malam nya menjual macam-macam jenis barangan, dari cenderahati sehinggalah ke barangan hiasan rumah, pakaian dan macam-macam lagilah. Pasar malam ni di buka di dua jalan, so kalau nak ke pasar malam di jalan yang lain, kena tempuh Ben Than market dulu,
Cuma satu aje aku pesan di sini, stail menjual di vietnam macam stail menjual di petaling street. kalau rasa nak dengan barangan kat gerai tu, kalau dah sentuh, kena terus tawar harga untuk serendah boleh dan terus beli. Kalau tidak, mereka takkan lepaskan kita sehingga kita beli. Janganlah berangan nak survey2 duluke, tengok-tengok duluke. kita tak tawar-menawarpun mereka dah turunkan harga. jangan tertipu,bandingkan dahulu dengan ketiga-tiga nilai mata wang, iaitu Dong, USD dan MYR. mana yang paling rendah, bolehlah dipilih untuk proses tawar menawar. Kebiasaannya duit kita yang paling rendah. Huhuhu.. Memang seronok berbelanja @ dalam erti kata menghabiskan duit kat sini. Rambang mata aku dibuatnya..Berhati-hati bila nak tawar menawar. Pastikan duit yang di beri cukup-cukup, jika beri USD pastikan duit yang dipulang dalam USD ataupun duit tu sama nilai dengan matawang yang diberi.
     Gambar kat atas ni, aku ambil dan abadikan dalam kenangan. Aku sangat berkenan dan nampak hidup. Geram aku dibuatnya, setiap kali lalu mesti tengok. Aku nak beli, tapi dilarang oleh Hubby aku sebab katanya buat berat beg jer.. huhuhu.. sangat murah boleh  pula di kurangkan ke RM 50. Memang dasatlah harga2 disini. Cantik sesangat2. Geram aku tengok. Mujurlah di malam terakhir duit aku tinggal tak seberapa kalau tidak, aku borong dah...
Suasana senja di bandar, kereta dan motor sentiasa memenuhi jalan raya. Sesak sesesaknya
Gambar kat atasni pulak, aku snap depan hotel aku. kenderaan sentiasa bertali-arus tanpa henti. Sampaikan aku nak melintaspun jadi takut. Motor terlalu banyak dan laju-laju. Tapi bila malam berlabuh, dan jam telah mula masuk pukul 8 malam jalan mula jadi lengang serupa macam jalan mati pulak. Ketika itu pula, kita boleh lihat pekerja bandaran mula mengambil alih jalan dengan membersihkan sampah sarap sekitarnya. Satu yang aku tabik kat sini, susah nak melihat sampah bertebangan ataupun sampah merata-rata sekitar jalan raya. Pemandangan lanskap di bandar Ho Chi Min ini juga amat cantik dan cukup terpelihara. Pokok-pokok juga dijaga dan ditanda mengikut nombor. 

Oklah sampai sinijer.. nanti aku sambung cerita lagi pasal Bandar Vietnam pulak.

Lihat cerita hari pertama kat SINI

Kisah seterusnya bersambung di:-

Rabu, Februari 20

Petua Penggunaan Pokok-Pokok Herba

Assalamualaikum...

Dah lama sebenor nye gambarni dalam simpanan aku, cuma masa tu tak tau nak letak tajuk apa. Inipun main hentam letakjer.. nampak ke kome semua apa yang ada dalam gambar ni? hehehe..
Meh aku senaraikan antara petua-petua pokok-pokok herba nih.

1. Daun Kari

  • Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan boleh mengatasi masalah penghadaman
  • Jus daunnya di campur dengan jus limau nipis dan digunakan untuk mengatasi loya dan pening akibat makan lemak yang berlebihan - caranya mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan jus limau nipis.
  • Jus daun kari yang dicampur madu juga boleh mengatasi cirit - birit dan buasir
  • Air rebusan kulit batangnya yang dikeringkan juga dapat mengubat kencing manis.
  • Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan juga dikatakan dapat mencegah kencing manis akibat kegemukan dan keturunan.
  • Dikatakan juga, daun kari dapat mencegah uban.
  • Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa sehingga kehitaman, boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigtan serangga dan haiwan berbisa.
  • Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes dan boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalkan pada tempat yang sakit.

2. Limau Purut
  • Daunnya dikatakan mempunyai kualiti anti histamin (adalah sebatian nitrogen organik yang terlibat dalam tindak balas tempatan imun serta mengawal fungsi fisiologi dalam usus dan bertindak sebagai neurotransmitter. [2), anti kelemumur, anti spasmodic (yang berhubungan dengan atau terjejas atau dicirikan oleh kekejangan) dan aktiviti hypotensive (tekanan darah rendah atau berkhidmat untuk mengurangkan tekanan darah.)
  • Selain dari mandian wap, daunnya juga boleh dijadikan syampu untuk kelemumur
  • Jus buahnya pula dikatakan boleh menguatkan kesihatan gusi dan juga boleh digunakan untuk memberus gigi
  • Minyak pati dari daunnya pula boleh digunakan sebagai agen perasa dan ditambah ke dalam produk kosmesuetikal seperti sabun dan losyen.
3. Kaduk
  • Air Rebusan akarnya dikatakan boleh melawaskan kencing
  • Air rebusan daunnya untuk merawat demam malaria.
  • Ianya juga boleh melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang.
  • Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan ubat panau dengan meletakkan daun yang ditumbuk di tempat panau.
4. Lidah Buaya
  • Jeli dari daunnya boleh di buat minuman dan di masak sup
  • Rawatan untuk Penyakit kulit, luka, kulit terbakar, sembelit, sembab, batuk, kesakitan, bengkak, asma, Sakit urat, luekemia, kanser paru-paru, bengkak spleen, buasir, uluran sebagai antibiotic, anti septik, julap, penggalak haid, penggalak muntah, kecacingan, penyakit mata, bengkak, demam, rawatan selepas bersalin, dan barah payudara
5. Mas Cotek
  •  Berkesan untuk menyembuhkan dan memperbetulkan kerosakan urat saraf: Keringkan 2-3 helai daun campuran antara pokok jantan dan betina, dan rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan penuh, minum air rebusan tersebut bila suam
  • Untuk wanita yang baru bersalin, ianya di gunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan untuk mengecutkan rahim.
  • digunakan untuk mengubati paru-paru berair.
  • selain dari merebus daun dan akar nya, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan.


6. Ulam Raja
  • Pucuk dan daun muda: Dimakan sebahagai sayur ulam yang mentah, untuk membuat kerabu, atau di masak sebagai lauk. Daun ulam mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
  • Semua bahagian pokok: Boleh dimasak dan direbus untuk diminum sebagai ubat herba bagi mencuci darah, menguatkan otot dan menguatkan tulang.
7. Kesum
  • Merawat kelemumur: Daun dilumat dan dilumur di atas kulit kepala
  • Membantu menghadamkan makanan dan menghilangkan sakit perut  bagi wanita baru bersalin: pupuk daun di atas perut dan minum air rebusan daun ini.
8. Bunga Telang
  • Akar: Digunakan untuk tujuan melawaskan air kencing dan sebagai julap
  • Biji: Dihancurkan dan serbuknya ditelan sebagai julap (mencuci perut) Pengunaan yang sedikit boleh membuka selera makan
  • Daun: Direndam dan airnya digunakan untuk mencuci mata sebagai rawatan mata merah
  • Bunga: boleh dijadikan pewarna.
9. Misai Kucing
  • Boleh dibancuh sebagai teh herba yan boleh diminum oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa
  • Daun segar  dikunyah dan ditelan  untuk meransang  muntah.
  • Daun segar  dan daun kering  boleh direndam  dalam air mendidih  atau di rebus untuk diminum bagi melawas air kencing , merawat alahan, kencing manis, penyempitan pembuluh nadi,  batu karang, encok, busung, jangkitan kepada sistem air kencing, kerap buang air, masalah ginjal radang, reumatik dan tekanan darah tinggi.
 Berbudi kepada tanah banyak gunanya, pokok herba ni, jika kita guna dari daun ke akar boleh kita jadikan ubat untuk kesihatan badan. Selamat mencuba.