Jumaat, Mac 29

Freaky Friday #16


Hati dan Iman semut


Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa antara Baginda dan seekor semut.

Apabila Baginda ternampak semut itu melata di atas batu, Baginda berasa sangat hairan bagaimanakah seekor semut kecil boleh hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Lalu Baginda pun bertanya kepadanya: "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untukmu?".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya dan yakin di atas batu yang kering di padang pasir yang tandus ini pon ada rezeki untukku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan sebulan? Dan apakah yang engkau gemar makan?” Maka jawab semut; "Aku hanya makan sekadar sebiji gandum sebulan". Lantas baginda pun mencadangkan; "Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan, tidak perlulah engkau melata di atas batu. Aku boleh menolongmu". Kemudian Nabi Allah Sulaiman pun mengambil sebiji bekas lalu diletakkan semut di dalamnya beserta sebutir gandum. Kemudian Baginda meninggalkan bekas tersebut selama sebulan. Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman mendapati gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Baginda menemplak semut tersebut; "Engkau rupanya berbohong padaku!. Bulan lalu engkau katakan bahawa engkau makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tetapi engkau hanya makan setengah!" Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong! Sekiranya aku berada di atas batu, aku pasti akan makan apa jua sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum untuk sebulan. Ini kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah, dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi apabila engkau memasukkan aku kedalam bekas, rezeki aku bergantung pada engkau. Aku tidak percaya pada manusia, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya ianya tahan untuk dua bulan. Aku takut engkau lupa…"

Itulah Iman Semut!!

Rabu, Mac 27

Usahlah Bersedih Wahai Hati


Assalamualaikum...

Lama aku tak update blog yang sebetul-betulnya 'update'. Macam-macam yang berlaku dalam masa 2 minggu kebelakangan ni. Marah, geram, sakit hati, benci, kecewa, putus asa, sedih, takut, cemas, semuanya bercampur-gaul sama rata di uli dengan elok dalam hati aku. Semua perasaanni benar-benar membuatkan badan aku menjadi letih, sakit dan tak bermaya. Banyak jugalah entry tertunggak menanti untuk dikeluarkan.

Tika itu, Dugaan datang bertimpa-timpa. selepas satu-satu yang datang. Aku benar-benar diuji. Lemah rasanya bahu aku nak memikul segala beban yang datang. Ya Allah, aku ingin mengadu padamu dan bersujud pada mu serta mengalunkan ayat sucimu agar dapat aku bersihkan hatiku dari semua perasaan yang hadir, akan tetapi malangnya minggu-minggu tersebut, aku hanya dapat mengadu di dalam hati dan mengalunkan kalimahmu di dalam hati ku. Hanya dengan membasahkan bibirku dengan zikir-zikirmu sahaja dapat aku lakukan.

Sungguh aku rasakan. Sedihnya hati ini... Mengapa?, kenapa?, apa salah aku?. Sehabis baik aku dah buat yang terbaik, masih tak mencukupikah di mata mereka? Sedaya upaya aku berusaha namun masih belum memenuhi kehendak mereka. Hanya dengan sedikit kesilapan, aku dipandang rendah-serendahnya. Aku jadi kecewa dan putus asa. Sehingga aku jadi nekad, apa guna aku berusaha lebih tapi tak dihargai, apa guna aku membantu tapi tak dipandang, apa guna aku menghormati tapi tak dihormati malah disuruh lagi lebih membantu dan menghormati.

Berhari-hari aku merenung nasib diri, malah sistem tubuhku turut merasainya hinggakan apa jua makanan tak diterima malah dikeluarkan semula. Akhirnya kini aku redha. Aku terima segala suratan takdir yang ditentukan, mungkin ada yang tersirat di sebalik yang tersurat ini. Aku juga sedar bahawa aku harus menganjakkan diri aku ke arah yang lebih maju. Mungkin inilah petunjuk sebenar yang dikurniakan oleh-NYA.

Takut dan cemas datang dalam keadaan aku sedang kecewa. Cemas bila terjadinya insiden yang tak diingini, takut andai aku kehilangan orang yang aku sayangi. Risau bila aku tak dapat nak buat panggilan kepada sesiapa disebabkan tiada kredit terutama kepada suami untuk memaklumkan kes kecemasan yang aku alami.

Menggeletar lutut aku bila ianya terjadi. Atas sebab kecuaian aku yang sedikit dan atas sebab kedegelilan si kecil berlakunya insiden tersebut. Tak mampu rasanya badan ini nak menampung beban rasa ini. Terasa kerdil sangat diri aku ni disisi-NYA. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Alhamdulillah.. Syukur ku sujud pada-Mu. Mujurlah sedikit sahaja lukanya tiada yang besar. Namun cukup membuatkan aku tersedar dan ini mengingatkan aku agar lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Tak sampai hati ini melihat kesengsaraan dan kesakitan sikecil. ingin rasanya ummi yang menggantimu sayang.

Aku redha atas segala ketentuan-Mu, aku terima amanah-Mu dengan hati yang terbuka. Akan ku galas amanah ini dengan sebaik-baiknya. Takkan sesekali ku abaikan amanah ini. Amanah-Mu, rezeki oleh -Mu, keberkatan-Mu dan dengan keizinan-Mu aku dapat hidup, dapat berkeluarga dan dapat bekerja serta menunaikan fardu kifayah Mu.

Kini aku sedang memotivasikan diri sendiri di mana tiada dendam di hati, tiada lagi kekesalan di jiwa terima dengan penuh keredhaan, dan bekerja dengan penuh keikhlasan hanya niat kerana Allah dan mencari rezeki yang halal kerana-Nya.






#sekarang ni, aku tengah merindui si cilik yang aku tinggalkan di rumah mak sempena cuti sekolah, tak mau telefon selalu nanti dia nangis akupun nangis rindu kat dia huhuhu...
















Isnin, Mac 25

Blues Monday #23

Rindunya... 
Aku rindu sesangat
Baru sehari berpisah aku dah merinduinya..
Alahai hati, tak dapat nak menampung rindu yang sarat

Rindunya...
Hendak dihubungi takut hati tak kuat
Hendak ditahan tapi alahai rindunya
Rindunya kenapalah hati aku tak kuat.

Rindunya..
Aku dipesan supaya selalu merinduinya
Hakikatnya dia yang akan merindu
Apakan daya bila dipesan begitu aku dah mula merindu


Rindunya..
Aku rindu dengan keletahnya
Aku rindu nak gaduh dengannya
Aku rindu dengan gelak tawanya



#Ahadni Ummi datang amik kat rumah opah yer sayang, kita g kelah mandi sungai....

Isnin, Mac 18

Blues Monday #22



Work Hard or Work Smart
It still the same thing for the others
If you work too hard
The others cannot see the job you have done
If you work too smart
The others also still cannot see the job done by you

Help or not help
If not helped, i feel pity
When we supported, is seen as not help directly
Sweat out like no carry any meaning
Fatigue that feels just bring pain on the body

Respect or Rude
When we do respect, we are directed that mutual respect
When you turn brassy
people will despise us

Do I lack respect for people?
I do not understand
Respect how else is needed
 

Not expect a sympathy
Not beg for a mercy
Not even expect a response
Just a little APPRECIATION requested

What's the point I'm trying
What's the point I'm helping
What's the point I respect
I just try to be the best among the best
I'm just trying to finish the job in the best possible

However, I was disappointed along empty
My fatigue is not visible
My Help are not appreciated
My tribute deemed gauche
Just because a small misstep
Then they look down on me


Moral of the story, dah kerja jadi kuli batak orang kenalah terima nasib diri sebegini kan.... 


Motivasi diri, Bekerjalah dengan hati yang ikhlas, kerana ini adalah amanah dari Allah s.w.t


Jumaat, Mac 15

Freaky Friday #15

CONTOH KEMAAFAN YANG MENGKAGUMKAN

Semasa zaman pemerintahan Khalifah-khalifah Ab-basiyah dulu, ada seorang lelaki yang mempunyai ramai sekali musuhnya. Lelaki itu sering sahaja menjadi buruan musuh-musuhnya saban ketika. Pada suatu hari dengan menyamarkan dirinya agar tidak dikenali orang ia telah cuba berlindung diri di bandar Kufah. Apabila sampai di bandar itu ia telah menjumpai sebuah rumah gedung yang teramat besarnya serta luas pula halamannya. Dengan memberanikan dirinya lelaki itu pun masuk ke dalam rumah besar untuk mencuba menumpang buat sehari dua.

Setelah masuk ke dalam dan bertemu dengan tuan rumah, lelaki itu pun menyatakan maksudnya datang ke situ iaitu untuk mencari perlindungan. Katanya nyawanya sedang terancam. Tuan rumah itu tanpa panjang bersoal jawab, telah membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu pun merasa dirinya beruntung kerana dapat berlindung di rumah besar itu.

Tetapi semasa tinggal di situ, lelaki itu merasa begitu hairan melihat gerak geri tuan rumah tersebut. Ia tidak faham mengapatuan rumah saban hari sejak pagi lagi keluar rumahnya sambil menuggang kuda. Dia nampaknya seperti hendak mencari sesuatu. Setelah beberapa hari kemudiannya kerana tidak menahan sabar, lelaki itu pun memberanikan dirinya bertanya tuan rumah itu akan sebab mengapa setiap pagi ia keluar. 

"Aku sebenarnya hendak mencari seorang lelaki yang telah membunuh ayah ku".

Demikian tuan rumah itu memulakan ceritanya, sambil memberitahu lelaki itu akan nama pembunuh yang hendak dicarinya itu. cuma rupa orang itu sahaja yang tidak begitu diketahuinya. Demi mendengar sahaja kisah tuan rumah itu, lelaki itu lantas beubah air mukanya. Ia kelihatan pucat sekali. Sebenarnya dialah orangnya yang sedang dicari oleh tuan rumah yang telah melindunginya itu. Apakah yang harus dibuatnya sekarang? patutkan ia merahsiakan atau mengaku sahaja dialah orang yang sedang mencari itu?

Akhirnya lelaki itu berkata:

"Tuan yang budiman! budi baik tuan yang sangat tinggi ini telah mencegah saya dari merahsiakantentang diri saya. sebenarnya sayalah orangnya yang tuan cari itu. sekarang saya rela untuk menerima apa sahaja hukuman dari tuan. Budi baik tuan besar sekali terhadap saya!"

Demikian lelaki itu membuat pengakuan dengan suara yang agak perlahan. Tuan rumah itu begitu terkejut sekali mendengar pengakuan lelaki yang tidak disangkanya itu. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan di rumah itulah pembunuh ayahnya yang disayangi. Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu pun berkata:

"Hai orang yang membunuh ayahku! Sama sekali tidak ku sangka kau rupanya yang membunuh ayahku. Kalau tak mengenangkan kejujuran engkau itu sudah tentu akan putus lehermu sekarang juga. Walaupun aku sedia memaafkan kau, tetapi segeralah engkau keluar dari rumah ku ini sebelum aku berubah fikiran."

Demikianlah satu contoh yang mulia betapa besarnya sifat pemaaf orang itu terhadap orang yang membunuh ayahnya sendiri.

Jumaat, Mac 8

Freaky Friday #14

NASIHAT IBLIS KEPADA NABI NUH

            Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Nuh pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu, Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan doa Nabi Nuh.
               
            Nabi Nuh diperintahkan untuk membina kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak ada satupun dari mereka yang kafir akan tinggal. 

         Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain bersama Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membahasahi buni. Nabi Nuh perhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba, matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. 
            
            "Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
          
             "Aku Iblis" jawabnya.

         Dasar Iblis, dia tahu sahaja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana sahaja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.

            "Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.
           
           "Aku bukan mahu ikut  kapalmu dan ingi selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.

            "Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.

         Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih sahaja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda adam sampai berhasil.

        Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua yang lainnya." Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga tapi dengar saja dua yang lainnya.

           "Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nabi Nuh.

             Iblis berkata, "wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan jadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah, maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan dari syurga.

           Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata kepada Nuh, "aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini."

               "Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.

              "Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah menringankan bebanku," kata Iblis.

               "Wahai Nuh, jangan sesekali engkau mendengki kerana ia telah mengantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sesekali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."

Sekadar hiasan

Jumaat, Mac 1

Hari Terakhir Di Vietnam (Masa Untuk Balik)

Assalamualaikum...


Genap 4 hari aku di Vietnam tibalah masa untuk aku balik ke Malaysia, hati mula tak sabar untuk sampai ke rumah. Rindu pada anak teruna mula mencengkam. Rindu pada makan Malaysia juga ye. Tak larat dah makan nasi Vietnam dan lauk Vietnam, nak makan nasi dan lauk malaysia pulak. 

Beg dah Check-in, bersedia untuk pulang
Beratur untuk masuk ke tempat kastam
Di ruang menunggu, sedia untuk pulang

Selamat tinggal Vietnam, ada rezeki kita bertemu kembali... banyak benda yang aku pelajari bila berada di negara orang dan aku berasa alangkah beruntungnya aku di Malaysia. Di Malaysia banyak kemudahan boleh kita kecapi, banyak keistimewaan yang aku boleh dapat. Di Vietnam, hendak mendapatkan sebuah rumah dengan sebuah bilik tidur cukup susah dan agak mahal. Di Vietnam, tanah yang diberikan cukup kecil dan cukup terhad tak macam kita di Malaysia rumah teres boleh didapati cukup mudah bagi yang mampu dan lengkap dengan laman depan dan belakang. 
Lihatlah kecilnya dan terhadnya ruang tanah yang ada
Di Malaysia wayar-wayar elektrik cukup cantik dan cukup tersusun tak seperti di Vietnam dan di negara lain
keadaan wayar di dalam bandar
Wayar penuh berselirat, kalau di Malaysia macam ni, penuh aduan kat TNB dan TELEKOM
Keadaan wayar di pinggir bandar
Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua orang mampu untuk memakai kereta, tapi di Vietnam hanya orang yang kaya sahaja yang mampu untuk menggunakan kereta. Bagi pegawai kerajaan pula, gaji mereka agak rendah berbanding gaji pegawai kerajaan di Malaysia. Gaji mereka sekitar beberapa ratus sahaja berbanding gaji minimum di sini. Alangkah beruntungnya negara kita di Malaysia berbanding negara Asia yang baru nak membangun. Terfikir di fikiranku andai Malaysia begini, dapat ke aku berjalan ke negara orang seperti sekarang? Tetiba je keinsafan menjalar kesegenap tubuh. Tak sanggup rasa begitu. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sampai sini sahaja Entri aku kali mengenai Vietnam. Ada yang dah naik lemau ke? Jangan lah lemau, nanti nak buat biskut cicah dah tak sedap. ahaks.. ahaks...

Oh ye, ada sesuatu perkara aku nak pesan, andai ke negara yang bukan islam simpanlah botol mineral yang kita minum tu buat bekalan masuk tandas. Senang nak refill dan buat cuci. sebabnya tak semua tandas ada paip air yang boleh digunakan ketika berhadas.  *wink* *wink*


Review kisah vietnam:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town
Mekong river
Kedai Makanan Halal

Kedai Makanan Halal di Vietnam on 2013

Assalamualaikum..

Entry kali ini aku nak senaraikan kedai makanan halal di Vietnam yang aku makan dan agak sedap pada selera aku dan dipersetujui oleh rakan-rakan aku yang lain.

1. Kampung Melayu Restoran
Berdekatan dengan restoran ini, terdapat juga 2 kedai makan yang halal. Restoran Hjh basiroh dan Kedai Abang. Boleh dimakan secara ala cart, dan secara sot kombo

2. Kedai Shamsudin
3. Vietnam Delight
Sajian Makanan cara vietnam
Set makanan di jual secara berasingan, kebanyakan makanan adalah makanan vietnam.

4. Halal Mekong Restoran

5. Honey Farm Mekong River
Kuih bepang, pisang salai, halwa dan air limau bercampur madu
6. Kebun Buahan-buahan Sungai Mekong
Buah-Buahan dan Teh herba
Makan di mana-manapun sama, rasa masakan Melayu tu tak lari. Pentingnya makanan tu Halal dari sumber yang halal dan tak bercampur aduk dengan yang haram serta kita yakin ianya makanan yang halal tanpa rasa ragu-ragu, andai kita rasa ragu, makanan tu secara automatik jadi haram untuk kita makan. Wallahualam...

Sampai di sini sahaja kisah Vietnam aku. Andai ada rezeki lebih ke sana, akan aku ceritakan lagi nanti.

Entry bersambung di:
Last day at Vietnam
Entri yang berkaitan Kisah Vietnam aku:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town
Mekong river