Isnin, September 23

Blues Monday #35

Assalamualaikum.....

Petang semalam aku dan hubby mendapat berita sedih dari abang ipar aku. Kami diberitahu abang ipar hubby masuk hospital sebab sesak nafas dan dalam keadaan tenat. Pada jam 8 malam pula kami diberitahu yang birasku itu telahpun meninggal dunia.

Tepat jam 6 pagi tadi, Kami sekeluarga bertolak ke Ipoh. Jam 10 lebih kami sampai ke rumah jenazah di hantar iaitu rumah ibu Allahyarham di Kampung Gunung Rapat Tambahan dan hampir sampai masa untuk jenazah di sembahyangkan dan dikebumikan.

Takziah buat keluarga Kakak Iparku. Sedihnya hati melihat muka-muka yang sedang kewalangan kerana pemergian ketua keluarga yang disayangi. Apakan daya itu janji Allah yang pasti. 

sekadar gambar hiasan

Sesugguhnya, Walaupun sihatnya kita, gagahnya kita, sempurnanya kita, bila janji Allah telah tiba dan ditakdirkan ajal bakal menjemput, ia tetap tiba jua tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun kecuali dengan izin-Nya.

Marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat Allahyarham.....

Tiada ulasan: