Jumaat, September 6

Freaky Friday #25

Hikmah Penciptaan Lalat


Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalt itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali hinggap di muka Al-Mansur dan berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya. Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti. Dia berfikiran: "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung".

Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq:"Wahai Abu Abdullah! Untuk apa Allah menciptakan lalat?"

"Agar dengan lalat itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu, Al-Mansur dia. Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.

Tiada ulasan: