Assalamualaikum..
Bersambung balik kita, pasal Kundasang, Sabah. Akhirnya orang yang ditunggu tiba juga. Ma sampai tika kami sedang menjamu selera di KFC, Kundasang. Selesai menjamu selera kami ke Desa Dairy Farm pula untuk melihat lembu Tenusu dan merasai susu buatan ladang itu sendiri. Sedap jugak lain dari rasa susu kotak. Sangat berkrim dan di sukai ramai hehehe...
Perjalanan ke Desa Cattle (jalan masuk ke Museum war) dan ladang lembu. Sayup jauh lembu-lembunya
Sesampai di Desa Cattle, kami terus ke tempat anak-anak lembu dan kambing di ternak
dengan RM 2 untuk secekak rumput boleh dibeli untuk merasai memberi makan kepada anak-anak kambing dan lembu.
Apa walidnya pegang diapun nak pegang gak...
Tepat jam 3 petang, lembu-lembu dikumpulkan di kilang untuk proses pemerahan berlaku. Masa ni aku tak sempat nak tunggu sebab nak ke poring.
Bergambar dahulu sebelum balik. Kami berpossing dalam hujan ahaks..
Dah puas tengok lembu dan bergambar di 'Batu Lembu' (itu yang aku gelar untuk batu tu), Kami ke Ranau pula untuk ke aktiviti seterusnya. Kami bergerak ke Poring Hot Spring, Ranau untuk melihat keindahan alam dan mandi di kolam air panas.
Perjalanan ke Poring, Jammed sesaja jalan masani.. nak mengundi, kenalah jalan cantik yer tak?
Kami sampai di Poring dekat jam 4 lebih, kami tak dapat nak jalan-jalan dalam kawasan poring tu. Kawasan kolam pula tak dapat tangkap gambar sebab kami dilarang untuk mengambil gambar. Kami mandi sahaja dalam kolam-kolam air panas yang telah dibina khas manakala air panasnya di bekalkan melalui paip-paip yang disalurkan dari kolam air panas sediada. Huhuhu.. amat tak semulajadi....
Disebabkan kami sampai ke Ranaupun agak lewat, kami tak sempat nak ke Kampung Luanti untuk Fish massage. Tak sempat aku nak merasa dikerumun oleh ikan-ikan kelah.. Aku dengar cerita best.. amat kempunan.
Untuk makan malam, kami ke Lohan Hause, Di Ranau agak susah untuk mendapatkan kedai makan yang diyakini halal dan tidak bercampur dengan yang tidak halal.
Sambil makan, sambil melihat-lihat kawasan sekitar. Ok juga bilik-bilik yang ditawarkan. Hargapun berpatutan. Boleh dijadikan tempat tinggal untuk next trip andai berkesempatan.
Tamat untuk hari ke-dua kami di Kundasang dan Ranau. Nanti aku sambung lagi untuk Hari ketiga di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan