Sabtu, November 30

Pertandingan QE Peringkat Kebangsaan 2013


Assalamualaikum..

Bulan Lepas aku ada ceritakan kesah pertandingan QE peringkat wilayahkan, bulan lepas ke bulan bila ke, lupa pulak aku. Hehehehe... Kami dah berjaya menempatkan nama ke peringkat kebangsaan pula. Pertandingan ni berlaku pada awal bulan Oktober sebenarnya. Kali ni baru aku berkesempatan nak update gambar dan update entry. Muehehehehe.. aku yang sengal, lama giler ko baru nak update.

Pertandingan kali ini diadakan di Bukit Gambang Resort. Ada kesah menarik nak aku ceritakan semasa kami berada di Bukit Gambang Resort ini. Kita Layan Gambar yang melambak nih ek
Persediaan malam sebelum pertandingan, kami berkumpul di apartment penginapan ketua kami. Masing-masing dengan pakaian rasmi bilik tidur.. 
Persediaan sebelum bertanding, pose kak Su
Fuiyoo.. ada yang buat persembahan kena julang lagi, ini dari Kementerian kebudayaan Melaka. Rugije.. bukan menangpun..
Masa kami pula beraksi
Seriusnya muka pemantun kami.. muehehehe
Dqpat pingat time lepas habis pertandingan
Dah lega, jom berpossing..
Kami yang tinggal cuma 9 orang,
Lagi dua terpaksa menarik diri atas sebab tertentu, terpaksalah kami terima dengan redha
Kalau tidak tentu lebih meriah lagi
Dah habis pose kat dalam kat luar pula
Muka gembira selepas berpenat lelah

Habis pertandingan, kami melepaskan lelah sekejap di kerusi urut, memang best lega segala lenguh di badan, El pun tak ketinggalan

Sesudah siang, malam pula menjelma. Its time for Dinner and red carpet.. merasa gak aku red carpet nih.. hehehe.. Kami Dinnesr dengan Menteri Besar Pahang.
Nombor meja kami, sayup... di hujung dari pentas.
Kembar tak seiras.
Korang perasan tak? warna meja sama dengan warna kami.. ahaks.. kebetulan yang manis
Bergambar bersama orang kuat QE kami, Pn. Rohana

Menu Malam ini
Kumpulan KIK kami dapat 3 bintang
Antara Anugerah yang diterima oleh Kumpulan-Kumpulan QE yang bertanding
MB Pahang berkaraoke, sedap juga suaranya
Bergambar di red carpet
Aku
yang vouge
Muehehehe.. perasan
Kak Su dengan Sijil Anugerah 3 Bintang kami
Bergambar di luar pula
Tak jemu-jemu kami bergambar malam tu
Kami Beramai-ramai
menjadi model
Untuk kereta yang baru dipasarkan
Bergambar di kaunter pula
Hihihi.. sampai pening kepala Pn. Rohana tengok kami tak habis-habis berpossingjer..
Sampai ke bilik, kami masih berpossing dan menangkap gambar sesama sendiri. 

Selesai sudah perjuangan kami untuk QE tahun ini, kalah dan menang itu adat pertandingan, biasalah ada sahaja ketidakpuasan di hati yang timbul bila ada saingan kuat yang menang. 

Kesah menarik yang aku nak ceritakan ni, terjadi kepada geng QE aku yang lain, bila mereka masuk bilik, mulanya mereka tak perasan dilantai dan dinding apartment mereka ada macam titisan darah. Aku yang perasan ketika mereka buka pintu, buat tak retije pada mulanya, aku dan Pn. Ana masuk apartment sebelah, tapi rasa macam tak selesa sebab bilik itu berbau hapak. kami tukar bilik tapi pintunya pula tak boleh terbuka. Hati aku pula memanggil-mangil untuk ketuk pintu bilik yang geng QE aku masuk sebab nak bagi tau kami pindah bilik. Elok jer mereka bukak pintu, Jelas di mata aku titisan yang aku lihat macam darahtu memang titisan darah. Bila mereka perasankan titisan darah tu, merekapun buat keputusan nak tukar apartment. Nak dijadikan cerita, elok sahaja mereka nak berpindah, ada rakan yang call salah seorang dari geng aku untuk bertanyakan khabar dan terdengar bunyi perempuan ketawa dengan kuat di dalam apartment tu, sedangkan yang tinggal dalam tu hanya 2 orang dan sedang bersiap-siap tarik beg untuk pindah bilik, apa lagi,  tanpa berlengah, merekapun keluar tinggalkan apartment tu dengan kadar segera.

Bercerita mengenai kesah aku pula, pada malam terakhir pula aku diganggu oleh sesuatu, aku tak nampak tapi aku dapat rasa. Sebenarnya aku dah diganggu pada hari kami sampai lagi, setelah berpindah buat kali ketiga. Aku buat tak retije dengan gangguan tu, tapi bila malam kedua aku diganggu sehingga aku tak lena tidur malam dibuatnya, firasat aku kuat mengatakan memang ada something dalam apartment tu. Menguatkan lagi gerak hati aku, ianya juga dapat dirasai oleh pn. Ana semasa beliau tinggal keseorangan di apartment manakala aku pergi mendandan geng-geng yang lain di tingkat bawah. Pn. Ana di ganggu oleh lintasan sesuatu dan rasa seram ketika solat maghrib, manakala aku gangguan pada aku pula, seluar aku dijatuhkan ketika didalam toilet sedangkan aku gantung elok dipenyangkut dan sebelah malam pula, handphone aku yang sedang elok berkumandang surah Al-Baqarah tiba-tiba bertukar lagu Ainan Tasneem. Keesokan malamnya aku juga diganggu dengan berlaku benda yang sama pada malam sebelumnya, bukan sekali tapi berkali-kali, bila aku letak handphone dekat dengan aku, aircond bilik pula yang buat hal. Sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk. Malas aku nak ambil pusing, terus aku selubung sampai kepala tidur sampai terlajak subuh. Huhuhuhu...hampeh.. 

Itulah antara pengalaman seram yang terjadi pada aku. Biasanya aku hanya dapat rasa dengan gerak hati yang tempat tu 'ada' tapi kali ni aku di ganggu dan selalunya kalau diganggupun biasanya di rumah yang aku duduk. Tapi sebab rumah sendirikan, rasa takut tu kurang sikit sebab bukan kita yang menumpang tapi 'menda' tu yang menumpangkan apa nak takut.

Panjang kesah aku kali ini.. Mesti lenguh korang nak membacakan.. ok sampai di sini dahulu..Adios..