Isnin, November 25

Cuti - Cuti Melawat Perak #4





Assalamualaikum...

Perancangan cuti-cuti melawat Terengganu terpaksa dibatalkan pada minit-minit terakhir, disebabkan oleh cuaca dan beberapa masalah di masa akhir yang timbul. Jadi, akupun merancang untuk membawa ma dan dan family aku bercuti ke Perak sahaja. Tapi disebabkan itu juga, hanya tinggal aku, Hubby, Ma dan Mak Cu sahaja. Disebabkan tak ramai jugalah, kami decide untuk tidur di rumah MIL aku. senang dan menjimatkan hehehe..

Hari pertama sampai Perak (ceh bunyi macam jauh sangat perginya padahal balik kampung jer.. ahaks), kami singgah di Hutan Lipur Kuala Woh dahulu untuk memuaskan hati anak teruna sebab tak boleh nak mandi kolam. Tapi Hubby dengan anak teruna ajelah yang mandi aku, Ma dan Mak Cu tukang tengok aje. Sebenarnya malas nak tukar baju muehehehe..
Signboard dan peta hutan lipur.
Sudah puas mandi dan makan aiskrim, kami pergi makan kenduri kawan sepejabat Ma di Ipoh.
Kenduri kawin dibangunan UMNO sebelah dengan Impiana Hotel
Mak Cu berpossing
Possing jangan tak possing

Aku pun tak ketinggalan..

Perut dah kenyang kamipun bertolak balik ke Beruas untuk berehat dan bersedia untuk urusan esok pula. Sebelum itu, kami singgah rumah Ayah Nyah aku dan menengok tanah ma yang kena kompaun tu..
Jalan masuk ke kawasan tanah Ma
Tanah yang dah dibersihkan separuh jalan
Ini pulak anak sepupu aku yang cukup comel dan lincah

Majlis Daerah Batu Gajah
Ingatkan pergi ke sini boleh dapat pengurangan tapi malangnya kami kena pergi jumpa YDP yang juga DO PTD Batu Gajah.
So, keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami dah ke PTD Batu Gajah untuk berjumpa dengan YDP. Yasir walatul asir, Alhamdulillah yang mudah dipermudahkan. Dapat juga perngurangan
Saja aku tangkap gambarnih.. sejarah tu..

Selesai sudah urusan tanah ma, tapi nak membersihkan tanah tu yang buat susah sebab kena panggil JCB untuk tolak pokok-pokok yang agak besar dan tambahan lagi pokok yang menjalar terlalu banyak. Tak apalah, lain kali kami datang lagi untuk selesaikan yang tertangguh.

Masa untuk balik, sebelum balik aku bawa ma dengan makcu berjalan ke Hutan bakau di manjung/lumut.
Sampai sana, tutup pulak hutan paya bakau tu untuk penambahbaikan.. boleh nak masuk tapi atas inisiatif sendiri dan tanggungjawab sendiri.

Haiwan yang ada di sana
Hati-hati semasa berjalan, pastikan mata sentiasa di bawah sebab titi banyak yang dah berlubang
Kami naik titi gantung dulu takde titi nih.
Ma berpossing sebelum naik titi gantung
mak cu possing sakan
kamipun tak melepaskan peluang
nampak tak kepala si kenit tu? nyibuk nak bergambar gak

pose jangan tak pose

sampai di hujung hutan, banyak pulak ikan belacak yang timbul..

Nak balik dah, anak teruna gian nak naik titi gantung lagi. aku ikut jalan bawah aje..
Kemudian kami singgah ke Kellie's Castle pulak. Kellis's Castle ni dulu takdelah cantik manapun, tandas dengan tempat makanpun tak menarik macam sekarang ni. Akan datang pula, parkingpun akan dicaj tau.. Dalam Castle pulak, dah makin banyak barang hiasan yang merupakan contoh keadaan zaman ketika itu. Sejarah-sejarah kisah Kellie's Castle ni pun di framekan bersama gambar-gambar yang dapat di kumpulkan oleh pakar sejarah.

Peta Batu Gajah
Kebetulan pula hujan lebat sebelum kami menjelajah Kellie's Castle, anak teruna aku lapar. Dia nampak maggie terus request nak maggie.
Hujan dah turun, kamipun mula menjelajah.


Sejarah Kellie's Castle beserta gambar

Ruang Tamu (dulu takde, dah upgrade cantik dah)
Bilik sembahyang


Bilik anak perempuan dan lelaki
Bilik utama
Peace ma

Bilik tetamu dan ruang lif untuk ke bumbung
Pemandangan dari atas bumbung. Ketika itu kebetulan hujan lebat lagi, kami tak boleh nak berlama sangat di atas bumbung
Pose, sementara tunggu hujan berhenti
Bangunan istana lama sebelum terbinanya Keliie's Castle . Selepas di bom beginilah keaadaan yang tinggal

Ummi tunjuk apa tu?
Dalam keadaan hujan lebat, kami redah balik juga. Niat di hati nak pergi Taman Herba, tapi sebab cuaca, terpaksa kami batalkan. Insyallah lain kali andai di izinkan.

Tiada ulasan: