Jumaat, November 8

Freaky Friday #28

KISAH ALLAH S.W.T. MENEGUR NABI DAUD DI ATAS PERBUATANNYA

     Nabi daud adalah seorang Rasul yang sangat kuat keagamaannya dan luas pula kerajaannya. Nabi Daud juga dapat menggunakan gunung - ganang untuk mempertahankan negerinya dari serangan musuh.

     Burung-burung selalu berkumpul dekat istananya berbunyi, bertasbih memuji Allah dan ada di antarnya digunakan untuk membawa surat ke negeri-negeri yang jauh.

     Disamping itu, Nabi Daud juga merupakan seorang ahli hukum. Dia menghukum manusia dengan seadil - adilnya. Baginda mempunyai isteri seramai 99 orang (beristeri banyak bagi orang timur telah menjadi adat turun-temurun dahulu kala)

     Maka untuk mencukupkan isterinya seramai 100 orang, bagindapun meminta pada seorang petani supaya dia mahu menyerahkan isterinya. (Adat seperti ini menjadi kebiasaan di zaman dahulu kala.) Lalu petani itu berkata, "Tetapi tuan telahpun mempunyai 99 orang isteri", Nabi daud tidak dapat menjawab soalan tersebut, sebaliknya memberikan alasan untk mencukupkan menjadi 100 orang.

    Meskipun ini bukan dosa besar menurut kebiasaan di masa itu tetapi Allah S.W.T. telah menegur Nabi Daud akan perbuatannya dengan mengutus dua orang malaikat ke istananya.
   Maka mereka berkata, "kami berdua ini ada sedikit perselisihan faham. Saudara ini mempunyai 99 ekor kambing biri-biri dan aku hanya mempunyai satu ekor sahaja tetapi saudara ini meminta kambingku yang hanya seekor ini untuk memeliharanya bersama 99 ekor kambingnya tetapi aku enggan memberinya. Disebabkan saudara ini pandai memberi berbagai alasan, aku terpaksa beralah.

       Nabi Daud berkata, " Nabi daud berkata, "Sungguh aniya saudara ini kerana meminta kambing-kambing biri yang seekor itu." Nabi daud menjatuhkan hukuman dan melalui peristiwa ini, sedarlah dia akan kesalahan yang telah dilakukannya.

Tiada ulasan: