Rabu, November 27

Walimatul Urus #4 Asri dan Shima



Assalamualaikum...

Kisah kali ini aku nak bercerita pasal perkahwinan anak buah sebelah Hubby aku. Anak buah Hubby berkahwin dengan orang Penang, Orang Seberang Prai.

Dengar kata mulanya tak ramai yang ikut menghantar pengantin lelaki. Jadi dengan relanya, aku dengan Hubby pun pergilah dengan niat bercuti sambil menghantar pengantin. Hmmm dah lama sungguh aku tak ke sana sejak aku habis belajar lebih 10 tahun dulu. Dah alang-alang dapat berjalan, aku ikutkan sahaja tanpa banyak kerenah dan soal jawab muehehehe...

Tapi bila dah sampai sana, aku jadi pelik sebab kereta yang mengikut agak banyak dan lebihlah juga dari 4 buah kereta. Aku dah terfikir mana agaknya aku nak tido yer. Bolehke tak aku dapat tidur tempat free nih...
Papan tanda arah jalan menandakan aku hampir sampai ke destinasi.

Elok sahaja sampai ke destinasi yang di tuju, homestay yang kami duduk tu nampak macam dah penuh sangat dan membuat aku rasa tak selesa untuk duduk sekali di kondo tu. Jadinya, aku nekad untuk mencari hotel yang agak murah dan dekat dengan homestay tu. Cari punya cari, jumpa juga hotel yang agak berbaloi untuk diduduki setelah direkemen oleh Regency Hotel di tengah pekan Seberang Prai.
Sri Indah Hotel, agak berbaloi juga. boleh dapat RM 200++ untuk 2 bilik semalam plus breakfast


Selesai urusan menempah hotel, kami balik ke kondo untuk menunggu 'ketibaan yang di hormat' pula, sebab kondo tak cukup dan tak muat untuk 10 orang lagi. Jadi kamipun terpaksa tempahkan lagi tambahan 2 bilik yang di 'sponsor' sepenuhnya oleh pengantin lelaki. (Kesian pengantin lelaki banyak duit nak kena keluar, aku gak yang baik hati nak pakai duit sendiri, mana nak dapat mak cik camnih kan? muehehehehe). Lama giler kami menunggu, namun tak sampai juga. Mulut aku seperti biasa akan bising sebab kena tunggu lama (Dalam hati dah menyumpah sebenarnya). Sambil-sambil tu, aku dengan adik ipar yang sebaya akupun di minta untuk 'memerah otak' untuk menghias dulang untuk duit hantaran dengan cincin.
Ipar aku yang turut memerah otak nak menghias duit hantaran dan cincin, dan hasilnya
Debaran seorang pengantin lelaki yang ingin menggoncang tangan wali.
 Pengantin perempuan menurunkan tandatangan setuju dan akad dijalankan serta pembacaan taklik dilafazkan
Selesai sudah akad nikah di jalankan, Solat sunat dilakukan bagi memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa.
Acara pembatalan air sembahyang

Orang sibuk bernikah, dia boleh lena dipangkuan walidnya siap nganga lagi
Terbang Si Helang Singgah Di pohon Jati,
Singgah Di Tepi Si Burung Kedidi,
Bersatu Sudah Antara Dua Hati,
Semoga Hubungan Kekal Abadi.


Selesaije majlis akad nikah, dan sesudah makan di rumah pengantin perempuan, akupun mengajak Hubby untuk pergi ke Pulau Pinang eh kejap, aku memang dalam pulau pinang dah kan? Senang citer pergi jalan-jalan kat Batu Feringgilah. Berdasarkan google map dan signboard, kamipun menjelajah ke Georgetown.
Tapi, mood aku di spoilkan dengan sakit perut yang memulas. Hish apesal plak nih...

Keesokan Paginya, kami bersiap untuk majlis persandingan pula.
Breakfast Pagi, Bolehlah ada gaklah untuk dimakan walaupun tak seberapa
Bergambar dahulu sebelum check-out
Lokasi Rumah pengantin perempuan
Sebelah pengantin lelaki bersiap sedia untuk berarak
 Serba Putih pasangan memperlai
  
Tersenyum sahaja pasangan memperlai
  

  
Acara menepung tawar
Sessi bergambar dengan opah dan mak dan ayah pengantin


 Hidangan makanan pengantin
Alkesah, Balik dari kenduri ni, perut aku buat hal dan asyik memulas untuk appointment dengan Mr. Tan. Muehehehehe..

Selesai sudah majlis kahwin sebelah perempuan, majlis sebelah lelaki pula diadakan di Kampung Gunung Rapat, Ipoh. Sampai sahaja di rumah kakak ipar aku, idea aku 'dikerah' sekali lagi untuk di adaptasikan pada hidangan pengantin. Baju aku sikit punya 'vouge' tapi kena duduk dapur, alah nasib...
 Gelagat anak teruna dengan sepupunya Firdaus dan Wan Zara

Makan dulu sebelum pengantin sampai
 
Serba merah pakaian pengantin
Hantaran dari sebelah pihak perempuan
Huhuhu.. anak teruna ku turut turun padang menjadi penanggah, rajinnih.. ada sesiapa nak tempah jadi menantu tak? muehehehehe...

Ironinya kesah walimatulurus kali ini, selepas selesai kenduri sebelah perempuan, aku ditakdirkan kena cirit-birit sehinggakan aku terpaksa mengambil MC kerananya. Dekat seminggu jugalah, aku merana sakit perut. Elok pula selepas seminggu kenduri sebelah perempuan, kenduri sebelah lelaki pula sakit perut aku datang balik, dengan Hubby aku pun kena kecuali anak teruna sebab dia tak makan lauk kenduri. Kebetulan pula kami sewa hotel, berebutlah antara kami nak jumpa Mr. Tan. Minggu depannya ada lagi satu kenduri, haritu juga aku kena lagi. Memang aku rasa macam dah nak haramkan perut aku dari makan nasi dan lauk kenduri dah. Tak larat nak mengulang jumpa Mr. Tan dan makan ubat. 30hb ini pula, ada 2 kenduri serentak. Patut pergi ke tak? aku tengah berkira-kira pasal Hubby takde pergi menggunung muehehehe... memanjat gunung.

Sampai sini dahulu, nanti kalau aku pergi kenduri 30hb nih aku update lagi ek.




Tiada ulasan: