Jumaat, November 1

Freaky Friday #27

Bendera Duka


Suatu hari Rabi'atul Adawiayah melihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepala berbalut. Kerana ingin mengetahui sebabnya, Rabi'ah bertanya:"Wahai hamba Allah! Mengapa engkau balut kepalamu begitu rupa?"

      "Aku sakit kepala." jawab orang itu.
      "Sudah berapa lama?" tanya Rabi'ah lagi.
     "Sudah sekian hari."
     "Usiamu suda berapa tahun?"
     "Sudah tiga puluh tahun." jawab orang itu.
     "Bagaimana keadaanmu selama tiga puluh tahun itu?"
     "Alhamdulillah sihat-sihat saja."
     "Apakah kamu memasang tanda di badan kamubahawa kamu sihat selama sihatmu itu?" tanya Rabi'ah
    "Tidak." jawab orang itu.
    "Masya Allah," kata Rabi'ah. "Selama tiga puluh tahun Allah telah menyihatkan tubuh badan kamu, tapi kamu tidak pula memasang sebarang tanda atau bendera yang menunjukkan kamu sihat sebagai tanda syukur kepada Allah. Di samping itu agar manusia dapat bertanya kepada mu apa sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka memuji kepada Allah." Seterusnya Rabi'ah berkata lagi: Akan tetapi sebaliknya, setelah engkau mendapat sakit sedikit, engkau balut kepala mu kemudian kamu pergi ke sana ke sini dengan menunjukkan sakitmu dan kekasaran tuhan terhadapmu kepada orang ramai. Mengapa engkau berbuat hina seperti itu?'

   Orang yang berbalut kepala itu tidak menjawab, dan hanya tunduk malu kemudian pergi.

Tiada ulasan: