Isnin, September 29

Blues Monday #59

Assalamulaikum...

Hmm.. hari ini hari yang membosankan buat aku. sebab apa tahu? sebab hari ini bos aku nak buat mesyuarat pengurusan. Malas sangat sebab malas nak dengan bos aku tu membebel sebab bila dengan suara dia aku rasa bingit sangat dan menyakitkan telinga aku..

Huhuhu.. tolonglah... tak larat nak tadah telinga. Naik bernanah telinga aku dibuatnya. Manakan tidak kalau dah setiap minggu berjumpapun nak buat mesyuarat lagi. Setiap minggu dah membazirkan masa aku nak membuat kerja, Harinipun nak membazirkan masa aku lagi. 

Bosan giler kau... ish.ish..ish.. oklah bos aku dah masuk bilik meeting.. chow dulu

Isnin, September 22

Monday Blues #58

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya anak teruna aku keluar juga dari hospital. 3 malam berturut anak teruna aku bermalam di hospital. Setiap malam tidur tak lena sebab asyik diganggu sebab nak ambil darah. Kesian, sedih dan tak sanggup tengok anak teruna aku berkerut muka sebab menahan sakit. Aku cuma boleh tidur untuk 2 malam sahaja, untuk tidur buat malam kedua dan seterusnya aku dah tak sanggup. Hubby aku, baru tidur semalam aje pun, dah merungut tak boleh nak tidur sebab doktor dan nurse sekejap-kejap masuk nak ambil darah dan nak sukat suhu badan serta ambil tekanan darah.

Sabtu petang, drip dah di cabut dari tangan sebab aku pulun bagi dia minum 1400 ml air. Pulun bagi, elok jam 8 malam kami datang balik tengok dah kena cabut dah. Semalam pagi, aku pulun bagi air lagi sampai cecah 1000 ml. Bila tengah hari, doktor pakar beritahu anak teruna aku dah boleh keluar dah. Ahh.. lega rasa.. tak payah dah nak risau tidur atas kerusi malas lagi. Badan dah mula rasa sakit-sakit, tidur pun tak cukup sebab tidur atas kerusi malas yang jenis lama yang tempat baringnya dibuat dari plastik warna kuning, oren dan merah yang berjalur-jalur jarang-jarang tu. Kalau kerusi malas stail baru, sedaplah juga nak baring dan melelapkan mata, tapi alahai.. dah lah musim hujan sejuk pulak tu, pakai selimutpun macam tak pakai selimut sebab tutup badan atas, bawah terbuka serupa tak payah pakai selimut...

Adeh.. letihlah. Letih semalam tak habis lagi, ramai pulak public yang datang nak buat permohonan petang nih.. kita sambung di lain hari lah yer.. Adios..

Jumaat, September 19

Freaky Friday #34

Assalamualaikum...

Aku tidak ada mood hari ini. Lama dah keluarkan kisah-kisah tauladan dalam Freaky Friday nih kan? Sesungguhnya aku memang tak ada mood sangat hari ini. Mohon maaf dan ampun sekiranya aku ada terkasar bahasa dan tersilap bicara hari ini.

Mengantuk, sakit badan, tak cukup tidur, lenguh pinggang dan segala rasa yang aku rasa hari ini. Semua nih sebab aku terpaksa tidur atas kerusi malas dalam wad kanak-kanak. Anak teruna aku kena tahan wad sebab demam denggi. Niat di hati cuma nak periksa jer sebab hati aku rasa tak sedap bila anak teruna aku demam balik petang semalam dekat pusat jagaan dan malam sebelum tu, demam anak teruna macam pasang surut je sekejap elok dan sekejap demam.

Bila aku pergi check dengan doktor semalam, aku dapat tahu patletnye jatuh ke 73. Risau, itu yang aku rasakan dan kesian bila lihat tangan anak teruna kena cucuk dan di ambil darahnya. Meraung tak berhenti sebab sakit.

Ya Allah.. Aku bemohon padaMu, sembuhkanlah tubuh badan anak ku yang seorang ini, dan jauhkanlah Beliau dari penyakit yang berbahaya....Amin..