Assalamualaikum..
Sekali lagi, aku ke Kelantan negeri Che Wan Kembang untuk kali kedua dalam setahun ini. Cuma kali ini aku ke Kelantan sebab aku nak hantar mak cu daftar degree di UiTM Machang Kelantan. Kali ni Mem Ita nak duduk homestay, tak mahu dah duduk hotel macam dulu. Tak best katanya.
Kami mulanya cadang ke Kelantan pada 31hb Ogos, hari Merdeka. Tapi, last minit hubby aku nak merayau-rayau melihat bandar Kota Bharu katanya. Last minit gaklah kami cari homestay, aku mulanya search melalui Agoda, dapat satu dan ada letak nombor telefon pada gambar pula, kami terus call untuk booking. Mujurlah masih kosong dan tak berapa jauh sangat dari bandar. Kami bertolak dari rumah Ma jam 9 pagi. Kira agak lewat jugalah. Target sampai Kota Bharu jam 2-4 petang. Berpandukan waze, dengan ucapan Bismillah dan lafaz tawak kepada Allah, kamipun bergerak ke Kelantan.
Sampai di Gua Musang
Akhirnya, jam 6 petang sampai juga kami di homestay. Alhamdulillah... Dengan RM 150 semalam, kami dapat bermalam juga di Kota Bharu. Walaupun rumahnya diubahsuai dari rumah kedai ke rumah dan tangganya agak curam dan tinggi, namun agak selesa, sebab setiap bilik ada aircond serta toto untuk keluarga yang lebih ramai dan ada kemudahan untuk membasuh baju juga. Nak duduk 2 ke 3 haripun tak ada hal punyalah..
Dapur turut disediakan dengan kelengkapan dapur. Air minum juga turut disediakan oleh tuan rumah. Termasuklah air kotak soya, sampai dua kotak kau...cuma yang tak tahan tu, sebab depan jalan utama. So, sesiapa yang duduk di bilik utama akan sentiasa rasa terganggu dengan bunyi kenderaan lalu-lalang.
Anak teruna aku kepingin nak bela kuching, tapi Hubby tak bagi bela. So, tak dapat kucing betul dapat kucing mainan pun jadilah.
Medan Selera MPKB
Petangnya, kami berjalan keliling pasar siti khatijah yang tutup, tapi depan pasar tersebut ada gerai-gerai yang menjual barang-barang seperti tudung, baju, kain, dan sebagainya.
Kebetulan pula, blouse aku dan selendang-selendang aku tertinggal di rumah, nak tak nak terpaksalah aku jalan-jalan dan membeli-belah di gerai tepi jalan tu... Selesai membeli-belah, kami pergi cari makan.Anak teruna aku kepingin nak bela kuching, tapi Hubby tak bagi bela. So, tak dapat kucing betul dapat kucing mainan pun jadilah.
Medan Selera MPKB
Selesai membeli belah, kami pergi menjamu selera untuk makan malam. Masa ke medan selera tu, laluannya gelap, macam musykil pula, betulke ada medan seleranya ni? sebab kanan pagar dengan semak-samun dan kiri IWK treatment plan. Bila dah masuk ke dalam sedikit baru nampak cahaya terang benderang. Makanan sana ok jugalah. murah juga dari makanan di Klang.
Keesokan paginya, kami keluar ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk mencari makan pagi. Tapi belum sampai ke pantai, kami singgah makan dulu sebab perut masing-masing dah berbunyi.
Restoran Manisnya Madu nama restoran ni
Sampai di PCB kami bergambar sekejap sebab pantainya dalam pembinaan untuk tembok penampan
Tak berposing tak sah..
Tengah hari selepas check out, kami keluar berjalan-jalan sekitar Kota Bharu. Mulanya kami ke Bazaar Tok Guru untuk bershopping tapi tak ada apa sangat yang dapat kami beli sebab agak mahal. Kemudian kami jalan-jalan keliling bandar untuk mencari emas sebab aku dapat tahu emas di sini agak murah harganya berbanding emas di Poh Kong or Wah Chan or what everlah.. Survey punya survey berjumpa juga idaman hati. tak murah sangat dan tak mahal sangat. Alhamdulillah.. rezeki.
Tengah hari kami makan di Retoran Wau. Nampai kedainya ekskulif. Dan aku memilih untuk makan sirloin steak. Dengan harapan sedap dan besarlah steaknya. Tapi... korang tengok gambar bawah, agak menengecewakan. Anak teruna makan Kuey teow basah. Setakat rasa kicap masin, tapi anak terunaku bilang sedap giler..
Selesai membeli-belah, kami bertolak ke Machang untuk ke Homestay di Machang. Sejam setengah perjalanan, kami sampai di Pekan Machang. Aku telefon Owner Homestay untuk tanyakan lokasi homestay sekali Che Gu tu salah bagi direction daa.. sudahnya kami tunggu tepi jalan minta Che Gu jemput kami tunjuk jalan ke sana.
Tengah hari kami makan di Retoran Wau. Nampai kedainya ekskulif. Dan aku memilih untuk makan sirloin steak. Dengan harapan sedap dan besarlah steaknya. Tapi... korang tengok gambar bawah, agak menengecewakan. Anak teruna makan Kuey teow basah. Setakat rasa kicap masin, tapi anak terunaku bilang sedap giler..
Selesai membeli-belah, kami bertolak ke Machang untuk ke Homestay di Machang. Sejam setengah perjalanan, kami sampai di Pekan Machang. Aku telefon Owner Homestay untuk tanyakan lokasi homestay sekali Che Gu tu salah bagi direction daa.. sudahnya kami tunggu tepi jalan minta Che Gu jemput kami tunjuk jalan ke sana.
Homestay kedua yang kami tinggal
Sampai juga kami ke Homestay tersebut. Rumah kampung, luas lagi. RM 200 semalam bagi aku bolehlah sebab dekat dengan UiTM. Air sumber air perigi, air-cond di billik utama dan kipas dibilik lain. Tapi tak payah pakailah.. sebab sejuk sangat bila menjelang pagi.
Malamnya, kebetulan rumah saudara tuan rumah buat kenduri tahlil. Jadi kami dijemput sekali. Malam tu kami disajikan dengan laksa dan laksam. Sedap sangat... memang marvelous.
Esok pagi, tiba masa untuk Mak Cu mendaftarkan diri dalam UiTM. Aku masuk lambat sedikit sebab malas nak menunggu. Selesai mendaftar dan hantar barang dalam bilik dan setelah berkenalan dengan rakan-rakan sebilik, kami ke Pasar Pagi di Pekan Machang.
Malamnya, kebetulan rumah saudara tuan rumah buat kenduri tahlil. Jadi kami dijemput sekali. Malam tu kami disajikan dengan laksa dan laksam. Sedap sangat... memang marvelous.
Esok pagi, tiba masa untuk Mak Cu mendaftarkan diri dalam UiTM. Aku masuk lambat sedikit sebab malas nak menunggu. Selesai mendaftar dan hantar barang dalam bilik dan setelah berkenalan dengan rakan-rakan sebilik, kami ke Pasar Pagi di Pekan Machang.
Asrama Mak Cu di aras tiga.
Asramanya di puncak bukit dan yang tertinggi. Kuruslah adik aku lepas nih...
Kemudian, kami hantar Ma, Abah dan Nisa untuk mendengar taklimat ibu bapa, kami pula balik ke homestay untuk berkemas dan lelapkan mata barang sekejap. Sebelum bertolak masuk ke UiTM semula, sempatlah juga kami memborong keropok losong yang tak berapa sedap sangat tapi bolehlah dimakan. dan singgah makan di kedai makan depan UiTM tu. Aku order kuey teow goreng basah. Ingat sikitje macam kedai-kedai yang lain, sekali kau..
Haa.. hamik ko... larat dengan tak laratlah nak makannya..macam makan kat rumah. Hargapun murah tau....
Dah kenyang perut, kami masuk ke dalam untuk ambil Ma n Abah dan bawa mereka keluar makan pula.
Pintu masuk UiTM Machang, Kelantan
Dalam kawasan Uitm
Sesudah makan, tibalah masa untuk menghatar Mak Cu masuk dan menjalani hidup sebagai seorang Siswi UiTM. Bermulalah babak-babak sedih dalam hidup Mak Cu, setelah selesai adegan air mata dan sessi pesanan demi pesanan kamipun meninggalkan UiTM dengan Bismillah dan tawakal kepada Allah, kami mulakan perjalanan balik ke Petaling Jaya.
Jam 5 petang kami sampai di Gua Musang.
Kami tiba di Petaling Jaya jam 1 setengah pagi. Jalan Jem teruk sepanjang highway hanya disebabkan tol. sepatutnya tiba jam 11 malam. Sampai di Klang pula jam 2 setengah pagi dan tidur jam 3 pagi. Esok pagi terlajak subuh dan sedar jam 7:20 pagi. sudahnya anak aku menambah cuti sehari lagi. Ish..Ish..Ish.. Adios..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan