Selasa, September 9

Engagement Day E-Wan And Eja

Assalamualaikum...


Ahad lepas adalah hari pertunangan adik bertuah aku dengan tunangnya. Perbincangan mengenai hal bertunang ni dah lamapun, cuma aku baharu (huhuhu.. ayat spm bos aku) tahu mengenai tarikh bertunang tu, hari Ahad Hari Merdeka yang lepas. Macam sengal je.. aku rasa. Tak pernah nak maklum awal-awal sudahnya kelam-kabut nak cari semua benda last minit. Balikje dari Kelantan hari Isnin minggu lepas (Cerita tu aku ceritakan kemudian ek..), keesokan harinya aku keluar dengan Mem Ita (my mom) untuk cari barang buat bekas cincin dan alas dulang. Nak pakai yang ada, agak old fashion. Yang di sewa pulak tak kena dengan warna yang aku nak iaitu warna gold dan cream. Habis duit aku beratus-ratus. Tinggal nak claim kat adik aku balik jer..hehehehe..

Mujurlah hari selasa aku sememangnya bercuti sebab nak cabut gigi. Disebabkan kelewatan ketibaan raja dan permaisuri aku tu di rumah aku, sudahnya cabut gigi tak jadi tapi aku habiskan masa dengan mencari barang-barang untuk hantaran. Pergh.. memang letih..

Selama seminggu, eh! tak sampai seminggupun..aku bersengkang mata setiap malam nak siapkan alas dulang dan bekas cincin tau.. mengantuk tak hingatlah.. dengan kain yang senget benget, bentuk hexagon jadi bentuk bujur.. kelakar sangat.. tergelak-gelak aku sengsorang kat bilik belakang tengok hasil yang terjadi. Ruang tamu aku pulak dah kucar kacir dengan barang gubahan. Mujurlah hubby aku paham dan tak bising-bising. ahh lantaklah.. janji siap. Malam sabtu adalah malam kemuncak, aku tidur jam 3 pagi. itupun bekas cincin cuma sempat susun tapi tak gam lagi jer. Esok pagi baru aku gam.
Inilah hasilnya. tapi aku ada tambah ketinggian sikit pada alas bekas cincin tu sebab nak bagi highlight pada cincin tu. Aku tak sangka pulak bunga yang aku gubah tu tertinggi sikit sebab dalam pemikiran aku, bunga-bunga tu landai aje. Hehehe...
Close up kereta kuda 2 buah sebab 2 cincinkan.. mana nak dapat gubahan ready made yang boleh letak 2 cincin yang oooii.. so kenalah buat sendiri..
Close up cincin tunang
close up cincin belah rotan
Yang ini pula, sempat aku hiaskan sebab mulanya aku cadang nak jadikan bekas buah, tapi last minit aku tukar jadikan tempat untuk handphone dan minyak wangi. (Sila abaikan pemandangan di belakang tu yek hehehehe)

Di hari kejadian, iaitu hari pertunangan.. Aku keluar rumah jam 10 pagi, ini dah kira lewat sebab anak teruna aku tak mahu mandi, tak mahu bersiap dan tak mahu ikut juga.. jenuh aku. Dah dipujuk cara elokpun tak jalan, cara marah-marahpun tak jalan. Eee.. geram.. dahlah nak ambil kek kat Shah Alam lagi satu hal, nak ke rumah Ma lagi, dengan jalan Jammed lagi. Aku sampai rumah ma jam 11 pagi. sebelum sampai rumah Ma, aku dapat sms yang berupa 'macam' arahan pada aku. hati aku mula geram geram. Sesampai je aku kena sound dengan abang sepupu belah tok din (ayah aku tu) dengan  ayat "apesal rumah kau jauh sangat?" Eh suka hati akulah... dah rezeki aku kat Klang, takkan aku nak tolak pulak, yang hang kecoh sangat tu apa pasal? ada aku suruh dia ikut sekali ke? takdekan?.. geram gila aku tahap gaban. aku sabarkan saja dulu. Haa.. kan dah masuk cerita pasal emosi nih...

Then kami gerak ke rumah pakcik aku di Puchong sebab ada lagi barang hantaran di situ. Alas dulang aku tukar, dan hantaran diagih-agihkan sesama saudara. Kami bertolak ke Shah Alam dengan di lead oleh kereta adik aku.
 Tengoklah hantaran siapa paling banyak.

 Cik Abu aku (baju melayu light purple) yang jadi wakil keluarga kami
 Ma yang tak habis-habis dengan handphonenya
 Sedang berbincang antara dua keluarga

 Siap pelamin ko....
 Hantaran sebelah perempuan


 Hantaran sebelah lelaki
 Masa untuk menyarung cincin
Cincin merisik
close up
Cincin tunang pula


 cium tangan bakal mak mertua yer...
masa untuk bergambar
Menunggu untuk berpossing muehehehe...
Senyum semua...(berdiri dari kiri: 2nd Wife abang sepupu aku(tak tahu nama), aku, Cik Yan, kak Ila Kakak sepupu (anak cik ida), Eja, Cik Ida, Saudara Cik Abu, anak saudara tiri abang sepupu aku), Duduk dari kanan: Puteri Najwa (anak 2nd Kak Ila), Puteri Adawiyah (anak 1st kak Ila), Mem Ita, Anak tiri abang sepupu aku)
Bakal adik iparku yang dah tembam sikit hehehe
Aku dan bakal adik iparku
Masa untuk makan...orang lelaki penuhkan perut dulu, orang pompuan bergambar kat dalam.
Selesai makan, masa untuk chit chat pula..
Masa untuk balik
Bergambar dulu sebelum balik
kek dari sebelah perempuan (kek pahit) Anak teruna aku cakap sedap
Cream puff
cupcake (masin) hehehe...
Aku berselfie di waktu senja dengan muka yang kepenatan. Baru keluar dari rumah Mem Ita dan nak balik ke Klang singgah pasar malam sekejap.

Sampai di sini dahulu, kita tunggu lagi setahun. untuk sambungan cerita cinta ini ek hehehehe. Adios..

Eh..eh.eh.. lupa pula, terima kasihlah buat yang membantu dan menolong kami sekeluarga. Tanpa kalian siapalah kami. Buat Cik Abu aku tu, dia memang the best among the best, yang memang sangat sporting dan banyak memberi info pada kami yang muda. Sebab masa aku bertunang dan bernikah serta majlis sanding dulu dia dan keluargalah yang banyak membantu. Masih aku ingat lagi saat suami aku di akad nikahkan dulu, Tok Din cukup gementar dan gemuruh dalam melafazkan akad untuk hubby aku. Kesian dengan Tok Din bepeluh-peluh. Masa tulah aku nampak peranan Cik Abu aku, dia yang tenangkan Abah supaya banyakkan selawat dan bertenang. Yelahkan, masa tu syaitan sedang duduk atas bahu abah aku untuk menggagalkan sebuah masjid yang bakal dibina. Alhamdulillah.. akhirnya, abah dapat melafazkan akad dengan tenang. Menitis air mata aku saat itu, tanggungjawab untuk aku telah berpindah ke suami aku. Sebelum itu tanggungjawab aku dibawah ma dan abah, kini di bawah Hubby aku. Lain rasanyakan.. huhuhu.. emosi dah nih... huhuhuhu... nak nangis bila aku kenangkan balik... dah tak boleh patah balik dah, hanya untuk di kenang.. huhuhu...

Tiada ulasan: