Jumaat, September 19

Freaky Friday #34

Assalamualaikum...

Aku tidak ada mood hari ini. Lama dah keluarkan kisah-kisah tauladan dalam Freaky Friday nih kan? Sesungguhnya aku memang tak ada mood sangat hari ini. Mohon maaf dan ampun sekiranya aku ada terkasar bahasa dan tersilap bicara hari ini.

Mengantuk, sakit badan, tak cukup tidur, lenguh pinggang dan segala rasa yang aku rasa hari ini. Semua nih sebab aku terpaksa tidur atas kerusi malas dalam wad kanak-kanak. Anak teruna aku kena tahan wad sebab demam denggi. Niat di hati cuma nak periksa jer sebab hati aku rasa tak sedap bila anak teruna aku demam balik petang semalam dekat pusat jagaan dan malam sebelum tu, demam anak teruna macam pasang surut je sekejap elok dan sekejap demam.

Bila aku pergi check dengan doktor semalam, aku dapat tahu patletnye jatuh ke 73. Risau, itu yang aku rasakan dan kesian bila lihat tangan anak teruna kena cucuk dan di ambil darahnya. Meraung tak berhenti sebab sakit.

Ya Allah.. Aku bemohon padaMu, sembuhkanlah tubuh badan anak ku yang seorang ini, dan jauhkanlah Beliau dari penyakit yang berbahaya....Amin..

Tiada ulasan: