Isnin, September 15

Monday Blues #57

 
Assalamualaikum...

Mengantuk... itulah yang aku hadapi pagi ini. Sudahlah pagi ni aku kena ganti bos yang sedap bercuti untuk mesyuarat kewangan. Ish.. bosannya... Sepatutnya aku ambil cuti juga hari ini. Tapi di tolak dek bos aku awal-awal lagi. Geram pun ada..

Aku mengantuk sebab tak lena tidur, aku mengantuk sebab memang aku tak boleh nak tidur, aku mengantuk sebab anak teruna aku demam. Elok aje semalam dia seronok-seronok main badmintaon dengan walid dan atuknya, alih-alih malam tu terus demam. Sebelum dia demam, sempat lagi walidnya bukak drama Qarin di TV1 dan lepas itu terus anak teruna aku jadi takut-takut.

Risau pula aku dibuatnya, adakah sebab dia terkejut pasal tengok cerita Qarin tu ataupun disebabkan oleh demam urat sebab lenguh main badminton petang semalam? Hmm.. benda nak jadikan..

Tak tenang rasanya hati aku ni mengenangkan anak teruna aku di rumah. Walaupun Walidnya ada untuk menjaga dia, aku risau time makan ubat tu, Anak teruna aku cukup liat untuk makan ubat. Tambah-tambah lagi bila dengan Walidnya. Manjanya tak sudah-sudah.

Hmm.. baru aku teringat, semalam Hubby aku tegur muka anak teruna aku dah tembam sikit, budak-budakni bukan boleh ditegur sangat bila badannya berisi, mulalah lepas tu demam dan tak nak jamah makanan apa pun, dah kurus balik badannya.. pernah sekali, Hubby aku tegur macammana dia tegur anak teruna aku semalam masa umurnya setahun lebih, malamtu terus demam. Dari tembam, terus melidi badan anak teruna aku tu...

Hmmm... Semoga anak teruna aku cepat sembuh dan sihat macam biasa hendaknya.Rindu pulak nak tengok dia makan dengan penuh selera macam dia makan ayam masak merah yang aku masak hari sabtu lepas.... Adios...

Tiada ulasan: