Sabtu, Februari 9

Aku Diserang Virus Selsema

Assalamualaikum....

Selamat bercuti buat semua dan selamat menyambut tahun baru china buat yang menyambutnya esok.. malamni mula makan besarlah yek. 

Aku pula apa kes nih? elok sedap nak bercuti kena selsema pulak. Mujurlah Hubbypun kena buat Overtime masa perayaan nih, tidaklah rasa terkilan sangat. Yelahkan, orang bercuti pergi jalan-jalanke manake, aku cuti duduk rumah ngadap tv. Huhuhuhu... dah sakit buatlah cara sakit kan... duduk rumah diam-diam makan ubat dan rehatkan diri ye tak.

Harini, seawal 4:30 am aku terjaga, hidung aku dah mula tersumbat dan mula nak mengeluarkan produk tambahan hehehe... mata mengantuk, kepala ting tong tapi hidung pulak tersumbat. Nak tak nak, aku bangun gaklah layan komputer, masuk blog dan layan blog walking...



oh.. terlupa, aku nak ucapkan tahniah buat 2nd bos aku yang cuti sakit 2 hari pada isnin dan selasa lepas. Rupa-rupanya beliau dah mengandung... seronoknyer.. bertambah lagi anak buah kami di office nanti.

# tertangguh lagi nampaknyer entri vietnam aku nih...

1 ulasan:

OKje berkata...

He..he..igt masa keje dulu...payah betul nk dpt package sema ngan batuk...selalunya seme je....sebab nk dpt mc hehe