Khamis, Februari 28

Tour at Mekong River, Vietnam on 2013

Assalamualaikum...


Dah penat berjalan dan merayau keliling kota Saigon di SINI, penatpun tak habis hilang lagi, Kami ke Mekong River pula keesokan harinya.Kenderaan yang kami naiki lebih panjang dan lebih selesa dari semalam sebabnya kalini kami pergi lebih 10 orang termasuk teman wanita tourist guide kami. Bayaran yang dikenakan pada kami kalini kalau tak silap aku lebih kurang 20USD dengan pakej Riding horse, naik sampan, makan tengah hari, melawat honey Farm, minum teh sambil mendengar lagu dan menaiki bot ke pulau-pulau.

Jom Layan Gambar...
Kena saman
Untuk ke Mekong River, kami perlu melalui Lebuhraya. Untuk melalui lebuhraya disini pula, setiap kenderaan perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan untuk setiap lane. Bagi yang tak mematuhi had laju tersebut, kena samanlah jawabnya. Macam dalam gambar atas. Bagi pemandu yang memandu bas pelancong pula, lesen mereka akan digantung untuk setahun dari memandu.
Bergambar dulu
 Berehat sebentar di Mekong Rest Stop setelah sejam melalui lebuhraya
Replika Kapal terbang
 Tak dapat beli, dapat tangkap gambarpun jadilah untuk kenangan
Sedia untuk naik bot
Dah Sampai di jeti Mekong River.
Bergambar sebelum bergerak
Menyelusuri Sungai Mekong
First Stop : Honey Farm
Di sini, Kami dapat merasa sendiri madu original dari sarang lebah itu sendiri. Korang bayangkan, lebah-lebah tu tengah menghurung sarangnya, dan kita kena celup jari kita untuk merasa madu asli tersebut. Kemudian, kami dijamukan dengan air limau yang dicampurkan dengan madu serta kuih tradisional mereka. Madu yang dijual juga agak murah dan asli.

2nd Stop : Pembuatan gula-gula kelapa
Gula-gula kelapa di sini di buat sendiri secara manual, untuk mendapatkan pati santan juga diperah dengan menggunakan mesin yang dipusing dengan tangan. Semerbak bau kelapanya sungguh menaikkan selera.

3rd Stop: Hasil Kraftangan Vietnam dan dusun buah-buahan
Gambar kiri: Jika ingin membeli cenderahati hasil kraftangan dari vietnam, di sini lebih murah berbanding di beli dari bandar.
Gambar kanan: aku tak tau apa motif diorang gantung buah pada pokok ni, mungkin menandakan kami sedang memasuki ladang buah-buahan.
Minum sambil mendengar lagu vietnam
Di sini kami di jamu dengan buah-buahan segar sambil itu, kami juga dihiburkan dengan penyanyi tempatan yang berbaju tradisional yang agak jarang dan seksi. Tengoklah kesian penyanyinya, sambil menyanyi sambil kena bergambar. Tapi di sini, asal buat kerja sahaja mesti hendakkan tips. Walaupun tak banyak hanya seorang RM 1 tapi kalau 10 orang? huhuhu

4th Stop: Menaiki Perahu melalui sungai kecil ke jeti
Sampan beratur menunggu penumpang
Tourist Guide kami bagitau supaya memegang pemegang di sebelah dalam dan jangan letak tangan di sisi sampan kerana andai berlaku kesesakan, sampan-sampan ini terpaksa berselisih dalam keadaan yang sangat-sangat rapat. Jika jari kita di bahagian luar sampan, jari kita boleh terputus dua disebabkan perselisihan tersebut.
2 orang diperlukan untuk mendayung sampan tapi yang uniknya, pendayungnya hanya perlu mencakung di depan dan belakang perahu. Go aunty go aunty chaiyo' chaiyo'
Akhirnya sampai juga ke bot
Akhirnya selepas berhempas pulas, sampai juga ke bot. Setelah sampai, macam biasa tips perlu dihulurkan.

5th Stop: Horse Riding
 Bergambar di pintu gerbang masuk ke kampung
 Asyik-asyik peace no war..
Sampai ke kampung Hao Ai untuk aktiviti menunggang kuda
Mulanya dalam imaginasi aku kami akan naik kuda sorang satu. Rupa-rupanya naik kereta kuda. Aler... kuda yang kami naikipun kurus keringjer.. sian lak bila aku tengok. Disebabkan dah bayar, naik ajelah...

6th Stop: Halal Mekong Restoran

Penat menjelajah, masa untuk makan tengah hari pula..
mmm... sangat sedap bila lapar
Masa untuk pulang, badan dah keletihan dalam bot pula kami di beri minum air kelapa muda
Sangat seronok dan sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Punyalah letih, aku tertido di bahu hubby sehinggalah kami sampai di pinggir bandar. Sesampai di Bandar, kami dibawa pula melawat ke perkampungan Islam yang ada di Vietnam. Turun sahaja dari bas, kami di sambut dengan hujan kenderaan bermotor yang kebetulan waktu untuk pulang dari bekerja. Sampaikan nak melintaspun, kena melintas secara berkumpulan manakala seorang angkat tangan untuk menahan kenderaan sambil melintas.
Sangat ngeri untuk melintas, takut kena langgar. Di perkampungan Melayu Champ kami dibawa ke Masjid. Masjidnya bertingkat, Tempat solat di tingkat 1, manakala tempat solat wanita di tingkat 2, Tingkat bawah pula di khaskan untuk kelas belajar. Sempat kami berkenalan dengan imam masjid, mereka sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat Islam melawat kampung mereka. Di sini juga mereka menerima pelajar-pelajar dari negara jiran, di ajar dengan bahasa melayu dan vietnam sebelum dihantar belajar ke Kelantan.

Oklah sampai sini dulu entry aku, nanti sambung lagi untuk hari terakhir di Vietnam.

Lihat kisah sebelum di:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town

Update terkini:-
Mekong river
Kedai Makanan Halal 
Last day at Vietnam

29 ulasan:

zainun berkata...

Assalamualaikum.rasa seronok kakak nampak dalam gambar2 yg ada di blog ini.kalau tak keberatan boleh bagi no fon?sbb akak cadangnya nak kesana masaalahnya nak tahu tentang transport kat sana.terima kaseh.

Marlia berkata...

Salam Sis,
Ada tak no telefon tourist guide sis tu? Macam berbaloi jer package nya. Harga USD 20 tu untuk seorang ke sis?
sitimarlia@yahoo.com.

Unknown berkata...

Salam adik,
bolehke akak dapatkan nombor contact tour guide di Ho chi ming itu? akak akan ke vietnam tahun depan. sila hubungi akak,
aishah6789@yahoo.com
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam kak..nk tny psl contact no tourist guide boleh tak..
email saya..lady_ana02@yahoo.com

Firdausy CiLiKku berkata...

sorry lmbt reply, nan ti saya emel yer..

Tanpa Nama berkata...

salam akak,
Boleh mintak contact no. tourist guide tu
noorazilahcg@yahoo.com

chemistry_lady berkata...

sy pun nk contact nya sis. ada di saigon. ni email sy yer chemistrylady@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

salam puan..boleh tak bg email atau contact number tourist guide utk sg mekong sahaja..terima kasih puan..email: fekrynordin@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam.blh bg cntact tourist guide tu x? Tlg email ke kyee_80@yahoo.com.my

Firdausy CiLiKku berkata...

done email semua, buat chemistry_lady sorry lmbt reply

Tanpa Nama berkata...

salam puan..boleh tak bg email atau contact number tourist guide utk sg mekong sahaja..terima kasih puan: email saya redboxoutlet@gmail.com...pakej memang amik dari malaysia ke?

anie berkata...

salam puan..boleh tak bg email atau contact number tourist guide ..terima kasih puan email:redboxoutlet@gmail.com

Unknown berkata...

SALAM..
boleh bg saya no tourist guide tu..?
tqvm sis..saya dapa harga rm376 return for 2 pax utk flight ticket..murah tak??saya ni nk cari yg murah je..sbb bajet ciput..
tqvm sis

Unknown berkata...

salam sis..
boleh ke share no contact tourist guide?tqvm sis.. zurisari82@gmail.com

Firdausy CiLiKku berkata...

zuriana, saya dah email awak yer.. kira oklah tu harga tiket tu, dpt harga tiket 0 sen pun lebih kurang jer.. nak lg murah try cr hotel yg lg murah pun ada cuma jauh sikit dr ben than market lah.. nak merayau waktu malam kena hati2

Felia berkata...

Salam...boleh emailkn no tourist guide? Nk ke sana next week..slalu dtg shopping jer kali ni igt nk jln2 Sg Mekong & Chu Chi tunnel plakk..

Firdausy CiLiKku berkata...

dah email awak, selamat bercuti...

Tanpa Nama berkata...

salam sis,bleh emailkan contact no tourist guide utk mekong tue? lumut_comot91@yahoo.com. saya nk ke vietnam lusa. tyvm

ain berkata...

Bole tak emailkan tourist guide tu pada saya..putrinia17@yahoo.com..
Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

As slm puan
Bole email tak kedua2 tourist gd tu.tq
Email uhibbuki_daiman@yahoo.com
Harga tiket puan brp utk sorang

Suzana berkata...

assalam, tolong emailkan contact no tourist guide utk ke mekong river ke suzana.sulaiman@sapurakencana.com

terima kasih.

Unknown berkata...

Salam..boleh emailkan detail pasal mekong tour kat izyanfairuz@gmail.com x? Trime kaseh

Unknown berkata...

Salam..boleh emailkan detail pasal mekong tour kat izyanfairuz@gmail.com x? Trime kaseh

Tanpa Nama berkata...

Assalam..emailkan juga tourist guide kat saya ynakmn@gmail.com
tq

Unknown berkata...

salam sis boleh saya dapatkan no contact di sana utk tourist guide...bercadang ke sana dlm masa terdekat ni....ni email saya suzana.awana@gmail.com...tq sis

Firdausy CiLiKku berkata...

ujie, dah di email yer...

Unknown berkata...

Assalam sis..bole bg contact no tourist guide utk ke sg mekong..trm kasih

Firdausy CiLiKku berkata...

Dihah.. mintak alamat email sis.. tq

Tanpa Nama berkata...

salam sis, sy blogwalking blog sis yg psl muslim trip ke sg mekong. if x keberatan boleh email sy details ejen tu..email di farahidanawang@yahoo.com.tq sis