Jumaat, Jun 27

Freaky Friday #32


 Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah... syukur ke Hadrat Illahi, kita berjumpa lagi Ramadhan tahun ini. Ini bermakna, dah masuk tahun ketiga anak teruna aku akan berpuasa di bulan Ramadhan. Harapnya, tahun ini anak teruna aku dapat bertahan dengan dugaan-dugaan yang datang nanti. Tahun ni, tak seperti tahun-tahun sudah sebab dia bersekolah rendah. Macam tahun lepas, Anak teruna di tadika dan aku boleh minta tolong auntie tadikanya tengok-tengokkan dan perhatikan anak teruna aku agar terus berpuasa. Tapi tahun ini, tiada siapa yang akan memerhatinya.. harap-harap Anak teruna sorang ni boleh bertahan lah hendaknya... 

Jom kita tengok perkara yang harus dan perkara yang Makruh ketika berpuasa 

Perkara yang Harus ketika Berpuasa
 
1 . Menjirus kepala
 
Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang di-riwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana
sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam
menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:
 
Ertinya:
“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepala-nya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan”.(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)
 
2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanyaboleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat
Daud az-Zahiri.27
 
3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar. 
 
Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.
 
4. Merasai makanan tanpa menelannnya. 
 
Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka
harus dilakukan kerana dharuriah.28
 
Kata Iman Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.29
 
Perkara yang Makruh ketika Berpuasa
 
1 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk secara berlebih-lebihan.
 
Imam asy-Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhad telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika beruduk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhad Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadis: 
 
Ertinya:“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwuduk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa”.30
 
2.Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut. 
 
Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam
Mazhad Syafie pula ialah hukumnya haram.31
 
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana takuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.32
 
4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Iman asy-Syafie dan Ahmad.33
 

1 ulasan:

Jazz Lover berkata...

Nice sharing sis