Isnin, Julai 7

Blues Monday #53

 

Assalamualaikum..

Dah 9 hari kita berpuasa. Sekejapje dah 9 harikan? Nanti pejam celik, pejam celik dah sebulan. Bila dah rasa masa makin singkat, marilah kita berlumba-lumba untuk mencari keredhaan-NYA, dan mengumpul sebanyaknya pahala yang ada.

Hari Isnin, biasalah hari yang lemau buat aku.. Hari ni pulak, anak teruna aku lambat sampai ke sekolah. Gara-gara nak menulis nama dia pada kotak pensil warna barunya. Mulut aku seperti biasa akan sentiasa terbuka dan tertutup gara-gara anak teruna aku yang terhegeh-hegeh nak ke sekolah. Mujurlah harini Walidnya kerja malam, so bolehlah walidnya yang hantarkan. Besok, masak aku nak hantar.

Minggu ini juga My Hubby kerja shift malam, esok nak bangun sahur dan nak masak untuk santapan aku dan anak teruna. Aduii.. masak aku, nak mengejutkan anak teruna nih satu kerja, nak suruh makan pun satu hal. Kalau aku yang bersahur sorang, aku makan oat dengan kurma pun dah cukup dah. Semoga minggu ini anak teruna aku tak buat hallah hendaknya masa sahur. Dan harapnya dia makan dengan banyak dan tak banyak kerenah.. Amin...

Sampai di sini dahulu kita, Selamat menjalani seharian berpuasa dan selamat berbuka puasa juga buat semua untuk hari ini...

2 ulasan:

Lynda Che Lah berkata...

selamat berpuasa kak Sya..Nda pagi sahur kurma ngan minum air je..hehe..setel

Syaz Blackrose berkata...

huhuhu... teringat kenangan masa anak ku kecik lagi.. seronok menguruskan bdn masa tu...