Isnin, September 22

Monday Blues #58

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya anak teruna aku keluar juga dari hospital. 3 malam berturut anak teruna aku bermalam di hospital. Setiap malam tidur tak lena sebab asyik diganggu sebab nak ambil darah. Kesian, sedih dan tak sanggup tengok anak teruna aku berkerut muka sebab menahan sakit. Aku cuma boleh tidur untuk 2 malam sahaja, untuk tidur buat malam kedua dan seterusnya aku dah tak sanggup. Hubby aku, baru tidur semalam aje pun, dah merungut tak boleh nak tidur sebab doktor dan nurse sekejap-kejap masuk nak ambil darah dan nak sukat suhu badan serta ambil tekanan darah.

Sabtu petang, drip dah di cabut dari tangan sebab aku pulun bagi dia minum 1400 ml air. Pulun bagi, elok jam 8 malam kami datang balik tengok dah kena cabut dah. Semalam pagi, aku pulun bagi air lagi sampai cecah 1000 ml. Bila tengah hari, doktor pakar beritahu anak teruna aku dah boleh keluar dah. Ahh.. lega rasa.. tak payah dah nak risau tidur atas kerusi malas lagi. Badan dah mula rasa sakit-sakit, tidur pun tak cukup sebab tidur atas kerusi malas yang jenis lama yang tempat baringnya dibuat dari plastik warna kuning, oren dan merah yang berjalur-jalur jarang-jarang tu. Kalau kerusi malas stail baru, sedaplah juga nak baring dan melelapkan mata, tapi alahai.. dah lah musim hujan sejuk pulak tu, pakai selimutpun macam tak pakai selimut sebab tutup badan atas, bawah terbuka serupa tak payah pakai selimut...

Adeh.. letihlah. Letih semalam tak habis lagi, ramai pulak public yang datang nak buat permohonan petang nih.. kita sambung di lain hari lah yer.. Adios..

Tiada ulasan: