Isnin, November 10

Blues Monday #64

Assalamualaikum...

Aman pulak pagi-pagi ni aku rasa. Bos besar tak kacau kami pagi-pagini. Bos kecik dah masuk balik dari cuti bersalin. Agaknya itu yang menyebabkan bos aku jadi cool tiba-tiba kot..

Jumaat lepas, patutnya aku post pasal Freaky Friday kan... tapi aku tak sempat nak post. sibuk dengan mesyuarat dan aku juga amik result peperiksaan akhir tahun anak teruna aku. Markahnya jatuh merundum. Dari nombor 9 jatuh nombor 13. Bahasa arab yang setahu aku dia mahir dan dapat 100%markah, jatuh ke 80%. Bahasa inggeris yang memang teruk, tapi masih A, 87% jatuh ke 67%.. Nampaknya, tahun depan aku kena daftarkan kelas tuisyen untuk Anak teruna aku nih. Buat hari sabtu ahadje.. tak payah lebih-lebih.

Sekarang, anak teruna aku tengah angau lagu Super Junior plak.... rajin pulak dia hafal step tarian artis korea tu.. kan bagus kalau dia boleh hafal pelajaran cepat macamtu.. hailah anak-anak sekarang...

Oklah aku nak sambung kerja, bos keciknih balik jer, habis kelam kelibut kerja kami. semua benda nak cepat ingat kami nih robot ke? Tampor sampe berpusing baru tau...Rimaslah...rimas... tak aman pulok pagi-pagi nih...

2 ulasan:

Jazz Lover berkata...

La, kesiannya. Harap tahun depan dye boleh naiklah. Adik saya macam manalah berita pencapaian dye. Bila dye tanya, tak taulah, tak ingatlah, cikgu belum bagilah. Macam2 alasan.

Syaz Blackrose berkata...

Harap-harap meningkatlah hendaknya yer.. sibuk main jer.. terima kasih sis..