Isnin, November 3

Blues Monday #63


Assalamualaikum...

Morning everybody.. .. Muehehehehe.. ceria sungguh aku hari ni.. manakan tidaknya, aku sedang menikmati hari kemerdekaan buat aku dan rakan-rakan sepejabat sebab hari ini bos aku ada mesyuarat sasaran kerja tahunan di Langkawi.

Pagi tadi aku agak lemau nak bangun pagi sebab semalam aku keletihan berjalan pergi ke kenduri hingga ke Labu Negeri Sembilan. Dengan panasnya, tak hujan pulak tu.. tak larat aku nak pergi berjalan dan melangkah lebih jauh lagi.

Namun, bila aku fikirkan yang bos aku tiada di pejabat untuk satu harini, aku gagahkan juga walaupun lemau.. Harini aku terasa macam nak makan gaji buta jer.. muehehehe... tak baikkan... tak berkat gaji aku untuk satu hari. Nak buat macam mana... pengaruh malas tu lagi kuat terasa.. muhehehehe.. Adios aku nak menikmati keseronokan hari ini.... Merdeka..

Tiada ulasan: