Isnin, Disember 22

Blues Monday #70


Assalamualaikum wbt...

Isnin datang lagi.... Seronok bercuti selama dua hari di rumah, dah kena kerja lagi. Adatlah orang bekerjakan.. kalau tak bekerja mana nak datang duitnya kan.. yang bekerja dirumahpun, kena start buat kerja juga sebab masanilah semua urusan yang tergendala hari jumaat lepas bermula.

Mingguni aku seronok sikit sebab.... aku bekerja 3 hari sahaja. bermula khamis, aku bercuti sehingga Isnin depan. Aku bercuti dalam negaraje tahun ni, nak berjalan jauh-jauh tiada orang nak sponser aku huhuhu...

Percutian kali ini nak bawak anak teruna aku tu sebab dah janji bawa dia bercuti, andai dia mendapat no. 1 dalam kelas.Puas jugklah aku kena perli dengan ayat ni, "Ummi dah pikir ke nak bawak pergi mana? Dah dapat no. 1 dalam kelas ni..." Eleh setakat dapat no. 1 dalam sekolah Agama nak berlagak, sekolah kebangsaan jatuh merundum tak sedar... 

Hmm.. what everlah.. janji dia cuba belajar kan... apa nak buat, Redha' ajelah.. janji dia dah mencuba. Nanti aku nak bercuti kat dalam gambar nilah.. nak bagi seronok anak-anak..


Nanti kalau senang aku update on the dot kalau tak, aku kumpul dan buat maraton entry sebelum tamat tahun 2014ni.. banyak entry aku tinggalkan ni... huhuhu.. mau berpeluh ketiak nak buat maraton nih... muehehehehe.. Adios...

Tiada ulasan: