Jumaat, Disember 19

Latihan Kebakaran Di SUK Selangor


Assalamualaikum wbt.....

Pada siapa yang bekerja, tempat korang selalu tak buat latihan kebakaran? Tempat aku bekerjapun jarang lakukan latihan kebakaran. Pula tu sekarang ni aku dah pindah ke cawangan, lagilah memang takdelah latihan kebakaran nih... penting sebenarnya latihan kebakaran ni, in case terjadi betul-betul kebakaran tu, tidak ke kelam-kelibut nanti jadinya.

Pagi tadi aku ada mesyuarat di SUK Selangor bersama dengan Tan Sri Abdul Kadir Bin Hj Sheikh Fadzir, chairman Sazean, tengah sedap-sedap mesyuarat, ada pula, bunyi loceng kebakaran yang panjang tu. Tuan pengerusi macam tak mahu berhenti, Tan Sri pun tak mahu mengalah. Kami dah kena bagi warning suruh turun dan keluar sebab ada latihan kebakaran, Tuan pengerusi minta masa tambahan 5 minit. Orang dah habis keluarpun masih tak berhenti lagi. Tan Sri duk sedap bercakap lagi. 

Akhirnya mesyuarat kami terpaksa juga dihentikan bila lampu bilik mesyuarat ditutup, maknanya kami memang dah kena berhenti juga. Tan Sri kena excersice turun tangga. dari tinggkat 5 kau, jenuh turun. Dah kurus sikit dah Tan Sri Kadir. Dulu tengok dalam TV agak berisi sikit orangnya. Sudahnya, mesyuarat kami tamat di luar di perkarangan SUK sahaja.Sempatlah aku snap gambar staff SUK berkumpul di luar.

Tiada ulasan: