Jumaat, Januari 16

Freaky Friday #41


Assalamualaikum wbt...

Sebut sahaja nama Rukanah, semua penghuni Kota Mekah mengenalinya sebagai seorang yang kuat, bertubuh sasa malah tiada seorangpun berani melawannya. Sebagai jaguh gusti Arab, Rukanah sangat berbangga dengan kelebihan yang ada padanya.

Disebabkan kegagahannya itulah menyebabkan Rukanah sombong dan angkuh kerana tiada seorangpun berani mencabar kekuatanya bergusti. Selama ini tiada seorangpun mampu mengalahkannya dan dia sentiasa mencabar sesiapa yang mahu berlawan dengannya.

Pada satu ketika Rasulullah SAW terfikir untuk mengajak Rukanah memeluk Islam keran baginda yakin, Rukanah akan dapat membantu mengembangkan usaha dakwahnya.

pada hari yang sesuai, Rasulullah SAW berkesempatan berdakwah dengan rukanah dan baginda berharap usahanya kali ini akan berhasil. Sebagai langkah permulaan, Rasulullah SAW mengajak Rukanah untuk beradu kekuatan dengan baginda.

"Bagaimana jika kita berdua, adakah engkau sudah bertaqwa kepada Allaw dan menerima ajaran yang aku sampaikan?"

"Hai Muhammad, apakah buktinya kebenaran dan kekuasaan agama yang kamu sebarkan?" Tanya Rukanah yang meragui kemampuan Rasulullah SAW untuk menewaskannya.

"Bagaimana jika aku dapat mengalahkanmu? Adakah kamu akan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya?"

"Baiklah Muhammad saya bersetuju," Ujar Rukanah tidak sabar-sabar untuk beradu kekuatan dengan Rasulullah SAW.

Setelah mendapat persetujuan, Rukanah menyiapkan diri untuk mengadu kekuatan dengan Rasulullah SAW. Dia yakin dengan kemampuan tubuhnya yang besar mampu menumbangkan tubuh Rasulullah SAW dengan sekali pukulan sahaja.

"Ah, Muhammad itu sepanjang hari berdakwah, apalah yang dia tahu untuk berlawan sedangkan dia tidak pernah berlatih, mana mungkin dapat mengalahkan aku," detik hati Rukanah sambil mendabik dada meluahkan kesombongan.

Pada masa yang sesuai Rasulullah SAW dan Rukanah bertemu digelanggang untuk beradu kekuatan. Dalam gelanggang, Rasulullah SAW menghampiri Rukanah dan segera memegang badan Rukanah dan cepat menumbangkannya.

Manakala Rukanah pula berasaskan tubuhnya tidak bertenaga untuk melawan Rasulullah SAW. Akhirnya Rukanah dapat dikalahkan dengan mudah. Kemenangan Rasulullah SAW itu menyebabkan Rukanah tidak berpuas hati dan meminta supaya pertarungan diadakan sekali lagi. Rasulullah SAW tidak membantah dan bersedia beradu tenaga. Pada pertarungan kali kedua, Rukanah kalah juga dan tidak berpuas hati. Dia meminta pertarungan diadakan untuk kali ketiga. pertarungan kali ketiga, Rukanah juga dapat ditewaskan oleh Rasulullah SAW.

Setelah selesai beradu tenaga dan sambil tercungap-cungap Rukanah berkata, "Saya sangat hairan dengan kamu, Muhammad. Bagaimana kamu boleh mengalahkan aku?"

Selain Rukanah, Rasulullah SAW juga berjaya mengalahkan seorang lagi jaguh gusti, Abu Aswad Al Jumahy yang tidak kurang hebatnya. Tujuan Rasulullah SAW beradu kekuatan hanya untuk menarik Abu Aswad memeluk Islam.

Sebelum berlawan dengan Abu Aswad, ahli gusti itu sendiri yang menawarkan diri jika dirinya dapat dikalahkan oleh Rasulullah SAW, dia akan memeluk Islam. Bagaimanapun Ab Aswad tidak menepati janjinya setelah dikalahkan oleh Rasulullah SAW.

Walaupun mereka tidak juga beriman kepada Allah, tetapi Rasulullah SAW telah melakukan dakwah mengikut kemampuannya. Keberanian dan ketabahannya menghadapi apa juga dugaan kerana keimanannya yang kuat terhadap Allah.


Tiada ulasan: