Jumaat, Januari 30

Freaky Friday #42


Assalamualaikum wbt...


Mingguni aku sibuk sangat dengan kerja hakiki, sampai tak sempat nak buka blog dan update blog. Tapi macammanapun, aku akan tetap cuba keluarkan cerita-cerita zaman Rasulullah SAW ataupun zaman-zaman nabi terdahulu. Jom kita baca kisah yang lain pula.




MEMULIAKAN ANAK PEREMPUAN

Pada suatu ketika Rasulullah SAW tiada di rumah, seorang perempuan miskin dengan dua orang anaknya hendak bertemu Rasulullah SAW. Oleh kerana Rasulullah SAW tidak ada, perempuan miskin itu bertemu dengan Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW.

Oleh kerana kasihan melihatkan perempuan itu dengan dua anak perempuannya, Aisyah RA telah memberikan tiga biji kurma. Kurma itu diberikankepada anak-anaknya manakala sedikit untuk dirinya. Kedua-dua anaknya makan kurma itu dengan berselera sekali. Selesai anak-anaknya makan, giliran perempuan itu pula makan sisa kurma untuknya.

Tiba-tiba anaknya itu berkata, "ibu, jangan makan kurma itu, kami masih lapar."

Melihatkan anak-anak masih perlukan kurma itu, perempuan itu terus memberikan kurma itu untuk dihabiskan. Setelah kenyang, perempuan miskin dengan dua anak itu beredar dari situ. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW pulang ke rumah. Setelah berehat, Aisyah RA menceritakan peristiwa tadi kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW kemudian berkata, "Barang sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan mereka sabar dalam mendidiknya sama ada dalam keadaan susah atau senang, dia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga kerana rahmat Allah terhadap anak-anak itu."

Dalam satu peristiwa lain yang ada hubung kait dengan perkara itu, seorang lelaki bertanya, "Bagaimana jika ada dua anak perempuan ya Rasulullah?"

"Walaupun mempunyai dua anak perempuan, ibu itu juga akan dimasukkan ke dalam syurga," jawab Rasulullah SAW.

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika hanya ada satu anak perempuan?"

Walaupun seorang, ibu itu juga akan dimasukkan ke syurga."

Sehubungan itu, Rasulullah SAW menasihati, "Barangsiapa yang mengeluarkan belanja untuk dua anak perempuan dan memiliki saudara perempuan atau kerabat perempuan atau kaum kerabat perempuan yang patut disediakan belanja untuk keduanya, sehingga keduanya diberi Allah kecukupan atau kemampuan, mereka akan menjadi pendinding (pelindung) dari api neraka."

1 ulasan:

Jazz Lover berkata...

Nice sharing sis.

Read my latest entry : Layan Scorpions Lok