Khamis, Januari 22

Ovenku Retak!, Plus Nak Let Go Oven Jenis Heavy Duty


Assalamualaikum w.b.t...

Mesti kome pelik macammana oven boleh retakkan? sebab kalau oven orang akan bayangkan dalam bentuk empat segikan, dan dibuat dari kepingan zinkkan? Oven ataupun lebih dekat lagi alat pemanas or pemanggang,  aku punya oven jenis bulat dan dibuat dari kaca tebal jenis yang murah punya. Aternya tabletop dapur pun tak serupa tabletop dapur orang lain, nak taknak kenalah aku beli yang macam itu. Jimat ruang dok?

Huhuhu.. malam semalam, tengah sedap tengok cerita dalam televisyen, aku dengan bunyi kaca pecah. Mulanya aku ingatkan anak jiran sebelah jatuh barang. So, aku malas nak layan. Lepas tu aku dengar bunyi tu lagi sekali. Hati aku mula rasa pelik, tapi malas nak turun bawah tengok lagipun, aku tinggal dengan anak teruna je. Hubby pulak kerja. Dalam hati aku bertawakal pada Allah swt. supaya tak jadi apa-apa yang lebih teruk lagi.

Pagi tadi, bila aku ke dapur, buka lampu dapur yang tak berapa nak ada tu, aku terpijak kaca (tapi tak lukalah) cari punca, terus ternampak..
 Ha... kau.. inilah rupa oven aku, retak seratus you.... (tak boleh nak sebut seribu pasal retak besar-besar.. muehehehe)
Meh kita close up sikit

Habis keliling pecah. Tak bolehlah aku nak buat makaroni gratin ke, pizza dah ke.. huhuhu.. sedih.. ada sesapa nak sedekah oven tak? hehehe..

Nak letak oven yang ma aku dapat tu, besau sangat... mana nak muat tabletop aku yang tak seberapa nih...

Alang-alang tu, aku nak promo let go oven ni, lama sangat dah dalam simpanan mem ita. Aku nak pakai, bukannya aku guna selalu or aku ni orang berniaga makanan ke, nak guna tak muat pula dengan table top. Masih baru dan belum di pakai lagi.
Oven Elektrik 1 tingkat untuk di let go
Jenis : Reliance Composition
Harga: RM 250 boleh nego lagi
Ukuran : tak sukat pulak, tapi kalau didirikan memang dekat-dekat paras peha gaklah..
Kegunaan: Sesuai untuk orang yang berniaga kek atau yang berkenaan dengan bakar-bakar nih.
Tempat : Taman Medan, Petaling Jaya.

Pada yang berminat boleh email ke syaz415@gmail.com nanti saya akan bagi butiran lengkap tru email ek..

4 ulasan:

Jazz Lover berkata...

Bahayanya. Nasib baik sis tak cedera.

Syaz Blackrose berkata...

aah, nasib baik tak cedera. Tapi peliklah sebab macam mana boleh retak sedangkan dah bertahun pakai dan ada sekali tu berterusan panaspun tak retak. tebaltu kacanya bukan nipis

IlhamSufi berkata...

Sis klu oven eletrik ada lg.. Wasap ye
01111470466

IlhamSufi berkata...

Sis klu oven eletrik ada lg.. Wasap ye
01111470466