Jumaat, Februari 20

Freaky Friday #43


Assalamualaikum wbt...




KESABARAN MEMBAWA MANFAAT

Di Dalam satu peperangan, Miqdad bin Amar telah berjaya menawan Hakam bin Kaisan. Sebagai orang tawanan, ketua peperangan bercadang mahu memotong leher musuhnya itu tetapi tidak dipersetujui oleh Miqdad.

"Jangan bunuh dia dahulu, saya akan membawanya berjumpa Rasulullah," kata Miqdad kepada ketua pasukan perang.

Kemudian Miqdad membawa Hakam berjumpa, Rasulullah SAW bertanya, "Wahai Hakam, adakah kamu sudi jika kami ajak kamu beriman kepada Allah?"

Hakam tidak menjawab. Dia diam sahaja sambil diperhatikan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Melihatkan Hakam yang senyap tidak memberikan reaksi apa-apa, Saidina Umar RA yang terkenal sifat kasarnya terus berkata, "Wahai Rasulullah, apa yang diharapkan daripadanya? Demi Allah, dia tidak akan masuk Islam. Izinkan saya memotong lehernya supaya dia segera masuk neraka."

"Kita tidak boleh berkasar begitu. Beri dia peluang untuk berfikir. Saya yakin satu masa hatinya akan terbuka untuk berfirman kepada Allah." ujar Rasulullah SAW menolak cadangan Umar RA.

Mendengar saranan Rasulullah itu, Umar RA berasa menyesal. Dia bimbang kata-katanya itu akan mengurangkan pahala kebaikan yang telah dilakukan atau sebelumnya.

"Mengapa aku membantah sesuatu perkara sedangkan Rasulullah lebih tau daripada aku? Tetapi aku melakukan semua itu semata-mata untuk kebaikan kepada Allah dan Rasul-Nya," bisik hati Umar RA apabila mengingatkan tindakannya kadang-kadang terlalu mengikut perasaan.

Kebijakan Rasulullah SAW menyelesaikan masalah besar seperti itu secara tidak langsung menarik perhatiannya dalam menyelesaikan masalah.

Cuba bayangkan kalau aku tadi mengikut kata-kata kalian supaya Hakam dibunuh, sudah tentu Hakam tidak beriman seperti sekarang," beritahu Rasulullah SAW kepada para sahabatnya.

Setelah Hakam memeluk Islam, dia menjadi seorang yang patuh kepada ajaran Islam dan ikut berjuang menegakkan agama. Di dalam peperangan Bi'ir Ma'unah, Hakam turut berjuang. Bagaimanapun, dia terbunuh dan mati syahid. Rasulullah SAW reda dengan pemergian Hakam dan menyatakan Hakam akan masuk syurga.

Sekian...




Tiada ulasan: