Jumaat, Mei 20

Freaky Friday #56


Assalamualaikum wbt...


MELAPANGKAN REZEKI DENGAN BERWIRID

Kehadiran Abu Umamah RA yang sentiasa ada di masjid setiap kali masuk waktu solat berjemaah jarang dipedulikan oleh orang lain. Mereka menganggap Abu umamah RA juga seperti jemaah lain, akan datang ke masjid apabila tiba waktu solat dan pulang ke rumah selepas selesai solat berjemaah.
Bagi Rasulullah SAW, kehadiran Abu umamah RA setiap kali waktu solat sangat menarik perhatiannya. Boleh dikatakan, Abu Umamah tidak pernah terlepas solat berjemaah bersama-sama Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain.

Melihatkan Abu Umamah yang sentiasa berada di masjid, membuatkan Rasulullah SAW tertanya-tanya sendiri, apakah Abu Umamah RA tidak pernah pulang ke rumah kerana dia sentiasa ada di masjid sama ada siang atau malam. Setiap kali Rasulullah SAW sampai ke masjid, dilihatnya Abu Umamah sudah beriktikaf di masjid. Pada satu hari, Rasulullah SAW menghampiri Abu Umamah RA untuk bertanya apa yang dilakukannya di masjid setiap hari. 
"Hai Umamah, aku lihat kau seperti tidak pulang ke rumahmu, apa yang kau buat di sini?"

Abu Umamah memandang wajah Rasulullah SAW dengan perasaan yang serba salah. Dia amat segan dengan Orang yang dikasihi Allah itu. Dia mahu berdiam diri sahaja tetapi dia beresakan menjadi lebih bersalah jika tidak menjawab.
Dalam suara yang agak terketar-ketar, Abu Umamah menjawab. "Sebenarnya ya Rasulullah, saya ada masalah." Abu Umamah RA tunduk seolah-olah mahu menyembunyikan masalahnya. 



"Apa masalahmu?" Tanya Rasulullah SAW sambil duduk bersila berhadapan dengan Abu Umamah RA.

"Aku tidak boleh tinggal dirumahku. Apabila aku berada di rumah, aku jadi runsing dan susah hati. Sebab itulah aku jarang ada di rumah, sebaliknya aku lebih suka di sini," jawab Abu Umamah perlahan kerana masalahnya tidak mahu didengari oleh orang lain.

"Mengapa sampai begitu sekali, Umamah?"
"Ya Rasulullah. Aku sebenarnya banyak hutang. Rasanya aku tidak mampu untuk membayar hutang-hutangku," jawab Abu Umamah dengan wajah yang sedih.

Persoalan Rasulullah SAW akhirnya terjawab. Rasulullah SAW bersimpati dengan nasib yang menimpa Abu Umamh itu. Sambil memegang bahunya, Rasulullah SAW memberitahu, "Aku berikan kepada kamu beberapa kalimah. Amalkan dengan baik kalimah itu setiap hari. Mudah-mudahan dengan mengamalkan kalimah itu setiap hari Allah akan melapangkan dada kamu."

Rasulullah SAW kemudian memberikan beberapa baris doa untuk dihafalkan dan diamalkan oleh Abu Umamah RA. Sejak hari itu Abu Umamah RA mengamalkan kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dia meyakini kata-kata Rasulullah SAW bahawa dengan mengamalkan kalimah itu, Allah akan melapangkan dadanya. 

Memang benarlah, Abu Umamah RA sentiasa mengamalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sehinggalah fikirannya lapang dan terbuka hatinya untukmelipat gandakan usaha dan akhirnya dengan usahanya itu dia berjaya melunaskan hutang-hutangnya.

Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW itu bermaksud, "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah, dan aku berlidung dengan-Mu daripada ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung dengan-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia."

2 ulasan:

hainom OKje berkata...

Betullah kan Syaz separuh org ckp.....masjid ni mmg tempat yg paling tenang dlm dunia.
Kalau dapat tau ayat yg Rasulullah suh amalkan tu ayat apa bagus ek

Syaz Blackrose berkata...

Kann.. itulah teringin juga nak tahu. kena cari jugak nih ayat tu