Isnin, Ogos 22

Blues Monday #105


Assalamualaikum wbt...

Lama pulak aku meninggalkan blog kali ni. Entahlah semangat untuk menaip agak merundum akhir-akhir ni. Maaflah kerana lama aku tak update blog. Memang banyak ikutkan entry tertunggak ni. Kekangan masa yang semakin pantas sekarang ni susah untuk aku update blog. Tambah lagi, asal aku nak menghadap phone je, hubby aku dah menjelaing. Tak sempat nak taip, dah kena jeling. Huhuhu.. nak buat camno.. 

Isnin datang lagi... yelah kalu tak datang dan berulang tu namanya masa duniani dah makin singkat sangat dah tukan. Pagi isnin yang agak tegang buat aku. Banyak barang aku yang tertinggal. Beg make up aku, Slip gaji aku (nak buat loan) dan macam-macam lagilah. mujurlah hand phone aku tak tertinggal. 

Pagi juga, aku salah ikut jalan. sepatutnya aku melencong ikut jalan yang agak jauh tapi kurang jammed, berbanding ikut jalan singkat tapi jammed teruk. Tambah lagi ada sedikit pelanggaran antara kereta depan aku dengan kereta depan satu lagi. Tuan punya kereta yang kena langgar dah bengang giler (yelah kalau aku kena langgar dari belakangpun aku dah bengang gak. keta putih kot.. hahaha)

Tapi, yang membuatkan darah aku menggelegak tu, boleh pula tuan punya kereta tu keluar, siap ambil gambar dan ambil nombor phone orang yang langgar kereta dia. Adeh.. sikit aje kot. Hello orang dah lambat masuk pejabatlah.. dan yang paling aku bengang, bila mereka duduk di lane jalan untuk terus sedangkan mereka nak ke kanan. Adeh.. aku dah lambat nak punch kad ler... 

Memang menggelegak darah aku pagi tadi.. ades.. sakit jantung mak. Hmm.. nak buat camnekan, kerja turut satu ibadah.

oklah nak sambung kerja ni wassalamu...



3 ulasan:

dya bunga berkata...

pagi td pun dya kelam kabut jgk.. slalu jln tu xjammed tp hrini jammed plak.. terpaksa ikut jln lain..nasb baik sempat thumbprint..hihi

Syaz Blackrose berkata...

Kan.. ada kawan tu. Keluar simpang rumah trus jammed dah. Huhuhu.. akkni xpernah2 keluar surat lmbt dah kena keluar surat lmbt

Syaz Blackrose berkata...

Kan.. ada kawan tu. Keluar simpang rumah trus jammed dah. Huhuhu.. akkni xpernah2 keluar surat lmbt dah kena keluar surat lmbt