Isnin, September 30

Blues Monday #36

Assalamualaikum...


Hari ni aku rasa kepala aku ada sedikit weng, Kepala ku memberat. Nak tido, nak rehat sumer ada dalam satu. Aku takkan dapat bersenang lenang selagi semua benda tak siap lag. Esok tarikh akhir hantar Self made dictionary anak teruna kesayangan aku. aku lambat tido semalam disebabkan nak siapkan buku tu lah.

Mood hari aku kelaut.. nak berlawak pun tak larat. Tulah gatal lagi, semalam kami sekeluarga pergi ke Nilai 3 shopping lampu huhuhu.. jauh tu mcm di Klang takde lampu kan.. hahahaha.... sudahnya hari kepala aku pening sepeningnya.. kena urut sedap nih.

Hmmm.. Aku nak telan panadol actifast jap...keja kena buat gak nih... tapi antara panadol dengan tido aku pilih tido tapi apakan daya time kerja nih...........

Wassalam.....

Isnin, September 23

Blues Monday #35

Assalamualaikum.....

Petang semalam aku dan hubby mendapat berita sedih dari abang ipar aku. Kami diberitahu abang ipar hubby masuk hospital sebab sesak nafas dan dalam keadaan tenat. Pada jam 8 malam pula kami diberitahu yang birasku itu telahpun meninggal dunia.

Tepat jam 6 pagi tadi, Kami sekeluarga bertolak ke Ipoh. Jam 10 lebih kami sampai ke rumah jenazah di hantar iaitu rumah ibu Allahyarham di Kampung Gunung Rapat Tambahan dan hampir sampai masa untuk jenazah di sembahyangkan dan dikebumikan.

Takziah buat keluarga Kakak Iparku. Sedihnya hati melihat muka-muka yang sedang kewalangan kerana pemergian ketua keluarga yang disayangi. Apakan daya itu janji Allah yang pasti. 

sekadar gambar hiasan

Sesugguhnya, Walaupun sihatnya kita, gagahnya kita, sempurnanya kita, bila janji Allah telah tiba dan ditakdirkan ajal bakal menjemput, ia tetap tiba jua tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun kecuali dengan izin-Nya.

Marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat Allahyarham.....

Sabtu, September 21

Percutian Ke Sabah @ Siri 2 at Kundasang, Sabah on 2013


Assalamualaikum..

Bersambung balik kita, pasal Kundasang, Sabah. Akhirnya orang yang ditunggu tiba juga. Ma sampai tika kami sedang menjamu selera di KFC, Kundasang. Selesai menjamu selera kami ke Desa Dairy Farm pula untuk melihat lembu Tenusu dan merasai susu buatan ladang itu sendiri. Sedap jugak lain dari rasa susu kotak. Sangat berkrim dan di sukai ramai hehehe...
Perjalanan ke Desa Cattle (jalan masuk ke Museum war) dan ladang lembu. Sayup jauh lembu-lembunya
Sesampai di Desa Cattle, kami terus ke tempat anak-anak lembu dan kambing di ternak
dengan RM 2 untuk secekak rumput boleh dibeli untuk merasai memberi makan kepada anak-anak kambing dan lembu.
Apa walidnya pegang diapun nak pegang gak...
Tepat jam 3 petang, lembu-lembu dikumpulkan di kilang untuk proses pemerahan berlaku. Masa ni aku tak sempat nak tunggu sebab nak ke poring.
Bergambar dahulu sebelum balik. Kami berpossing dalam hujan ahaks..

Dah puas tengok lembu dan bergambar di 'Batu Lembu' (itu yang aku gelar untuk batu tu), Kami ke Ranau pula untuk ke aktiviti seterusnya. Kami bergerak ke Poring Hot Spring, Ranau untuk melihat keindahan alam dan mandi di kolam air panas.
Perjalanan ke Poring, Jammed sesaja jalan masani.. nak mengundi, kenalah jalan cantik yer tak?

Kami sampai di Poring dekat jam 4 lebih, kami tak dapat nak jalan-jalan dalam kawasan poring tu. Kawasan kolam pula tak dapat tangkap gambar sebab kami dilarang untuk mengambil gambar. Kami mandi sahaja dalam kolam-kolam air panas yang telah dibina khas manakala air panasnya di bekalkan melalui paip-paip yang disalurkan dari kolam air panas sediada. Huhuhu.. amat tak semulajadi....

Disebabkan kami sampai ke Ranaupun agak lewat, kami tak sempat nak ke Kampung Luanti untuk Fish massage. Tak sempat aku nak merasa dikerumun oleh ikan-ikan kelah.. Aku dengar cerita best.. amat kempunan.

Untuk makan malam, kami ke Lohan Hause, Di Ranau agak susah untuk mendapatkan kedai makan yang diyakini halal dan tidak bercampur dengan yang tidak halal.
Sambil makan, sambil melihat-lihat kawasan sekitar. Ok juga bilik-bilik yang ditawarkan. Hargapun berpatutan. Boleh dijadikan tempat tinggal untuk next trip andai berkesempatan.

Tamat untuk hari ke-dua kami di Kundasang dan Ranau. Nanti aku sambung lagi untuk Hari ketiga di Sabah.

Isnin, September 9

Blues Monday #34

Assalamualaikum...

Blues Monday hari, aku takde mood, 

Harini anak teruna aku terpaksa di cutikan dari  tadika. Anak teruna aku demam, Maghrib semalam dia start demam. Aku hantar dia ke pusat jagaan jer. Mujurlah masih ada stok ubat demam dia lagi, so aku bekalkan dia ubat demam di sana. Dengan kerja melambak, susah aku nak amik cuti. Lagipun, anak teruna akuni kalu demam, waktu siangni dia tak macam orang demam. Aktifnya ngalahkan orang sihat. Bila malam menjelang barulah start nak panaslah sakit kepalalah, sakit perutlah... Lama dah rasanya anak teruna nih tak demam dengan sendiri. Biasanya dia demam sebab lain, macam haritu dia demam sebab kemalangan kat belakang kepala. 

Salah satu sebab aku takde mood sebab kereta aku dah mula buat hal. Lepas satu-satu jadinya. Dari aircond, lampu brake, sekarangnih semput pulak... Bilalah Hubby boleh dapat roadtax kereta charade aku nih.... tensenlah....

Adeh... hailah.. badan...

Jumaat, September 6

Freaky Friday #25

Hikmah Penciptaan Lalat


Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalt itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali hinggap di muka Al-Mansur dan berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya. Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti. Dia berfikiran: "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung".

Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq:"Wahai Abu Abdullah! Untuk apa Allah menciptakan lalat?"

"Agar dengan lalat itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu, Al-Mansur dia. Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.

Rabu, September 4

Lirik Lagu Ainan Tasneem - 150 Juta

Ainan Tasneem - 150 Juta

Untuk kali ke seratus lima juta
Mereka tanyakan soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Disetiap seratus lima pulus jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih Bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua.
 
 

Suka pulak aku layan lagu ainan tasneem nih, lagu selamba.. masih teriang-iang laguni di dalam kepala.. layan....

sumber rujukan oleh pucheh07

Percutian Ke Sabah @ Kundasang, Sabah on 2013

Assalamualaikum..

Hahaha.. lama giler aku peram kisah ni. Dari sehari ke sehari aku nak update kisah Sabah aku, asyik tertangguhjer.. Jom kita sambung kisah Sabah aku dan family ek.

Pagi pertama di Celyn Resort, menarik perhatian aku. Aku tarik balik perkataan menyesal aku booking di Celyn Resort tu.Pagi di sana memang amat indah, sungguh aku bersyukur dengan ciptaan Allah s.w.t. Aku kagum melihatnya. Memang cantik. Kenangan yang manis buat aku. Pagi-pagi lagi Abah aku dah ketuk pintu bilik kami beritahu pasal matahari terbit, tapi sebab aku siap lambat, keluar bilikjer matahari dah naik hehehe.. takpe esok masih ada. Jom tengok gambar suasana pagi di lembah kundasang.
Suka aku tengok cahaya pagi di awan, mendamaikan...
Gambar yang paling aku suka, awannya bagaikan dipotong menjadi 3 bahagian
Suasana pagi di bahagian gunung Kinabalu, sangat bersih dan masih belum di liputi oleh kabus.
Seperti biasa, possing dan gambar itu perlu..
Anak bertuah, konon-konon dah besarlahnih.. nak tido sorang. Boleh pula dia tido dalam Almari. Bukan paksaan oleh Ummi dan Walidnyer yek.. Nih bila dah tido cukup susah nak kejut bangun. Umpan dengan anak Pn. Ana baru nak cepat bangun dan mandi.
Bergambar dan berpossing sebelum sarapan
Si kembar, Si kakak, anak teruna dan My Hubby

Program pertama, kami ke Timpohon Point dahulu untuk melihat alam dan melihat gunung kinabalu. Harga tiket masuk adalah RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Manakala untuk ke Timpohon Point dengan Pajero pula adalah RM 7 seorang kalau tak silap akulah.
Possing dulu sebelum naik ke Timpohon Point
Kami dah sampai di Timpohon Point.
Bermain dengan Orkid
Possing lagi beramai-ramai pula
Pose jangan tak pose
Tengoklah budak berduani, bermain, berlari macam tempatni dema punyer...
Tupai yang terkecil di Borneo
Si Gagah Perkasa (Huhuhu.. jangan muntah..)
Si Debok dan Si Gagah...(Muahahaha..)

Dah puas bergambar dan berposing, kami ke pekan Kundasang untuk pergi ke Memorial War Museum. Ikutkan malas aku nak kesini, tapi sebab nak menghabiskan masa sambil menunggu Ma sampai dari Semenanjung. Jomlah kita layan gambar lagi.
Possing sesajer
Again
Suka gambarni sweet sangat tempatnye
Gambar bertiga sebab ma tak sampai lagi, hubby pegang camera, anak teruna dah jumpa geng dah menghilang mana ntah
Anak teruna tengah sibuk bermain dengan kumbang. First time tengok tu yang jakun tuh. 

Ok sampai sini dulu cerita aku, takut banyak sangat gambar aku nak upload nanti berat pulak nak bukak. Lepas keluar dari War memorial museum nih, kami mencari tempat makan tengah hari sambil menunggu ma sampai ke kundasang. Puan Ana pula balik ke resort untuk rehatkan anak-anaknya.

Selepas ini, aku sambung cerita di Desa Farm pula. Huhuhu.. citer dah bertahun barunak update...

Wassalamu...


Baca Kisah Sebelum:
Percutian Ke Sabah 2013

Kisah seterusnya
Siri 2 @ Kundasang

Isnin, September 2

Blues Monday #33

Sakit Perut + Jalan Sesak Di Pagi Hari


Assalamualaikum..

Pagi-pagi tika aku ke tempat kerja dan done punch card, aku tengok jalan depan Office sesak giler, nak ke kiri dan kekanan penuh dengan kereta orang nak ke tempat kerja. Tak pernah-pernah jalan depan tempat kerja aku penuh sesak dengan kereta selalu kalau sesak sebelahjer sesak, kalau sesak pun tak lah jauh mana sesaknye. Ini jammed jauh nye hampir  lebih 5 kilometer kot jauhnya.

Nasib baiklah hari ni Hubby yang hantar naik motor, kalau naik kereta mau tak sampai office nampaknya aku. Mungkin ada kemalangan di jalan besar or di tengah bandar Klang, entahlah..