Rabu, September 4

Percutian Ke Sabah @ Kundasang, Sabah on 2013

Assalamualaikum..

Hahaha.. lama giler aku peram kisah ni. Dari sehari ke sehari aku nak update kisah Sabah aku, asyik tertangguhjer.. Jom kita sambung kisah Sabah aku dan family ek.

Pagi pertama di Celyn Resort, menarik perhatian aku. Aku tarik balik perkataan menyesal aku booking di Celyn Resort tu.Pagi di sana memang amat indah, sungguh aku bersyukur dengan ciptaan Allah s.w.t. Aku kagum melihatnya. Memang cantik. Kenangan yang manis buat aku. Pagi-pagi lagi Abah aku dah ketuk pintu bilik kami beritahu pasal matahari terbit, tapi sebab aku siap lambat, keluar bilikjer matahari dah naik hehehe.. takpe esok masih ada. Jom tengok gambar suasana pagi di lembah kundasang.
Suka aku tengok cahaya pagi di awan, mendamaikan...
Gambar yang paling aku suka, awannya bagaikan dipotong menjadi 3 bahagian
Suasana pagi di bahagian gunung Kinabalu, sangat bersih dan masih belum di liputi oleh kabus.
Seperti biasa, possing dan gambar itu perlu..
Anak bertuah, konon-konon dah besarlahnih.. nak tido sorang. Boleh pula dia tido dalam Almari. Bukan paksaan oleh Ummi dan Walidnyer yek.. Nih bila dah tido cukup susah nak kejut bangun. Umpan dengan anak Pn. Ana baru nak cepat bangun dan mandi.
Bergambar dan berpossing sebelum sarapan
Si kembar, Si kakak, anak teruna dan My Hubby

Program pertama, kami ke Timpohon Point dahulu untuk melihat alam dan melihat gunung kinabalu. Harga tiket masuk adalah RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Manakala untuk ke Timpohon Point dengan Pajero pula adalah RM 7 seorang kalau tak silap akulah.
Possing dulu sebelum naik ke Timpohon Point
Kami dah sampai di Timpohon Point.
Bermain dengan Orkid
Possing lagi beramai-ramai pula
Pose jangan tak pose
Tengoklah budak berduani, bermain, berlari macam tempatni dema punyer...
Tupai yang terkecil di Borneo
Si Gagah Perkasa (Huhuhu.. jangan muntah..)
Si Debok dan Si Gagah...(Muahahaha..)

Dah puas bergambar dan berposing, kami ke pekan Kundasang untuk pergi ke Memorial War Museum. Ikutkan malas aku nak kesini, tapi sebab nak menghabiskan masa sambil menunggu Ma sampai dari Semenanjung. Jomlah kita layan gambar lagi.
Possing sesajer
Again
Suka gambarni sweet sangat tempatnye
Gambar bertiga sebab ma tak sampai lagi, hubby pegang camera, anak teruna dah jumpa geng dah menghilang mana ntah
Anak teruna tengah sibuk bermain dengan kumbang. First time tengok tu yang jakun tuh. 

Ok sampai sini dulu cerita aku, takut banyak sangat gambar aku nak upload nanti berat pulak nak bukak. Lepas keluar dari War memorial museum nih, kami mencari tempat makan tengah hari sambil menunggu ma sampai ke kundasang. Puan Ana pula balik ke resort untuk rehatkan anak-anaknya.

Selepas ini, aku sambung cerita di Desa Farm pula. Huhuhu.. citer dah bertahun barunak update...

Wassalamu...


Baca Kisah Sebelum:
Percutian Ke Sabah 2013

Kisah seterusnya
Siri 2 @ Kundasang

4 ulasan:

OKje berkata...

Cantiknya Syaz....untunglah dapat berjalan2 jalan

Unknown berkata...

bestnye jenjalan sabah.. sy lom penah lagi sampai sana... padahal hubby mmg org sabah haha.. sbb x ke sana family hubby mmg smua kat sini..tp camne pun 1 day nak jugak ke sana... cantik2 tmpt kat sana kan..

Firdausy CiLiKku berkata...

ish..ish.. memang cantik2 tempatnyer deqla. melihat negeri orang. boleh bandingkan kat sini yang elok kita ambillah buat panduan masa kat sini.

Firdausy CiLiKku berkata...

berjalan masa tgh ada duitjer okjer.. takder duit duklah diam2 kat klang nih.. hehehe.. (mencari ketenangan dan larikan diri seketika dr kesesakan dan sakit otak kat opis.)