Rabu, November 13

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Hari Kualiti


Assalamualaikum..

Semalam tempat aku bekerja, berlansungnya Majlis besar di tempat kami, Buat mereka yang mendapat anugerah APC ni, memang merupakan hari yang paling bermakna dalam hari-hari bekerja mereka. 

Kebiasaan kami sebelum ini, majlis ini selalunya diadakan di waktu malam bolehlah dikatakan dinner APC dan malam glamor bagi mereka yang dapat anugerah. Namun, tahun ini mereka hanya diraikan diwaktu pagi hari bekerja dan diikuti dengan 3 acara serentak atas arahan Dato' YDP baru kami. Huhuhu.. jimat sungguh dah nih.

Aku pula menyibukje kat dalam majlis tu, lebih kepada bergaya dan menjadi pak pacak eh silap mrs pacak kat depan booth QE, dalam erti kata lain kami menjaga pameran booth QE gitu.. jagalah sangat...

 VVIP di atas pentas mengangkat ikrar
 Ahli majlis, pengarah, penerima anugerah dan kakitangan yang hadir bangun untuk menyanyikan lagu negeri Selangor dan lagu Majlis
 Ahaks.. inlah kami yang serba vogue, serba ayu, serba anggun, serba cun dan serba smart untuk yang tengah tu, semuanya kamilah....kikiki..ceh puji diri sendiri nampak.. sape lagi yang nak puji kalau tak diri sendiri yer tak? mwahahahaha.. 
El salah seorang dari group kami yang menerima anugerah. Tahniah buat El, you memang layak.

Tahniah buat penerima anugerah cemerlang, rezeki anda di situ. Samaada ada yang mengatakan anda layak atau tidak, itu hanya bagi manusia yang menilai, namun semua itu datang dari Allah S.W.T, rezeki yang diberi dari NYA kerana hanya dia yang menentukan segalanya.




3 ulasan:

Unknown berkata...

singgah sini... :)

Mimie berkata...

wah serba biru la...

Pha Is berkata...

tahniah buat mereka yg dapat anugerah..