Sabtu, November 9

Fireworks Show at Putrajaya 2013


Assalamualaikum..

Lama dah aku peram gambar-gambarni. Harini barulah aku berpeluang mengupdate cerita pasal pertandingan bunga api kat putrajaya yang dah lama berlalu pada bulan sembilan yang lepas.

Sebenarnya, inilah kali pertama aku pergi tengok pertandingan bunga api kat Putrajaya. Selalunya aku baca kat surat khabarje pasalni. Nak ke sana (Putrajaya) masa macamni, memang bercintalah dan jangan haraplah dapat tengok dengan mudahnya, memang dijangka akan menempuh jalan yang agak sesak dan orang yang ramai.

Entah macam mana aku tergerak hati nak ke Putrajaya tengok pertandingan bunga apini. Kebetulan pula, anak teruna aku tidur di rumah opahnya Mem Ita, so kononnya nak mengembirakan anak terunanih, akupun buat plan nak tengok bunga api. Memang sesungguhnya menyeksakan masa nak sampai dengan masa nak balik. Bercinta aku dalam kereta. Masak..masak... inilah 1st and last time aku kesana nak tengok bunga api.

Jom Layan gambar..











Tempat kami tengok fireworks
masa untuk balik

   Masa balik pula, kami menunggu hampir 1/2jam sebelum bertolak balik. Akhirnya aku tak sabar nak balik juga, akhirnya kami buat pilihan untuk bertolak balik juga. bercinta jugaklah nak keluar dari putrajaya.. hai... nasiblahkan.. Inilah agaknya 1st and last aku datang tengok bunga api. huhuhu...(hahaha.. bila baca balik post aku cam kelakaujer ayatnyer.. inilah padahnya kalau taip masa mata tengah mengantuk.. )

aku baiki balik ayatnyer yer..

Masa nak balik kami menunggu sekejap kononnya untuk menunggu keadaan trafik reda. Yelah tak larat rasanya nak tempoh jammed, lenguh lutut dengan kaki aku. Dekat 1/2 jam juga lah kami menunggu, akhirnya anak teruna dah mula bosan dan dah bising nak balik, kami pun gerak juga untuk balik. Macammana datang macam tu jugalah nak balik, tersengguk-sengguk kereta bergerak. Nak masuk bercinta, nak keluarpun bercinta sengaljer...memamg menguji kesabaran betul...

2 ulasan:

Isabel Diaz berkata...

Cantiknya

Syaz Blackrose berkata...

hahha.. nilah padahnya taip entry masa mata kuyu.. ntah apelah yg di ngarutkan.. cantik sgt isabel.. dapat tgk live lg best tp bercita nak sampai