Sabtu, November 2

Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan Di Giat Mara

Assalamualaikum...


Sebulan yang sudah, aku ada mengikuti kursus solekan dan terapi kecantikan 1Malaysia, secara percuma di Giat Mara Shah Alam. Asyik cerita backlog sesaja aku nih kan? hmm nasibla, kot kome ada selera nak membaca entrini baca lah, mika tak paksa hehehe.. Kelas yang perlu di hadiri sebanyak 4 kali dan 5 Modul yang akan dipelajari. Kelasnya hari sabtu dan ahadjer, so 2 kali sabtu dan ahadlah aku kena spend masa di sana. Seronok jugak, belajar benda baru. Walaupun muka aku jarang-jarang aku solek, tapi apa salahnya nanti kalau ada orang nak mintak khidmat aku untuk menyolek bolehjer aku tawarkan hehehe...

Bermula dengan Hari sabtu minggu pertama, kami belajar mengenai solekan untuk majlis siang dan Malam
Model yang mengofferkan diri untuk disolek oleh cikgu terlatih


 Mangsa solekan aku auntie Paru, sebelum dan selepas.


Hari ahadnya pula, kami belajar solekan fotografi


My indian ladybird


 aku pulak jadi mangsa contengan auntie


Sabtu minggu kedua pula, aku belajar solekan pengantin
Pengantin aku dan aku yang turut di solek

Hari ahadnya pula, aku belajar buat solekan pentas. Tak sanggup pula rasanya muka aku di conteng lagi,


Model cikgu solek kami.
Yang ini pula, mangsa solekan kami. 

Ngeri pulak aku tengok, nak kata macam pontianak pun ada, macam mangsa eksidenpun ada eeii.. tak sanggup pula aku nak tengok lama-lama. Serius aku tak pandangpun gambar ni masa aku taip ayat nih..Nak muntahpun ada nih.. Kawan sebelah aku cakap macam zombi.. 

Oh yea, ini pula hasil solekan aku selepas habis belajar kursus.
sebelum solekan dan selepas solekan, cantik tak? macam cantik jer, macam cantikjer, macam cantik jer. hehehe...

Oklah sampai di sini dahulu entri aku. Wassalam.. semoge hari esok adalah hari yang penuh keberkatan buat ku dan buat anda semua.. Amin

15 ulasan:

hainom OKje berkata...

Okhe pun macam suka jugak kalau bab belajar menyolek ni Syaz...tp yg solekan fotografi tu mcm kesian je Syaz hehe

Syaz Blackrose berkata...

hahah okje.. siap sedialah untuk muka tu di solek dgn teruknyer..

Tanpa Nama berkata...

Mana akak dapat info pasal kursus ini ye ? boleh share link tak ? tq

Syaz Blackrose berkata...

pergi ke giat mara mana2 yang terdekat, or boleh buka website giat mara. setiap giat mara ada kursus2 khas yang di jlnkan. tanyakan mengenai kursus 1 malaysia, anda akan di beri penerangan mengenainya

nurarlina berkata...

Sy brminat. .mcm.new nk mohon

Syaz Blackrose berkata...

try buka laman web ni
http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html
klik negeri, lepas tu tengok kursus yang ditawarkan ikut cawangan. Andai berminat dengan kursus 1 malaysia tu, kena cari 30 org kawan2ke sedara2 untuk cukupkan kuota. lepas tu call giatmara tersebut untuk buat arrangement untuk tarikh kelas setiap sabtu dan ahad.

princess ash..... berkata...

salam..saya jana, bulan depan masuk kursus ni secara fulltime kat giatmara jugak..bila tengok blog akak ni, baru paham sikit apa belajar nanti..info yang sangat bermanfaat..

Syaz Blackrose berkata...

tahniah jana... kalu belajar kat shah alam, tolong tanya kan sijil saya.. dah setahun dah sijil tak dapat2 nih... huhuhu...

Misshel Misshel berkata...

Helo

Misshel Misshel berkata...

Mcm mna mau pohon ni

Syaz Blackrose berkata...

misshel, try buka laman web ni
http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html
klik negeri, lepas tu tengok kursus yang ditawarkan ikut cawangan. Andai berminat dengan kursus 1 malaysia tu, kena cari 30 org kawan2ke sedara2 untuk cukupkan kuota. lepas tu call giatmara tersebut untuk buat arrangement untuk tarikh kelas setiap sabtu dan ahad.

Aenmustapha berkata...

Bole bgtau cara nak join tu huhu . Ws saya pleasee 0199282009

Syaz Blackrose berkata...

Sis Aen mustapha.. maaf yer.. lmbt reply. mingguni saya agak kesibukan sedikit.. nanti ada masa saya reply ke ws sis yer..

Tanpa Nama berkata...

Boleh tnya..msa Belajar kena make up muka sendiri ke?

Syaz Blackrose berkata...

Buat yang bertanya, masa belajar tu mmg kena make up muka. Tapi, tidaklah kena make up sendiri. kita akan disuruh cari partner then, kita make up muka partner n partner kena make up muka kita pulak. yelah nak belajar kenalah ada modelnya kan...