Assalamualaikum w.b.t..
Huhuhuhu... aku tengah buat maraton entry nih... muehehehe.. jenuhlah kome nak baca entry aku...muehehehe...
Entry kali ni pasal anak teruna aku yang kena denggi pada bulan 9 yang lepas. Mujurlah dia kena tu masa cuti sekolah, kalau tidak jenuh juga aku nak kena bagitahu pihak sekolah pasal ketidak hadiran anak teruna ke sekolah. Kesian aku tengok dia, mulanya dia demam macam biasa, ingatkan lepas tiga hari dah ok, dan akupun hantar ke Pusat Jagaan, tapi bila petang dia demam balik masatu aku dah mula pelik dan rasa was-was. Dekat 2 hari jugalah jadinya. Khamis malam Jumaat aku bawa anak teruna ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Alhamdulillah orang tak ramai dan akupun menunggu tak lama. Masa ambil darah, doktor bagitau patlet darah anak teruna dah drop ke 75 kalau tak silap aku. Terus kena masuk wad. Hampir tengah malam jugalah baru dapat katil. Kami kena tahan dalam wad kuarantin, hanya seorang penjaga dan seorang pelawat sahaja dibenarkan. Jenuh jugalah, nak tidur pun susah. Sakit badan, mengantuk semua ada. anak teruna lagi kesian, selang 2jam kena ambil suhu lah, darah lah.. naik pucat muka anak teruna aku.
Kena denggi nikan kena masuk airje.. di samping tu kena minum air jugak. Punyalah jenuh aku nak suruh anak teruna aku ni minum air.. nak kena cukup 1.5 liter air sehari. Memang jenuh.. siap kena paksa lagi. Genap 3 hari 4 malam jugalah anak teruna aku berumah tangga kat hospital. Aku pula, malam terakhir baru dapat tidur atas katil di rumah setelah badan aku sakit-sakit tidur atas kerusi malas. Tak mahu dah duduk hospital.. sengsara huhuhuhu....
Masuk-masukje dah kena pasang jarum
Muka sakit kena ambil darah
Pucatje.. tak mahu minum air
Hari sabtu pun tak bukak lagi drip nya
Jiran katil anak teruna, tidur sesaja. Masuk pagi-pagi lagi, petang tali drip dah kena bukak.
Tak mampu aku nak duduk hospital dah.. tak laratlah.. makin sakit lagi ada.