Jumaat, Disember 26

Freaky Friday #40





Assalamualaikum wbt...

Entry Freaky Friday aku hari ini aku taip awal dan post awal kira buat schedule la. Almaklumlah, hari ni aku tak dapat nak update entry macam biasa sebab aku tengah sedap bermandi-manda dan berjimba-jimba kat Melaka sekarang ni.. sorrylah na.. jom baca kisah Rasulullah SAWni.


ELAKKAN SYIRIK DAN TAKBUR

Satu hari ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya sedang bertemu, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang bejubah hijau yang dihiasi sutera. Kemudian Rasulullah SAW berkata, "sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda, anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala, anak pengembala."

Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah pakaian lelaki itu melambangkan keangkuhan si pemakainya.

Rasulullah SAW menghampiri lelaki berjubah hijau itu dan memegangnya kemudian baginda menegur, "Sebenarnya engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal."

Lelaki berjubah hijau itu diam sahaja sambil membiarkan Rasulullah SAW membelek-belek jubah yang dipakainya.

Rasulullah SAW seterusnya berkata, " Satu ketika, Nabi Nuh AS ketika nazak menghadapi kematian, beliau berpesan kepada anaknya. Katanya, anakku, aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku mahu mengingatkan kamu melakukan dua perkara dan tidak melakukan dua perkara."

"Apakah dua perkara yang ayahanda maksudkan itu, ya ayahanda?"

"Aku perintahkan kamu dengan Laa ilaaha illallah. Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu timbangan dan Laa illaaha illallah diletakkan di satu timbangan yang lain, sudah pasti Laa illaaha illallah itu lebih berat. Jika tujuh petala langit dan bumi berada di satu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa illaaha illallah. aku juga perintahkan kamu dengan tasbih dan takbir itu akan membawa kesejahteraan dan kemurahan rezeki," ujar Nabi Nuh AS.

"Apakah dua perkara merti ditinggalkan, ya ayahanda?"

"Tinggalkan syirik dan takbur."

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya, "Mengenai syirik, kami sudah faham iaitu tidak menduakan Allah, tetapi apakah dikatakan takbur jika memakai kasut dengan tali yang baik?"

"Itu tidak dikatakan takbur," jawab Rasulullah SAW.

"Bagaimana jika seseorang itu memiliki perhiasan dan dia memakainya, apakah itu juga dikatakan takbur?"

"Itu juga tidak dikatakan takbur."

"Bagaimana jika dia duduk dikalangan kami mempunyai ramai teman kemudian dia duduk bersama-sama temannya, adakah itu juga dikatakan takbur?"

"Itu pun tidak dikatakan takbur."

"Kalau begitu, bolehkah Rasulullah jelaskan apakah yang dikatakan takbur itu?" Tanya sahabat yang inginkan penjelasan.

"Takbur ialah meremeh-remehkan kebenaran dan menindas manusia," jelas Rasulullah SAW dan semua sahabat berpuas hati dengan jawapan itu.

Tiada ulasan: