Assalamualaikum...wbt
Tangan Melecur Ketika Bermimpi
Seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW sambil menyembunyikan tangannya ke dalam poket bajunya. Ini membuatkan Rasulullah SAW tertanya-tanya mengapa lain benar sikao gadis itu. Daripada raut wajahnya, jelas menampakkan seperti ada masalah seperti ada masalah berat yang sedang ditanggungnya.
"Wahai anakku, mengapa wajahmu muram seolah-olah sedang menahan kesakitan dan mengapa kamu menyorokkan tangan kamu?' Tanya Rasulullah SAW sambil memandang wajah gadis itu. Setelah beberapa ketika teragak-agak untuk bersuara, akhirnya gadis itu menjawab, "Ya Rasulullah, saya sebenarnya anak yatim piatu. Malam tadi saya bermimpi. Bepunca daripada mimpi itu tangan saya menanggung kesakitan."
"Jika anakku tidak keberatan, ceritakanlah apa mimpimu malam tadi?"
Gadis itu tunduk seolah-olah bersedih dan memberitahu, "Aku bermimpi berjumpa ibuku di neraka."
"Apa yang berlaku seterusnya dalam mimpi itu, anakku ceritakanlah jangan malu."
"Keadaan ibuku sangat menyedihkan. Ibu meminta diberikan air akibat terlalu panas dan kehausan sehingga keringatnya tidak mampu keluar lagi," kata gadis itu sambil menahan sebak. Dia berhenti sejenak daripada bercerita.
Setelah perasaannya kembali reda, gadis itu menyambung, "Kemudian aku melihat tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya sehelai tuala kecil. Ibuku mengibas-ngibaskan keju dan tuala untuk menghalang api daripada membakarnya. Selepas itu saya bertanya, mengapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hayat ibu ku seorang yang patuh dengan ajaran agama dan isteri yang taat kepada suaminya?"
"Apa kata ibumu, anakku?"
"ibuke memberitahu ketika hayatnya dia amat bakhil hanya dua benda saja yang disedekahkan iaitu seketul keju dan sehelai tuala sedangkan kepada perkara-perkara lain, ibu hanya menunjuk-nunjukkan kelebihan hartanya sahaja," cerita gadis itu lagi.
"Apa yang berlaku seterusnya?"
"Aku kemudian mencari ayahku. Rupa-rupanya dia berada di syurga sedang menikmati hidangan yang lazat-lazat dan minum dari air telaga nabi. Ayah memang terkenal kuat amalannya dan seorang dermawan. Lalu aku memberitahu ayahku mengenai penderitaan ibuku."
"Ayahku, ibu sedang menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu kerana ketika hidup ibu sangat mentaatimu dan perintah agama?"
Lalu dijawab oleh ayah gadis itu, "Anakku, sesunguhnya ayah dan semua penghuni syurga dilarang oleh Allah daripada memberi walaupun setitik air kepada ibumu kerana itu balasan bakhil yang dilakukan ketika di dunia."
"Ya Rasulullah, oleh kerana saya kasihan melihat ibu menerima azab, lalu saya mencedok sedikit air untuk saya bawa ke neraka. Belum sempat air itu mencecah bibir ibu saya, api neraka telah menyambar tangan saya melecur teruk," cerita gadis itu mendapat simpati Rasulullah SAW.
"Sebab itulah kamu datang kepadaku dan menceritakan masalah kamu? Tanya Rasulullah SAW sambil memandang gadis itu yang menangis.
Kemudian Rasulullah SAW meletakkan tongkat ke tapak tangan gadis itu sambil menadah tangan dan memohon kepada Allah memberikan petunjk. Katanya, "Ya Allah, jika benar mimpi gadis ini, sembuhkalah tangannya supaya ia menjadi ikhtibar kepadanya dan semua umat Islam."
Dengan berkat doa Rasulullah SAW, akhirnya tangan gadis yang melecur itu sembuh dan ternyata gadis itu sangat gembira dan berhenti menangis.
Sebelum gadis itu pulang, Rasulullah SAW berpesan, "Banyakkanlah berdoa dan berzikir. Pahalanya kamu berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan dosanya akan diampunkan Allah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan