Assalamualaikum wbt...
Semalam warga Selangor bercuti menyambut hari lahir Sultan Selangor. Seronok jadi Sultan yek, satu negeri ingat dan bercuti kerana hari itu hari lahirnya. Hehehe...
Last week, aku pergi servis kereta hitam aku. Melayanglah juga RM 200++ duit Hubby aku, muehehehehe.. acilahkan aku tukang bayar bulan-bulan, hubby aku pula, tukang bayar duit servis. Akan datang, genap 60K KM, kena bayar dekat RM1K abeslah... boleh pula aku diminta kongsi bayar...... ish..ish..ish.. macam tak relajer.... boleh tak aku minta dia kongsi bayar duit kereta hitam tu juga, aci tak? aci tak? aci... tak..? Muehehehe...Jomlah kita baca Kisah Rasulullah.
BIJAKSANA TERHADAP ISTERI-ISTERI
Pada satu ketika isteri-isteri Rasulullah SAW menemui baginda. Mereka diktuai oleh Siti Aisyah RA. Apabila melihat isteri-isterinya beramai-ramai menemuinya, sudah pasti ada sesuatu yang hendak diadukan. Begitu detik Rasulullah SAW ketika melihat wajah isteri-isterinya yang ceria.
Rasulullah SAW meminta isteri-isterinya duduk bersila mengelilingi satu bulatan. Setelah bertanya khabar, Rasulullah SAW meminta salah seorang isteri-isterinya mengemukakan permasalahan masing-masing.
Siti Aisyah RA yang mengetuai pertemuan itu berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara isteri-isteri Rasulullah yang Rasulullah paling sayangi?"
Rasulullah SAW memandang wajah isteri-isterinya dengan penuh rasa kasih sayang dan tidak pernah membeza-bezakan di antara satu sama lain. Tetapi apabila ditanya, siapakah yang paling disayangi di antara isteri-isterinya, Rasulullah SAW tidak mahu menyinggung perasaan mereka ketika itu.
Rasulullah SAW tidak memberikan jawapan pada ketika itu sebaliknya, baginda akan memberikan jawapan pada hari yang lain. Kemudian isteri-isteri baginda pulang ke rumah masing-masing dengan harapan mereka yang paling disayangi Rasulullah SAW.
Seperti kebiasaannya apabila Rasulullah SAW bersama dengan isteri mengikut giliran masing-masing, sebelum beredar, baginda menghadiahkan sebentuk cincin untuk setiap orang isterinya dan berpesan supaya jangan menberitahu hadiah itu kepada isterinya yang lain.
Setelah kesemua isterinya mendapat cincin, mereka diminta untuk berkumpul kerana Rasulullah SAW akan memberitahu siapakan isterinya yang paling disayangi.
Dikalangan mereka ada yang sudah membuat andaian bahawa Siti Aisyah RA adalah isteri yang paling disayangi kerana Siti Aisyah RA merupakan isteri yang paling muda. isteri-isteri baginda sudah berdebar-debar siapakah yang menjadi pilihan isterinya yang paling disayangi.
Sebaik sahaja isteri-isterinya berkumpul, Rasulullah SAW menghampiri mereka dan dengan hati yang tenang serta wajah yang riang, Rasulullah SAW memberitahu, "Jika kalian ingin tahu, siapakah isteri yang paling ku sayangi ialah mereka yang mendapat hadiah cincin dariku."
Mendengar jawapan Rasulullah SAW itu, tersenyumlah kesemua isteri-isterinya kerana beranggapan hanya mereka sahajalah yang menerima hadiah cincin itu sedangkan pada hakikatnya semua isterinya mendapat hadiah yang sama.
Begitu bijaksananya Rasulullah SAW menyelesaikan masalah supaya semua pihak mendapat kepuasan yang sama, adil dan tidak timbul keputusan yang memihak atau berat sebelah.
Di dalam satu kisah yang lain, Siti Aisyah RA pernah ditanya mengenai peribadi Rasulullah SAW ketika dia berada ditengah keluarganya. kata Siti Aisyah RA, "Baginda adalah seorang manusia biasa, baginda adalah seorang manusia biasa, baginda suka menjahit sendiri bajunya yang koyak, memerah susu kambing biri-birinya, tidak mengharapkan orang lain menguruskan dirinya malah baginda selalu membantu kerja-kerja rumah."
"Bagibda juga tidak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang dihidangkan baginda akan menjamahnya tanpa banyak soal," tambah Siti Aisyah RA lagi apabila ditanya mengenai makanan yang disukainya.
Daripada segi pergaulan dengan isteri-isterinya, Rasulullah SAW seorang yang suka bergurau dan berjenaka dan ini amat menyenangkan hati mereka.
Di dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA dalam satu perjalanan bersama-sama dengan para sahabat baginda. Kemudian Rasulullah SAW meminta para sahabat supaya berjalan dahulu di hadapan.
Apabila para sahabatnya sudah berjalan di hadapan, Rasulullah SAW berkata kepada Siti Aisyah RA, "Mari kita berlumba?"
"Silakan," jawab Sitit Aisyah RA bersetuju dengan ajakan Rasulullah SAW untuk berlumba lari.
"Siti Aisyah RA ternyata terlebih dahulu berlari dan mengalahkan Rasulullah SAW, mungkin kerana tubuhnya yang masih langsing ketika itu memeudahkannya berlari. Selepas peristiwa itu, Rasulullah jarang berkesempatan untuk berlumba lari dengan Siti Aisyah RA sehingga menyebabkan tubuh Siti Aisyah RA berisi. Apabila melihat tubuh Siti Aisyah RA, dalam satu perjalanan yang lain, Rasulullah SAW mengajak Siti Aisyah RA berlumba lari sekali lagi. Ketika itu Siti Aisyah sudah lupa mengenai kemenangan berlumba dengan Rasulullah SAW sebelum ini kerana terlalu lama.
"Bagaimana aku hendak berlumba dengan mu ya Rasulullah kerana tubuhku yang sudah berisi, sudah tentu aku tidak dapat mengalahkanmu," ujar Siti Aisyah RA sambil bergurau.
"Tak apalah, bukan soal menang atau kalah. Marilah kita berlumba." Ajak Rasulullah SAW lagi.
Akhirnya Siti Aisyah RA bersetuju untuk berlumba dengan Rasulullah SAW. Di dalam perlumbaan itu ternyata Rasulullah SAW telah mendahului Siti Aisyah RA di hadapan.
Selesai berlumba Rasulullah SAW berhenti di hadapan. Apabila Siti Aisyah RA sampai, Rasulullah berkata sambil ketawa, "Kemenangan ini untuk menebus kekalahanku dalam perlumbaan yang lalu."
Sekian :-)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan