Selasa, Disember 30

Novel #8 Menantu Vs Mertua


Assalamualaikum wbt...

Synopsis:-

Disebabkan satu peristiwa yang tidak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertamamembuatkan Qeesya Ameena menjadi angau sehinggakan dia sanggup mengambil keputusan untuk melamar Izz Rayyan Iskandar. 

"My Prince Rayyan, sudikah awak menjadi suami saya?"

"What?"

Bermula dari lamaran itu, terlalu banyak perkara yang merapatkan mereka. Membuahkan rasa cinta dalam diam dan tanpa dirancang. Dalam usaha memikat hati dan cinta suamimya, Qeesya Ameena terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah, yang datang ke rumah bukan menantu tapi... 'hantu'!

"Qeesya Ameena, kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar, Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a 'Queen of the Lions'.

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan.. adakah mampu Qeesya melembutkan hati mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?

Terbitan Kaki Novel by Dyadila


Review aku:-

Dah lama sebenarnya aku beli novel ni, tapi aku peram sekejap sebab nak habiskan stok novel yang ada. aku tak ingat keluaran bila novel ni. mungkin ada yang dah baca lama dah dan mungkin tak ingat jalan ceritanya. Novelni memang best. Ada kelakar, ada babak yang menghiris jiwa dan ada babak yang menyayat hati hingga membawa kita untuk menangis (ke aku yang terlebih sensitif ke ntahler). 

Part lawak, bila Qeesya mula menyatakan rasa cintanya pada Rayyan tanpa mengetahui siapa Rayyan dan dengan muka temboknya menadah muka dan bagaikan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Cabaran bermula bila Qeesya dan Rayyan diijabkabulkan. Dengan Rayyan yang sombong tahap Gaban dan mak mertua yang perangai mengalahkan perangai anak remaja, Qeesya terpaksa bersaing dengan Queen Of The Lions dalam merebut hati sang suami. 

Dalam pada itu, hadir pula orang ketiga yang menambahkan lagi perisa asam garam hidup berumah tangga milik Qeesya dan Rayyan.

Bab yang menyayatkan hati bila berbagai dugaan datang menimpa Qeesya dan keluarganya dan akhirnya membuka mata Rayyan dan mertuanya. bila part ini, aku dah mula menitiskan air mata.. sedih sangat tau... tak pernah tau aku menangis kalau baca novel. Memang best. Pandai Dyadila mengolah jalan cerita novel ni. Terasa aku yang menjadi Qeesya dan kebiasaanya aku akan baca di penghujung novel dahulu then, baharu aku baca dari awal tapi untuk novelni, sebaliknya aku habiskan sehingga ke punghujung novel. Syabas bete.. hehehe... buat yang belum baca, belilah tak rugi tau...

Tiada ulasan: