Isnin, Disember 15

Blues Monday #69


Assalamualaikum w.b.t..

Pagi yang sunyi bagi aku. Semalam, aku balik dari Beruas terus pergi ke Taman Medan. Ada tujuan aku ke sana, aku nak hantar Anak Teruna aku ke rumah Mem Ita. Sebabnya, Ma aku tu bercuti selama seminggu dan telah mengofferkan diri untuk menjaga cucu kesayangannya yang seorang itu, aternye dah memang sorangpun... Muehehehe.. 

Hmm... memang agak sunyilah jugak. Tapi ada masanya aku perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Free tanpa anak-anak.. eh silap anak. Kadang-kadang best tapi kadang-kadang sunyi giler.. sebab takde orang nak pekik dan bertekak. Huh tangkap syahdu plak.. 

Semalam, Anak Teruna aku telefon menangis-nagis sebab rindukan Ummi dan Walidnya. Kesian pulak, tu mesti sebab takde orang layan dia. Mem Ita pula pergi main bowling dengan kawan-kawan dia. Tok Din pula, bukan reti layan cucu sangat. Macam mana dia layan aku masa kecik macamtulah dia layan cucu dia tu. Duk rumah macam takde je.

Hmm... baru cerita pasal Anak Teruna, dah call aku suruh ambil dia. Poyolah itu budak.
Ini gambar anak teruna aku masa dalam hospital masa dia kena demam denggi haritu.Muka kena paksa minum air muehehehe...

Hmm.. tengok muka dia nih rasa rindu pulak.. ni.lah budak bertuah nih... geram tengok dia...Adios...

Tiada ulasan: