Rabu, Disember 31

Projek Model 3D, Sekolah Anak Teruna Ku


Assalamualaikum w.b.t...

Lama dah sebenarnya gambar ni aku peram. Lupa nak letak dalam entry. Projek Model 3D ini pun dah hantar pada cikgu sekolah anak teruna aku tu. Dah jadi bahan pameran lagi. sekarang ni entahlah apa jadi. Silap, silap dah masuk dalam tong sampah tak pun kotak untuk KIV. Dalam projek ini, ibu bapa kena membantu dalam membuat projek tapi biasalah... anak-anak jadi tukang tengokje, mak ayah yang teruk pikir nak buat macam mana dan hasilnya........

 Kecikje Model 3D kami. Senang nak bawa pergi sekolah kata Hubby aku
Gambar yang aku ambilni, tak siap lagi sebenarnya.. masa tu kami tengah buntu nak letak kaki macam mana. Akhirnya siap jugala, tapi gambar siap tak sempat aku nak snap.

Tiada ulasan: