Ahad, April 8

Passport

Assalamualaikum....

Di pagi yang indah... aku bgn seawalnyer... ceh mcm xpernah bgn awal... almaklumlah, hari ahadkan.. Pagi ahadnih aku ada misi ngan hubby aku iaitu nak buat passport.
Aku dapat info dari rakan blogger aku.. yang imigresen rupanye buka hari sabtu n ahad kecuali cuti umum... rupa2nyer sahabat baik aku pernah bgtau tp aku x perasan sebab aku ingat dia pergi hari biasa.
So aku pun pergilah se awal 8:15 aku dah keluar rumah. itupun setelah jenuh mengejut anak teruna utk bgn pagi hari ahadnih.... sampai sana jam 9:00 kot setelah salah jalan sebab hubby ku dah lama x kesana.. yelah dah 2 tahun pejabat imegresen yang baru berpindah. Hubbyku pernah pergi tempat yang lama.. Tu yang sesat tu...

Mujurlah borang telahpun aku print n tulis siap2 dan ic telahpun aku photostatkan... yang tinggal hanya gambar passport hubbyje.. nombor telahpun aku ambil.. tinggal nak menungguje.. nombor didepan adalah 1023 manakala nombor aku 1061 umang aiii... ada 40 org lagi.... masak menunggunih..

Tapi luckly for me bcoz nombor tu lajuje.. agaknyer ada yang telah buat sendiri di kiosk renew pasport di bawah tanpa melalui kaunter... pada jam 9:35kot (tak tengok jam), nombor aku di panggil dan dlm jam 10 urusan akupun selesai. tinggal nak ambil passport yang dah siapje keesokan hari... ok nanti aku nak sambung citer persiapan ke bandung pula to be continue.....
Giant Baru di Port Klang bersebelahan dengan pejabat imigresen

Aquarium yang Sempat aku snap di pejabat tu (bosan menunggu sbenarnye)
No. giliran aku dgn mr hubby
Update, susulan dari membuat pasport...

Isnin pagi, aku dgn mr. hubby pergi ke pejabat Imigresen semula untuk mengambil pasport yang dah siap. Tak lama menunggu, aku dan mr hubby dah dapatpun pasport... sgt teruja n x sabar nak ke Bandung untuk shopping...

Tiada ulasan: