Jumaat, September 21

Banyaknyer Hutang Aku....

Assalamualaikum...

Sebenarnya.. harini, aku nak meluahkan perasaan aku kat postni.  Lama dah aku pendamkan nya sampai naik stress aku dibuatnya. 
Tengoklah orang kat gambar atasni, stress sgt dah ni. Sampai mengangkang dibuatnya. Tapi idokler aku stress gaya gini. Serba-salah sangatlah nak cakap ke tak. Tapi macammanapun aku kena hadapinya jugakkan. Nak taknak aku kena berhadapan dengan masalah ni. Hish.. nak cakapke tak nak ni ek...

Sebenarnya aku ada masalah hutang, dah bertimbun hutang aku ni. Kadang-kadang rasa macam nak menangis jer macam makcik dalam gambar kat bawah ni. Tapi takdelah sampai menangispun.. macamjer...
Tak tertanggung rasanya aku dengan masalah hutang akuni, makin lama makin makin berhimpun dan makin membebankan aku. Hari-hari tiap kali berjalan, aku rasa beratjer bahu aku nak memikul beban hutang akuni. Haaa.. sebijiklah macam dalam gambar kat bawahni, dah hampir nak membongkok dah kartunnikan.

Berat betul bahu aku nak menanggung beban yang aku bawak setiap hari. Setiap kali bangun dari lenajer.. aku rasa resah gelisah, tak senang, tak best dan macam-macam rasa lagilah. Sampai ada satu ketika tu, aku sering termimpi-mimpikan yang hutang tu selalu mengejar-ngejar aku. Alah comeljer kalau aku mimpi hutang kejar aku macam gambar kat bawahni kan.
Korang ada cara-cara nak mengelak dari membayor hutang tak? Tolong Suggest kat aku sket.
Korang nak tau macammana aku boleh mula berhutang?
Semuani berpunca dari sebelum bulan puasa lagi. Berpunca dari sikap malas akulah ni. Hari demi hari, Bulan demi bulan, aku bertangguh nak melunaskan hutang aku. Sudahnya bila aku sedar, hutang aku dah menimbun. Hutang mana ye yang perlu aku langsaikan dulu yer. 

Ish.. peningnya aku, malasnya aku, liatnya aku. Aku dapat rasakan dekat 10 entri post dah ni aku berhutang. Manakan idoknyer.... gambar-gambar aku baru savekan dekat dalam lap top aku. Nak edit lagi tu yang buat aku jadi bertambah malas tu. Yang membuatkan aku lagi bertambah malas tu, bila datang pulak semangat aku nak membaca novel dan menghabiskan novel-novel yang dah aku borong sakan kat pesta buku haritu.   

Arghhh.. dilemanya aku... banyak tu... camner nak datang idea nak mengarut nih... dah kering gusi dah nih eh silap kering idea dah ni. Ada sesape nak tolong aku tak? ahaks..ahaks.. ahaks..   





















Hi...hi...hi... ada yang terkenakah? mintak ampun mintak maap berbanyak ek.. tahun depan punye aidilfitri kita bersalam-salaman tau... entri nih pun sebenornyer nak ngelak dari langsai hutang gak nih.. Hu..hu..hu..

2 ulasan:

THE AUTHOR berkata...

Buat suspen ajer ....heheheh

Firdausy CiLiKku berkata...

hehehehe... kena..kena...