Selasa, Disember 2

Long Award Dinner CCM 2014


Assalamulaikum....

14hb November yang lalu, Aku dapat jemputan ke Long Award Dinner CCM di Cyberview Resort, Cyberjaya. Buat pertama kalinya aku ikut Hubby aku ke dinner tau.. excited sangat. Rasa macam jakun pun ada gak. Muehehehe... Tema Dazzling Red lagi. Merah maklong malamtu. Kasut aku beli baru, baju juga aku tempah baru dan pasang sequin lagi, tudung aje yang lama. Yang lain semua baru termasuk keronsang dan pin. Adik-adik tak dikira haa... kalau di kira, rabak djugaklah poket aku.. yoyo oo ajekan akunih, bukan aku yang kena naik pentas nantipun tapi aku yang berlebih-lebih beli semua benda baru bagai hahaha.. lalalala...muehehehe...

Hari tu aku sengaja ambil cuti sebab kena hantar anak teruna ke rumah Ma di PJ dan bergegas pula ke Cyberjaya lepas tu. Aku bertolak lambat lepas solat Asar baru bertolak, bergegas pula ke PJ. Dengan jalan Jammed, aku sampai lambat. Sampai sahaja di resort tu, aku terus solat dan bermake-up balik. Yang seronoknya malamtu, aku dapat jumpa artis dan bersalam dengan Artis.. woohoo... naik pentas jugaklah walaupun pentas kecik hehehehe....

Jom lah kita layan gambar yang dah lama bersawang dalam simpanan komputer aku, dah editpun cuma aku tak post ke Blog lagi.
Nombor meja kami dan aku duduk mengadap spotlight
Dekat dengan pentaslah juga

Makanan tidak di serve, sebaliknya buffet disediakan di luar. Tak lama selepas makan, tiba masa untuk anugerah mengikut tahun berkhidmat.
Kawan Baik Hubby juga turut mendapat award
Yang menggelikan hati aku, poyo sungguh cara berpakaian. Ini acara formal ke kasual? hailah...
 Tiba masa Hubby ambil award beserta baucer BSN
 Bergambar seketika, semakje yang perempuan tu.. hehehehe...
Bergambar beramai-ramai (hujungnya hubby aku berdiri, masuk kamera ke tak ke tu?)
 Senyumlah Hubbyku ooii..
 Aku berselfie sendiri sambil wajah aku dilimpahi dengan lampu spotlight terang benderang tak hengat...

Tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Ella ratu rock kita dijemput membuat persembahan. Habis membuat persembahan, Kami diberi kesempatan untuk bergambar dengan Ella
 Ramai sungguh yang nak bergambar. aku siap beratur pada mulanya, tapi bila ramai yang dah start memotong, akupun apa lagi naik terus atas pentas tu. Udahla pentasnya kecik, takut ghoboh jer..huhuhu.. yang ambil gambar berulang kalipun ada tau..
 Akhirnya, dapat juga aku bergambar dengan Ella dan bersalam dengan dia. Dia siap puji aku lagi "Awak cantik" katanya dengan penuh gemalai. sambil pandang muka aku. Muehehehe.. kembang hidung sekejap... korang ader? aku ader.. ish.. buruk no perangai teman... kembang kempis hidung aku la ni..
 Sebelum balik, sempat aku bergambar kejap
Kengkonon nak bergambar ala gaya manja gitu tapi tak jadi.. macam orang patah tengkuk lagi adalah muehehehehe...

Dah selesai semuanya, awal kami balik (mana tidaknya, start bukan main awal lagi, pukul 7 dah start, tak solat ke dema ni?) dalam 10:30 malam gitu, bergerak balik dah masing-masing. Aku juga balik dalam keadaan perut yang kekenyangan dan mata yang mengantuk..

3 ulasan:

OKje berkata...

Cantik Syaz...anggun gitu....tp tak nampak pun squinnya Syaz....kat bhg leher ke

Alah....okje pun minat ella ni comey dia nikan....suara pun best!

Firdausy CiLiKku berkata...

Pasang dekat tangan OKje, tapi memang tak berapa nak nampak kilau sangat sebab sama kaler dengan kain baju. taknak menyerlah sgt nanti org ckp kalah yang nak naik pentas muehehehe

mmg comel putih lagi OKje, Tapi dah lain sikit mukanya.. macam suntik ke apake ntahler..

Firdausy CiLiKku berkata...

Oh ye, mekasih OKje, takdelah anggun mana sgt biasa2je.. manis tetap ade.. muehehehe...