Isnin, Disember 1

Encorp Strand Mall, Kota Damansara


Assalamualaikum....

Semalam, aku ikut Ma ke Balai polis di Paya Jaras, Sungai Buloh atas jemputan kenduri kawan Ma. Excited sangat Ma nak jumpa kawan-kawan lama dia yang pernah bekerja di IPPD PJ. Anak teruna aku pulak makan bertambah lagi. Selera sungguh dia makan nasi dengan kuah daging kenduri semalam.Kebetulan adik aku yang kedua ikut sekali, makin meriah anak teruna aku bermain dalam kereta semalam.

Lepas ke Paya Jaras, anak teruna sibuk nak tengok Big Hero 6. Jalan punya jalan, sekali terjumpa The Strand Mall, Kota Damansara. Huhuhu.. bukan senang aku nak ke sini, alang-alang dah sampai akupun ajak pergi tengok wayanglah...


Sempat aku snap gambar

 Yang ini aku tanya kat pakcik Google
Yang inipun aku download dari pakcik Google
 Selfie sendiriler... bukti aku di Encorp Strand Mall
Anak teruna nak selfie gak...
 Aktiviti seni di sini. pakai cat yang disembur tu je.
 Aktiviti di hujung minggu di kiri dan kanan pintu masuk
Jualan design fesyen oleh anak - anak tempatan
 Anak teruna aku takut-takut nak bergambar dengan patung dinasour

Dah puas bergambar, kamipun pergi ke TGV membeli tiket wayang, niat nak ambil yang paling awal tapi penuh pula. terpaksalah kami menunggu dalam sejam. Sempatlah kami bersolat dan sempat lagi aku tengok dan bermain dengan Filem 6D.. muehehehe.. last aku tengok filem 6D nih di Mahkota parade (kat Melaka Kalau tak silap akulah, kalu salah nama jangan gelak tapi senyum ajer tau... muehehehe...). Memang best.
Inilah pintu masuk ke Dunia 6D. Dengan bayaran RM 20 (agak mahal dari di yang di Melaka) untuk tontonan 10 minit. Ada cerita seram dan ada yang biasa-biasa sahaja, tapi seronok dan menarik.Anak teruna aku cakap menyeramkan, siap tutup mata tak rapat lagi muehehehe.. sakit perut aku dibuatnya.

Bukan selalu aku dapat berjalan-jalan sampai ke sini, susah tau kalu bab berjalan dengan Hubbyni, jauhlah apelah.. nak yang dekat-dekat dan membosankan jugak. Aku dapat datangpun sebab memang rezeki aku ke sini kot. Main redah aje tanpa kira nak kemana sekalipun. Niat nak balik rumah, jadi jalan-jalan cari panggung wayang.. Muehehe... Sesat yang menguntungkan kikikikiki.....By the way, Big Hero 6 memang best dan kelakar. The best part is, anak teruna aku benar-benar menghayati cerita ni dan boleh nangis lagi (part yang ni aku gelakkan dia, muehehehe..) bila Hiro nak kena berpisah dengan Baymax si penjaga kesihatannya itu.

Adios....

2 ulasan:

OKje berkata...

Tak sampai lagi kat situ....
Big Hero okje pun dah tengok...to yg lawaknya at the end tu boleh pulak okje nangis ...hehe sedihlah....

6D tu bukan anak awak jer suka okhe oun suka Syaz ....

Firdausy CiLiKku berkata...

Muehehehe.. good job pada yang pengarah Big Hero kan...